Sebenarnya semua harta di masjid memang diwakafkan untuk para pengunjung masjid, tapi setiap kali ke masjid bersedekahlah bagi meringankan bebanan pihak masjid.
Tak boleh sesuka hati cas handphone dalam masjid, kecuali memang diwakafkan pihak masjid. Sebenarnya bila kita berkunjung ke masjid, memang tak digalakkan untuk mengecas segala gajet peribadi.
Melainkan kita memang tahu bahawa ianya memang diwakafkan untuk pengunjung yang datang ke masjid. Nampak macam perkara ini remeh, namun jika disalahguna akan jatuh haram.
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini dan hadam penjelasan yang diterangkan panjang lebar oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan :
Bolehkah makmum menggunakan tenaga elektrik di masjid untuk mengecas gajet persendirian?
Jawapan :
Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.
Ads
Cas Handphone Dalam Masjid
Kaedah fiqah menyebut:
كل متصرف عن الغير فعليه أن يتصرف بالمصلحة
“Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, maka hendaklah ia bertindak berasaskan maslahah.” (1/310)
Dalam hal ini juga, bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jum’ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid.
Kecuali Memang Diwakafkan Pihak Masjid
Ini berdasarkan sikap Rasulullah SAW yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid, antaranya sebagaimana sabda Baginda SAW:
Dalam isu ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya.
Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.
Ads
Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama. Wallahu a’lam.
Kashoorga: Sebenarnya semua harta di masjid memang diwakafkan untuk para pengunjung masjid, tapi setiap kali ke masjid bersedekahlah bagi meringankan bebanan pihak masjid.
Non Muslim memasuki sebuah masjid di ibu kota baru-baru ni menimbulkan kekecohan. Ia sekaligus mencetuskan tentang persoalan adab non muslim ketika memasuki tempat suci umat Islam ini.
Dalam hal ini Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan walaupun golongan bukan Islam dibenarkan memasuki masjid tapi ia hendaklah dengan keizinan dan adab yang digariskan.
Orang kafir dibenarkan masuk masjid
Terangnya Al-Imam al-Syafi’i berpandangan bahawa orang kafir adalah dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid.
Ini berdasarkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah menerima mereka di masjid.
“Namun, untuk masuk ke masjid, orang kafir seharusnya datang dengan keizinan dan adab yang digariskan.
Ini kerana, Saidina Ali pernah mengusir seorang kafir yang masuk ke masjid. Kata Ibn Qudamah:
فأما مساجد الحل فليس لهم دخولها إلا بإذن المسلمين، لأن علياً رضي الله عنه بصر بمجوسي وهو على المنبر وقد دخل المسجد فنزل وضربه، وأخرجه
“Adapun masjid di tanah halal, maka mereka tidak dibenarkan masuk melainkan dengan keizinan umat Islam.
“Ini kerana Ali pernah melihat seorang beragama majusi masuk sedangkan ketika itu Ali berada di atas mimbar. Lalu Ali turun dari mimbar, memukulnya dan mengusirnya.” (al-Mughni, 9/359)
“Namun, majoriti ulama berpandangan bahawa harus bagi orang kafir itu untuk masuk ke masjid dengan adab yang perlu dijaga.
“Ini sesuai dengan hadis Nabi menerima kesalahan Badawi yang kencing di masjid, kisah Thumamah bin Uthal dan penemuan utusan Kristian Najran di masjid,”jelasnya.
Perlu dengan adab yang digariskan
Pun begitu kata Dr Sanusi, kemasukan mereka perlulah bertepatan dengan adab yang digariskan seperti tidak mengganggu dan menimbulkan sesuatu yang menggusar jiwa orang yang beribadah.
Ini dinyatakan oleh Majlis Fatwa Jordan:
فقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن إيذاء المتعبدين في المساجد والتشويش عليهم، فمن باب الأولى أن لا يُسمح لغير المسلمين بإشغال أهل المساجد عما هم فيه من العبادة والخير
“Sesungguhnya Nabi melarang kita menyakiti orang yang sedang beribadah di masjid, mengganggu mereka, maka adalah lebih utama untuk tidak dibenarkan kepada orang bukan Islam yang akan menyibukkan ahli masjid dari apa yang sedang mereka lakukan dalam beribadah dan kebaikan.”
Dah ganti puasa Ramadhan? Puasa yang tertinggal ini wajib diganti segera sebelum Ramadhan berikutnya tiba.
Bagi wanita bergelar isteri, anda wajib tahu sama ada perlu dapatkan izin suami atau sebaliknya untuk ganti puasa Ramadhan.
Ikuti nasihat Mufti Wilayah ini.
Gambar sekadar hiasan
Soalan Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan puasa qadha’ Ramadhan. Adakah perlu untuk saya meminta izin suami saya atau tidak.
Jawapan Waalaikumsalam, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Ringkasan Jawapan Hukum menggantikan puasa Ramadhan bagi seorang isteri adalah wajib untuk meminta keizinan suaminya, sekiranya tempoh untuk menggantikannya masih panjang dan suaminya berada di rumah.
Ini kerana kewajipan seorang isteri adalah memenuhi hak suaminya.
Huraian Jawapan Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, bahawa pada asalnya seorang isteri itu wajib meminta keizinan suaminya untuk berpuasa sunat.
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW: لاَتَصُمِالْمَرْأَةُوَبَعْلُهَاشَاهِدٌإِلاَّبِإِذْنِهِ Maksudnya: Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya Riwayat Muslim (1026)
Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas menyebut: هَذَامَحْمُولٌعَلَىصَوْمِالتَّطَوُّعِوَالْمَنْدُوبِالَّذِيلَيْسَلَهُزَمَنٌمُعَيَّنٌوَهَذَاالنَّهْيُلِلتَّحْرِيمِصَرَّحَبِهِأَصْحَابُنَا Maksudnya: larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu. Larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah (Lihat Syarh al-Nawawi ala Muslim, 7/115)
Selain itu, bagi menjelaskan berkenaan dengan puasa qadha’ Ramadhan para ulama menerangkan bahawa tidak dibenarkan bagi seseorang isteri untuk menggantikan puasa Ramadhan tanpa keizinan suami sekiranya waktu untuk menggantikannya masih mempunyai tempoh yang panjang.
Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya: وَيَحْرُمُعَلَىالزَّوْجَةِأَنْتَصُومَتَطَوُّعًاأَوْقَضَاءًمُوَسَّعًاوَزَوْجُهَاحَاضِرٌإلَّابِإِذْنِهِأَوْعَلِمَرِضَاهُ Maksudnya: Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa. (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 3/461)
Imam al-Syirwani menyebut di dalam hasyiahnya bahawa sekiranya seorang isteri itu berpuasa tanpa keizinan suaminya maka sah puasanya akan tetapi perbuatannya itu haram dan berdosa.
Walau bagaimanapun sekiranya suaminya tidak berada di tempat tinggalnya maka diharuskan baginya untuk berpuasa. (Lihat Hasyiah al-Syirwani ala Tuhfah al-Muhtaj, 3/461)
Justeru, berbalik kepada persoalan dan dalil yang diberikan dapat kami simpulkan bahawa seseorang isteri wajib meminta izin suaminya apabila hendak melakukan puasa ganti atau puasa sunat sekiranya suami berada di rumah.
Ini kerana wajib bagi seorang isteri untuk memenuhi hak bagi suaminya. Namun sekiranya suaminya tidak ada di rumah, maka ia boleh berpuasa qadha’ atau sunat.
Bahkan sebaiknya meminta keizinan suaminya bagi menunjukkan rasa hormat ke atasnya.
Wallahua`lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kisah anak kesayangannya pernah viral hingga mendapat perhatian meluas di media sosial. Ketika itu ramai yang sangat simpati dengan penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Namun berkat sokongan semua dan pihak terbabit, akhirnya adik Ainul kita sudah sihat dan tersenyum biarpun perlu ada pemantauan setiap masa.
Insan yang paling gembira dengan perkembangan Ainul ini pastilah keluarga terutama ibu yang melahirkan bayi istimewa ini. Sebelum itu, pernah berhasrat untuk memyambung pengajian tetapi disebabkan kesihatan Ainul niat itu tertangguh.
Kini setelah segalanya selesai, ibu muda ini, Nurul Erwani Zaidi boleh menarik nafas lega sekaligus memberi peluang untuknya menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian swasta baru-baru ini.
Dalam posting dimuat turun, Nurul Erwani berkata hasrat menyambung pengajian sudah lama dipendam dan telah mendapat sokongan suaminya, Ahmad Safiuddin serta ahli keluarga lain.
Alhamdulillah. Semalam hari kedua attend kelas di OUM. Decision untuk teruskan study memang impian dari dulu lagi. Suami support dan family pun beri sokongan untuk teruskan.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai yang meyokong usahanya itu. Rata-rata pengikut yang telah mengikuti kisah Ainul dari awal turut berharap segala urusan ibu muda ini dipermudahkan.
KASHOORGA: Kashoorga mendoakan agar baby Ainul terus sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Percayalah setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu dan bapa pasti akan dibalas dengan sesuatu yang manis dan indah dari Allah SWT.
Solat fardu banyak ditinggal belum qada tapi rajin pergi tunaikan solat sunat tarawih di bulan puasa.Ada pendapat mengatakan selagi solat fardu belum selesai diganti...