“Tahniah Sebab Dah Berhijab, Tapi Gambar ‘Free Hair’ Di Media Sosial Kena Padam Elak Terus Semai Dosa” – Ustaz Riza

Share

Hidayah Allah itu datang tepat pada masanya dan dengan siapa yang Dia kehendaki. Alangkah bertuah seseorang itu jika dipilih menerima hidayah dariNya.

Tidak dinafikan ramai yang melalui detik penghijrahan ini dan memilih untuk terus istiqamah dengan jalan yang dipilih.

Namun dalam ledakan zaman digital serta media sosial sekarang kita pastinya terlepas pandang pada satu perkara. Jika sebelum ini memilih penampilan tidak berhijab dan apabila berhijrah aurat rambut tertutup kemas.

Jadi bagaimana pula dengan situasi gambar tidak berhijab yang telah dimuat naik di laman sosial sebelum ini. Apakah hukumnya jika membiarkan gambar (tidak berhijab) ditonton oleh warganet di laman sosial.

Bagu menjawan persoalan ini, Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin ada jawapannya.

“Tahniah kepada para wanita yang telah kembali bertudung dan berhijab. Namun dalam soal gambar (tidak berhijab) di media sosial, mereka wajib memadamkan semua gambar-gambar lama yang dalam keadaan dia tidak bertudung sebelum itu.

“Jika dibiarkan maka dia akan tetap menyemai benih-benih dosa selama gambar itu terpapar di dalam media sosial yang dia sendiri control.

Ustaz Riza Kamaruddin

“Jika dia mempunyai admin maka dia hendaklah mengarahkan semua gambar-gambarnya yang tidak bertudung itu dipadam.

“Namun sekiranya bukan dibawah kawalannya maka hendaklah dia bertaqwa kpd Allah semoga gambar lama itu tidak menjadi fitnah terhadap dirinya,” ujarnya yang turut berkata kewajipan menutup aurat adalah mutlak perintah dari Allah dan RasulNya tanpa syak.

Wallahualam

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman