‘Tahu haram, tapi saya tengah down gila.’ Wanita bertudung dikecam minum air beralkohol. Masyallah, apa yang berlaku sebenarnya pada gadis ini hingga dia sanggup mengambil jalan singkat sebegini.
Seberat mana pun masalah kita, sebaiknya kembalilah kepada Allah. Bukannya mengambil jalan mudah dengan minum air beralkohol atau arak. Sudahlah bertudung, memalukan sungguh!
Artikel Berkaitan:
Seorang wanita bertudung dikecam apabila didakwa minum air beralkohol secara secara ‘live’ menerusi media sosial TikTok.
Tangkap layar siaran langsung wanita tersebut sempat dirakam oleh pengguna serta tular menerusi media sosial, sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.
Dalam video tersebut, wanita itu memberitahu sedang mengalami tekanan mental serta mengetahui minuman yang diminumnya haram selepas ditegur orang ramai.
“Ya haram akak tahu dik, akak tahu. Terima kasih untuk nasihat ini ya. Saya tengah ‘down’ gila, dah macam mental ‘breakdown’,” katanya menerusi video yang tular tersebut.
Dalam pada itu, pengguna media sosial memberitahu, minuman tersebut tidak memabukkan berikutan kandungan alkohol yang rendah, namun tetap haram di sisi Islam memandangkan ia arak.
“Parah betul umat zaman sekarang, buat maksiat pun nak beritahu dan tunjuk kat semua orang,” komen seorang pengguna Twitter.
“0.3 peratus alkohol saja, tapi tetap tak halal ya. Nampak saja tin comel-comel begini, jangan ingat anggur pula,” ujar pengguna yang lain.
“Tahu benda haram, lagi pergi minum. Mengikut hawa nafsu daripada akal fikiran. Siap videokan dan tunjuk orang ramai, kononnya berbangga dengan apa dilakukan,” marah seorang lagi orang awam.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga gadis ini segera bertaubat dan memilih jalan yang benar.
Sumber: Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.