Ramai pasangan baru berkahwin pastinya menyimpul impian untuk berada dekat suami. Menyajikan mereka sajian berbuka puasa, bersolat sama-sama, bertadarus al-Quran, bersahur dan banyak lagi. Namun bukan semua impian itu tercapai kerana ada tuntutan kerja yang sudah dijanjikan kerana kerja juga sebahagian ibadah yang dituntut.

Bagi pasangan selebriti terkenal, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang disatukan sekitar September tahun lalu, tahun ini kali pertama mereka berpuasa sebagai suami isteri.

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan menentukan. Dalam satu perkongsian di ignya, @mfmirafilzah, bintang popular ini mengakui sudah merancang bermacam-macam termasuk perlu menyediakan makanan sahur buat suaminya, Wan Emir. Maklumlah semasa bujang, semua emaknya siapkan dan Mira hanya tukang temankan saja (bukan memasak) seperti katanya. Namun apa dirancangkannya, tidak kesampaian kerana tuntutan kerjanya sehingga akhir Ramadan ini sekaligus hanya beberapa kali saja dapat berbuka dan bersahur dengan suaminya itu.

Baca perkongsian Mira Filzah

IKLAN

Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir. Dalam kepala dah set “Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong2 kacau gulai je sambil teman Mak masak. (Teman eh, bukan masak tau teman je.) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas”.

Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka, LOL. . Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. Macam macam lahh. Preparation nii.

IKLAN

Tengok- tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. (disebabkan MCO hari tu. Bukan salah sesiapa). Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagilah. Hmmm tak dapat balik kampung. Kita outstation pula tu. Hmmmm Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul.

IKLAN

Nasib Wan Emir Sporting

Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT. ️ AND, congratulations for your new app! KORANG, boleh download app yg Emir baru sahaja usahakan, ‘Tarteel’! Aplikasi bacaan dan hafalan Al-Quran yang dinamakan ‘Tarteel’ @thejourney_arahmanasyurga, powered by voice recognition and ‘AI Machine Learning’ to help improve and assist our memorization. Mana tahu ada target nk hafal surah2 baru utk Ramadhan tahun ini, haa download and try okay!

Selamat berpuasa semua

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI