‘Tahu haram, tapi saya tengah down gila.’ Wanita bertudung dikecam minum air beralkohol. Masyallah, apa yang berlaku sebenarnya pada gadis ini hingga dia sanggup mengambil jalan singkat sebegini.
Seberat mana pun masalah kita, sebaiknya kembalilah kepada Allah. Bukannya mengambil jalan mudah dengan minum air beralkohol atau arak. Sudahlah bertudung, memalukan sungguh!
Seorang wanita bertudung dikecam apabila didakwa minum air beralkohol secara secara ‘live’ menerusi media sosial TikTok.
Tangkap layar siaran langsung wanita tersebut sempat dirakam oleh pengguna serta tular menerusi media sosial, sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.
Ads
Tapi Saya Tengah Down Gila
Dalam video tersebut, wanita itu memberitahu sedang mengalami tekanan mental serta mengetahui minuman yang diminumnya haram selepas ditegur orang ramai.
“Ya haram akak tahu dik, akak tahu. Terima kasih untuk nasihat ini ya. Saya tengah ‘down’ gila, dah macam mental ‘breakdown’,” katanya menerusi video yang tular tersebut.
Wanita Bertudung Dikecam
Dalam pada itu, pengguna media sosial memberitahu, minuman tersebut tidak memabukkan berikutan kandungan alkoholyang rendah, namun tetap haram di sisi Islam memandangkan ia arak.
“Parah betul umat zaman sekarang, buat maksiat pun nak beritahu dan tunjuk kat semua orang,” komen seorang pengguna Twitter.
Ads
Minum Air Beralkohol
“0.3 peratus alkohol saja, tapi tetap tak halal ya. Nampak saja tin comel-comel begini, jangan ingat anggur pula,” ujar pengguna yang lain.
“Tahu benda haram, lagi pergi minum. Mengikut hawa nafsu daripada akal fikiran. Siap videokan dan tunjuk orang ramai, kononnya berbangga dengan apa dilakukan,” marah seorang lagi orang awam.
Buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, tentunya agak sulit untuk menabung. Memandangkan anda berdua sudah banyak berhabis ketika mengadakan majlis perkahwinan maka amat penting untuk anda berdua menabung semula.
Melalui perkongsian Hafizul Hakim di laman Facebooknya, lelaki ini berkongsi tip untuk menyimpan wang secara berkesan.
TIP SIMPAN DUIT CARA EKSTRIM! OKAY INI CARANYA:
Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genaplah. Pada 1 hb setiap bulan, suami akan masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1 hb. Esok harinya pada 2 hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tickkan’ pada 2 hb pada kalendar.
Dengan cara ini suami isteri boleh saling bekerjsama untuk menabung. Duit itu nanti bolehlah digunakan untuk keperluan bersama. Boleh juga digunakan untuk anak yang bakal lahir nanti. Setidak-tidaknya boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan untuk keadaan yang tidak dijangka.
Selamat menabung!
Sumber kredit: FB: Hafizul Hakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari beri makan 40 ekor kucing jalanan. ‘Ini caranya saya kongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang anak.’ Begitulah luahan seorang bapa yang amat menghargai penderma buah pinggang anaknya.
Disebabkan pihak hospital merahsiakan nama penderma atas permintaannya, jadi beginilah cara lelaki tua ini membalas jasa dan pengorbanan penderma itu kepada mereka sekeluarga.
“Inilah yang mampu saya lakukan untuk berkongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang yang tidak dikenali menderma buah pinggang kepada anak perempuan saya yang bongsu,” kata warga emas, Nasir Salaton, 69.
Setiap hari dia memberi makanan kepada kira-kira 40 ekor kucing jalanan sejak lima tahun yang lalu, dekat Slim River, Perak.
Menurut Nasir, dia kini hanya mempunyai dua anak iaitu anak sulung lelaki dan anak bongsu perempuan selepas anak perempuan yang kedua meninggal dunia.
Jelasnya, anak perempuannya, Nurul Faezah, 33, menderita sakit buah pinggang selama 15 tahun selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM).
40 Ekor Kucing Jalanan
Katanya, pada peringkat awal dia memberi kucing makan hanya sekitar kawasan tempat tinggal iaitu di Kampung Kurnia dan perumahan sahaja.
“Pada tahun 2020, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan, saya menerima panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Pihak hospital memaklumkan ada seorang penderma ingin menderma buah pinggang kepada anak saya dan ketika itu memang saya rasa terkejut dan amat bersyukur dengan berita terbabit,” katanya lagi.
Ini Caranya Saya Kongsi
Selepas menjalani pembedahan di hospital berkenaan, anak perempuannya kembali pulih dan kehidupan seharian anaknya kembali normal.
Ekoran pihak hospital diminta merahsiakan nama penderma buah pinggang kepada anaknya sehingga hari ini, dia tidak mengetahui siapa insan misteri yang berhati mulia membantu anak perempuannya itu.
“Saya ingin berjumpa dengan penderma sekurang-kurangnya dapat mengucapkan terima kasih kepadanya yang sanggup berkorban menderma buah pinggang namun pihak hospital tetap memegang amanah yang diberikan kepada mereka agar merahsiakan nama penderma terbabit.
“Oleh itu, bagi membalas jasa dan pengorbanan penderma terbabit, saya memberi kucing makan sambil berdoa menghadiahkan atau memanjangkan ganjaran pahala ke atas apa yang saya lakukan kepada penderma terbabit,” katanya.
Ganjaran Pahala
Tambahnya lagi, jika dahulu dia hanya memberi makanan kucing hanya sekitar kampung dan perumahan sahaja namun sejak dua tahun yang lalu beliau memberi kucing makan di sekitar pekan Slim River, Perak pula.
Katanya, beliau membelanjakan kira-kira RM50 sehari untuk membeli ikan dan ayam yang akan digaul bersama nasi setiap hari sebelum bergerak ke tempat tinggal kucing jalanan terbabit setiap pagi.
“Begitulah rutin pada waktu pagi saya setiap hari dengan menunggang motosikal untuk menjejaki tempat tinggal kucing jalanan sambil membawa makanan.
“Bunyi sahaja deruman dan hon motosikal atau suara saya, kucing jalanan akan datang menghampiri untuk menikmati makanan termasuklah anjing liar di kawasan pekan,” katanya.
Keadaan Nurul Faezah yang masih belum sembuh sepenuhnya menyebabkan dia tidak mampu bekerja dan tinggal bersama ibu bapanya di samping membantu mengurus kehidupan seharian.
Malah, masih menjalani rawatan susulan di salah sebuah hospital kerajaan secara berkala dan bergantung kepada keadaan kesihatan.
Oleh itu, Nurul Faezah yang akan memasak makanan kucing setiap hari sebelum ayahnya menunggang motosikal sambil membawa makanan kucing dari rumah kira-kira jam 7 pagi.
Nasir berkata, kucing atau anjing jalanan juga makhluk Tuhan dan perlukan makanan seperti manusia untuk terus bernafas di muka bumi walaupun hanya sementara.
Buah Pinggang Anak
Katanya, apa yang dilakukan diharapkan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar perihatin kepada makhluk Tuhan.
“Hati saya berasa lebih tenang dan berharap pahala yang saya niatkan semasa memberi makan kucing sampai kepada penderma buah pinggang terbabit.
“Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada penderma terbabit kerana memberi sinar baharu kepada anak perempuan saya dan jasa baiknya hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya,” katanya.
Jadi tidak hairanlah, kelibat lelaki ini memberi kucing jalanan makan setiap hari sudah menjadi kebiasaan penduduk yang tinggal sekitar Slim River dan rata-rata mereka memuji usaha yang dilakukan oleh beliau itu.
Kashoorga : Tindakan Nasir patut dijadikan inspirasi dan contoh kerana tak semua yang ambil berat tentang kucing jalanan.
Amalan menabung ini sangat bagus untuk kita amalkan. Bukan sahaja boleh mengamalkan sikap berjimat cermat, tetapi hasil kutipan tabung berkenaan boleh membuatkan impian kita membeli barangan yang dihajati akan tercapai.
Terutama bagi yang mahu berumah tangga, sangat sesuai diamalkan konsep menabung. Kata orang biar lambat dan sedikit jumlah tabungan tetapi jika dikumpul bertahun, hasilnya sangat menakjubkan.
Seperti perkongsian lelaki ini yang berjaya mengumpulkan RM12K hanya dalam masa 3 bulan.
Menulis thread di twitter menggunakan akaun nama @Syafiq Mustafa pada tahun lalu tetapi boleh dijadikan panduan untuk kita mula menabung.
Dia menunjukkan caranya menabung dalam tepoh tiga bulan dan hasilnya memang sangat Wow.
Jom kita lihat caranya yang sangat efektif, namun begitu apa yang penting kena disiplin dan komited dengan apa dilakukan.
Berjaya kumpul RM12K hanya dalam masa 3 bulan.
Pertama kena set target & matlamat biar betul.
Jangan kedekut untuk menabung.
Seterusnya, letak tabung di tempat tersembunyi.
Tip seterusnya jangan terlalu sayangkan duit.
Ini sebabnya kenapa guna tabung kecil.
Sanggup korban waktu cuti untuk bekerja cari duit lebih.
Kalau tak capai dalam masa tiga bulan, mungkin boleh sambung ke 5 bulan atau 12 bulan. Bergantung pada kemampuan masing-masing.
Lagi satu kalau nak murah rezeki, berkahwin. Rezeki akan datang dengan cara yang kita tak pernah bayangkan. Semua kuasa Allah.
Rahsia kalau nak dapat RM12K, sebenarnya kena buat dalam tiga tabung untuk setiap note RM yang kita sumbangkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Panduan solat sunat taubat...Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat...