
Sempena bulan Ramadan sekali lagi saluran Astro Oasis membawakan program game show menarik Tahu Ke Tidok: Celik Agama yang berkonsepkan perkongsian ilmu asas fardu ain.
Akan bersiaran Isnin 11 Mac 2024 jam 7.30 malam, program ini menampilkan ramai selebriti yang akan diuji dengan soalan-soalan ilmu agama asas.
Ia sekali gus diharap dapat mengukuhkan semula atau memberi ilmu agama baru buat penonton.
Musim ketiga program Tahu Ke Tidok: Celik Agama sebanyak 10 episod yang disiarkan setiap minggu ini menampil PU Amin sebagai pengacara.
Menurut beliau rancangan ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana ia mengetengah ilmu asas fardu ain dalam dengan konsep yang santai dan ceria.
“Soalan-soalan yang diutarakan dan dijawab oleh selebriti ini adalah perkara asas dan mungkin ramai sudah terlupa. Jadi program ini ‘recap’ semula ilmu fardu ain yang sememangnya wajib dipelajari umat Islam,”katanya.

Program Tahu Ke Tidok ini akan menampilkan selebriti yang akan diuji pengetahuan mereka antaranya Izzue Islam, Ropie, Adam Shaz untuk episod pertama selain Sarah Suhairi, Aiman Tino, Catriona Ross, Roy Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi bagi episod seterusnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Status Solat Jika Ragu-Ragu Keluar ‘Angin’

Sewaktu sedang solat ada kalanya kita diganggu dengan perasaan ‘keluar angin’ atau ‘kentut’. Ketika ini kita mula keliru mahu meneruskan solat atau mengambil semula wuduk dan solat semula.
Bila berdepan dengan keadaan begini apa sebenarnya yang harus kita lakukan. Berikut adalah penjelasan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tentang status solat.
Berkenaan persoalan ragu-ragu keluar angin ketika solat, terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:
لاَ يَنْفَتِلْ – أَوْ لاَ يَنْصَرِفْ – حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
Maksudnya: “Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.”
Riwayat al-Bukhari (137)
Kaedah Feqah menyebut:
الْأَصْل بَقَاء مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
Maksudnya: “Pada asasnya, sesuatu itu kekal mengikut keadaan asalnya.”
Sebagai contoh dalam menjelaskan kaedah di atas, sekiranya seseorang yang hendak berpuasa itu makan pada penghujung malam, lalu dia berasa syak sama ada fajar telah terbit atau tidak, maka puasanya adalah sah kerana hukum asalnya adalah masih kekalnya malam. (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir, oleh al-Suyuti, hlm. 52).
Saya katakan, asalnya dalam keadaan berwudhu’, kemudian datangnya was-was, batal wudhu’, maka tinggalkanlah yang menjadi was-was dan mengambil yang asal serta yakin. Juga menepati kaedah:
اليَقِينُ لَا يُزَالُ إِلَّا بِاليَقِين

Maksudnya: “Keyakinan tidak dihilangkan melainkan dengan suatu keyakinan juga.” (Lihat Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 9/81).
Justeru, sekiranya tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.
Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci dan hendaklah dia meneruskan solat.
Sumber: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rumah Bermandi Lumpur Dalam Tragedi Kepala Air Gunung Jerai, Namun Sejadah & Al-Quran Ini Sedikit Pun Tidak Tersentuh Air

SubhanAllah, apa juga yang terjadi adalah atas izin dari Allah jua. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa agar dijauhkan segala musibah.
Di saat negara diuji dengan wabak Covid-19 yang mengorbankan banyak nyawa termasuk anak-anak kecil bergelar anak yatim sekelip mata, hujan lebat juga dilihat turun dalam dua tiga hari ini di beberapa buah negeri tanpa henti.
Di sebalik hujan yang melebat, semalam daerah Yan di mana terletaknya Gunung Jerai dikejutkan dengan tragedi limpahan kepala air yang mengakibatkan banjir besar melanda kawasan sekitarnya. Diberitakan tiga orang meninggal dunia dan seorang darinya ialah Sharuzi Mohamad, 53, pekerja Jerai Hill Resort manakala tiga lagi diberitakan masih hilang dan proses mencari masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
Dalam video-video yang tular di media sosial dilihat limpahan kepala air Gunung Jerai yang pada awalnya hanya sedikit namun kemudian menjadi bencana besar hingga menghancurkan kawasan reakrasi itu selain penduduk sekitar diduga dengan limpahan air lumpur yang bukan sedikit. Dilaporkan banyak kenderaan rosak teruk selain rumah dimasuki air lumpur.
Di sebalik tragedi menyedihkan itu, di Tik Tok atas nama @fiezah_morat, wanita ini berkongsi satu video kejadian yang menunjukkan kekuasaan Allah taala bila mana sejadah putih dan al-Quran langsung tidak tersentuh air lumpur berkenaan sementara di bilik yang sama, air banjir memenuhi kawasan sekitarnya.
Dapat dilihat sejadah putih itu langsung tidak kotor, begitu juga rehal yang diletakkan Al-Quran langsung tidak terkena air. Sementara karpet yang mengalas sejadah berkenaan dipenuhi banjir lumpur, seolah-olah Allah melindungi kitab Al-Quran dan sejadah putih berkenaan.
Walau tidak dinyatakan lokasi itu adakah berlaku di rumah ibu mentuanya yang turut diuji dengan banjir lumpur berkenaan di mana ruang tamu dan kawasan sekitar dipenuhi selut tebal, kata Fiezah Morat, hanya bilik solat di rumah mentuanya yang masih elok.

Dalam pada, orang ramai memberikan komen kagum akan kekuasaan Allah taala dan ada yang berkongsi, bahawa mereka pernah mengalami banjir juga namun Al-Quran terselamat dalam banjir besar itu.
Benarlah, Al-Quran adalah kitab suci dari Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril, yang kemudian menjadi pedoman hidup bagi umat muslim, baik saat masih hidup di dunia mahu pun di akhirat. Moga kita terus mempertingkatkan ibadah untuk menghadapi saat akhir zaman yang semakin banyak petunjuk dariNya.
https://www.tiktok.com/@fiezah_morat/video/6997863056302787867?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Cukup Sekadar Jadi Orang Soleh Tapi Jadilah Muslih (Orang Penyeru Kebaikan)

Cukuplah jadi orang baik. Kita tak kacau sesiapa pun. Mungkin kita pernah mendengar ayat begini. Ya bukan mudah menjadi orang baik, ia memerlukan masa. Tapi tahukah, ada beza antara menjadi orang baik (soleh) dan penyeru kebaikan (muslih).
Orang baik biasanya dikaitkan dengan istilah soleh. Orang begini ialah orang yang sentiasa melakukan kebaikan untuk dirinya sahaja sedangkan orang muslih atau penyeru kebaikan ialah orang yang sentiasa mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan orang lain.
Selalunya, orang yang baik disayangi manusia sementara orang penyeru kebaikan akan dimusuhi manusia. Pelikkan?
Dirujuk kepada perjalanan hidup Rasulullah SAW semasa menyebarkan agama Islam. Sebelum Baginda diutus sebagai Nabi, Rasulullah disenangi kaumnya kerana Baginda baik. Namun ketika Allagh mengutuskan sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya termasuk menggelaranya tukang sihir, pendusta bahkan dituduh sebagai orang gila.
Kenapa orang Muslih diuji begitu?
Jawapannya kerana orang Penyeru Kebaikan akan “mengubah” sesuatu kebiasaan (orang biasa menurut hawa nafsu) dan orang muslih ini biasanya akan berusaha memperbaikinya dari menjadi lebih rosak. Teruk. Tapi biasanya Allah akan menjaga orang begini. Sekadar diberikan satu contoh. Mungkin kita pernah ingat kes Ustaz Ebit Lew “diserang” di media sosial suatu ketika dahulu kerana dikatakan menunjuk-nunjuk dalam menyampaikan sedekahnya kerana ramai beranggapan sedekah tak perlu dihebohkan. Tapi apa yang berlaku, Allah terus menjaga Ustaz Ebit dengan memberikan limpahan rezeki malah dan perniagaan dijalankannya turut maju malah semakin ramai sayang padanya baik orang muslim mahu pun bukan muslim. Ya inilah bezanya orang Muslih dan soleh kerana orang baik hanya berbuat kebaikan untuk dirinya sahaja.


Allah Subhanahu wa ta’alaa berfirman:
“Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan..
”
Dari penjelasan di atas, hikmah yang dapat kita pelajari bahawa menjadi orang soleh tidak cukup bagi kita kerana kita hidup di dunia ini sendiri-sendiri sahaja. Maka lihatlah keadaan di sekeliling kita, Jadilah orang soleh penyeru kebaikan, jangan pernah merasa puas hanya menjadi orang baik saja. Wallahualam.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI