Bajet kahwin yang rendah diperlukan supaya dapat penjimatan yang lebih dan berbaloi serta dapat meringan beban. Betul kata sesetengah orang, ‘majlis bukan kewajipan, akad nikah yang merupakan kewajipan’. Walau bagaimanapun tidak bermakna sebuah perkahwinan itu perlu ditangguhkan lantaran tidak cukup bajet untuk berkahwin.
Bagi pasangan Mohd Zizi Azram dan pasangannya Nabila Akma Azman, oleh kerana tidak mampu mengadakan majlis kenduri kahwin, pasangan pengantin baharu ini telah menggantikan kenduri dengan menaiki Bukit Harimau Menangis di Kemasik, Terengganu. Pendakian ke bukit tersebut juga bertujuan untuk merakam gambar perkahwinan.
Idea unik pasangan pengantin baharu ini tidak disangka-sangka menjadi viral. Pasangan Mohd Zizi dan Nabila menjadi popular sekelip mata apabila gambar perkahwinan mereka tular di media sosial.
Kata Mohd Zizi, penangan gambar perkahwinan mereka yang tular menjadikan permulaan fasa alam rumah tangga mereka berdua yang berusia 21 tahun sangat manis. Momen indah itu akan terus kekal dalam ingatan hingga akhir hayat.
“Saya tak ada bajet untuk buat kenduri dan memang niat nak kahwin ringkas sahaja. Namun pada masa yang sama saya nak gambar perkahwinan yang ‘rare’ atau lain dari yang lain.
Ads
“Sebab itulah saya dan isteri nekad panjat Bukit Harimau Menangis dengan pakai busana pengantin dan hasilnya sangat menakjubkan bagi kami,”kata Mohd Zizi.
Mohd Zizi yang juga mekanik diijabkabulkan dengan pasangannya di Masjid Bukit Kuburan pada 25 Januari lalu sebelum keesokan mereka berdua melakukan pendakian di bukit itu. Ketika pendakian, pasangan dua sejoli ini ditemani ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli Badan Amal Trbiah Sejagat (Batas) Kemaman kerana Mohd Zizi adalah ahli badan tersebut.
Menurut Zizi, mereka mengambil masa selama 45 minit untuk tiba di atas ‘check point’ ketiga Bukit Harimau Menangis tersebut yang berketinggian 202 meter.
Ads
“Kami rakam lebih 100 keping gambar macam-macam gaya dan ahli keluarga yang tolong ambil gambar kami menggunakan kamera telefon bimbit. Tak sangka, gambar itulah yang tular di media sosial walaupun hanya menggunakan telefon bimbit. kami tiada bajet untuk mengupah khidmat juru gambar serendah RM400.
Kata Mohd Zizi lagi, untuk majlis perkahwinannya, dia hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM3000 untuk majlis akad nikah.
Sementara itu, Nabila Akma yang juga merupakan juru wang di sebuah pasar raya di Kemasik berkata, untuk sesi fotografi di atas bukit itu, dia dan suaminya hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM350 untuk bayaran sewa busana pengantin.
Ads
“Solekan saya percuma sebab adik ipar yang solekkan. Memang kami dapat jimat banyak duit bila ahli keluarga banyak bantu kami ketika ambil gambar. Paling kami puas hati bila gambar kami tular. Secara tidak langsung, ramai orang sudah tahu adanya bukit ini sebab bukit ini baharu dibuka untuk ‘hiking’ awal tahun ini,” katanya.
Sebenarnya tidak salah pun kalau buat majlis perkahwinan yang ringkas-ringkas sahaja. Yang paling penting kita buat perkara yang wajib dahulu. Tidak berdosa pun kita buat majlis yang serba ringkas. Matlamat utama ialah kehidupan untuk memulakan hidup sebagai suami isteri.
Sumber kredit: Sinar Harian, FB: Mohd Abdul Hadi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajipan masing-masing.
Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Tidak dapat dinafikan suami isteri yang bercuti bersama akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam rumah tangga. Dalam setahun luangkan beberapa kali masa untuk bercuti bersama. Bagi blogger Bella Idura aktiviti bercuti bersama suaminya, Mohd Firdaus bukan sahaja memberikan satu pengalaman baru buat dia dan suaminya tetapi juga dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.
Percutian bersama mengeratkan hubungan suami isteri apabila kami berkerjasama dan berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kerana percutian kami selama ini tidak pernah melalui mana-mana travel agency. Semuanya diaturkan sendiri. Selalunya saya yang akan menyusun itinerary dan bajet, suami pula akan lebih berusaha bila sampai di destinasi untuk mengikut itinerary dan menyusun masa bila tiba disana. Dengan kerjasama ini, kebanyakan destinasi kami di luar negara akan berjaya mengikut itinerary yang disusun.
PENGALAMAN MENDEBARKAN
Sepanjang bercuti bersama, banyak kali juga alami pengalaman yang mendebarkan antaranya hampir terlepas flight ke Krabi dan Hongkong. Semasa di Singapura kami terpisah selama lebih lima jam ketika mahu menaiki kereta api laju. Suami sempat menaiki kereta api tetapi Bella tidak sempat dan menyebabkan Bella tertinggal dengan hanya kamera di tangan. Suami merayau-rayau mencari Bella di semua stesen sehinggakan ditangkap polis Singapura. Akhirnya polis tersebut membantu suami mencari Bella dengan membuat pengumuman di semua stesen.
Sesat bersama ketika menaiki bot di Bangkok! Kami berada di dalam bot sehingga malam dan penjaga tiket bot tersebut sangat kurang ajar dan menghalau kami kerana ia adalah perjalanan bot yang terakhir. Pemandu bot berhentikan kami di satu kawasan yang sangat sunyi seperti kuil. Nasib kami baik kerana pemandu bot tersebut sangat baik telah menghubungi bot lain yang melalui kawasan kami untuk menumpangkan kami ke stesen keretapi terdekat.
Beg kami ditoreh semasa di airport Macau kerana ada losyen di dalamnya, walaupun losyen itu kurang dari 100 ml. Tidak setakat itu, kami tidak ke kaunter “verification id” kerana Bella kurang mengkaji tentang sistem imigresen di Macau, menyebabkan kami hampir dihalau oleh imigeresen Macau. Sedangkan waktu itu kapal terbang hanya 100 meter di depan kami! Sekali lagi kami bernasib baik kerana pekerja AirAsia bersama-sama merayu supaya melepaskan kami masuk. Agak mengecewakan kerana sebelum kami ke kaunter yang terakhir kami terpaksa melalui 4 kaunter imigresen yang lain tetapi tidak seorang pun menahan kami menyebabkan kami rasa ia ok. Setelah melalui semua ini, kami lebih berhati-hati dan menjadikan ia pengajaran untuk perjalanan yang akan datang.
PENGALAMAN LUCU
Pengalaman lucu ialah ketika mencari jalan untuk ke sesuatu tempat. Kami akan bertengkar untuk menentukan langkah perjalanan kami seterusnya walaupun ada peta ditangan. Tapi bila kami sampai ke destinasi yang kami nak tuju, kami akan ketawa mengingatkan siapa yang betul dan siapa yang salah.
TIP PASANGAN SUAMI ISTERI YANG INGIN BERCUTI BERSAMA
*Buatlah tempahan tiket penerbangan awal untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah kerana ia akan menjimatkan banyak kos percutiaan kita.
*Pastikan itinerary disusun mengikut kesesuaian kita bukan amazing race untuk sampai ke semua tempat.
*Pastikan bajet cukup sehingga hari terakhir perjalanan.
*Kaji tahap keselamatan, cuaca, budaya, mata wang yang digunakan, tempat makanan halal dan belajar sedikit bahasa sebelum sampai ke sebuah negara baru.
*Persetujuaan bersama amat penting. Jadi berbincanglah untuk membuat apa sahaja keputusan bagi memastikan perjalanan kita lebih seronok dan bermakna.
Sumber: Bella Idura
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mahu mengadakan majlis akad nikah di masjid? Mengadakan upacara akad nikah di masjid atau di mana-mana tempat yang sesuai adalah dibolehkan. Islam membenarkan upacara akad nikah disempurnakan di masjid. Hal ini boleh dilihat seperti mana yang disebut dalam sebuah hadis bahawa Nabi SAW menikahkan seorang wanita di dalam masjid.
Maksudnya: “Hebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).” Riwayat al-Tirmizi (1089) dan al-Baihaqi (15095) dalam al-Sunan al-Kubra.
Imam al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Gharib.
Imam al-Munawi Rahimahullah berkata hadis ini menunjukkan bahawa akad nikah di masjid tidaklah dibenci.
Beliau berkata:
وفيه أن عقد النكاح في المسجد لا يكره بخلاف البيع ونحوه
Maksudnya: “Pada hadis ini menunjukkan bahawa melangsungkan akad nikah di masjid tidaklah dibenci, berbeza dengan jual beli dan yang semisalnya.”
(Rujuk al-Taisir bi al-Syarh al-Jaami’ al-Soghir, 1/353)
Berdasarkan hadis di atas juga, jumhur fuqaha’ telah mengharuskan akad nikah di masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 37/214)
Adalah dibolehkan untuk mengadakan akad nikah di masjid. Namun hendaklah dijaga etika dan adab-adab serta peraturan yang telah ditetapkan ketika mana berada di masjid.
Antara adab-adabnya adalah sebagaimana berikut:
*Melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berwuduk, berniat iktikaf dan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk. *Memelihara adab berpakaian seperti memakai pakaian yang suci dan bersih dan menutup aurat. *Memelihara adab berhias dan berdandan dengan tidak berlebihan dan keterlaluan dalam berhias. *Menjaga larangan-larangan seperti larangan memasuki masjid lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi wanita yang sedang dalam haid.
Turut mencadangkan agar diwujudkan ruangan khas yang bukan di ruangan solat untuk mengadakan upacara akad nikah. Hal ini bagi memudahkan perempuan yang berada dalam keadaan haid yang ingin turut serta bersama-sama dalam upacara tersebut.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011 telah membincangkan Hukum Upacara Akad Nikah di Masjid dan keputusannya adalah seperti yang berikut:
Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
Sehubungan itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...