‘Tak boleh tengok orang hidup senang.’ Jangan jadi manusia busuk hati, banyakkan istighfar & bertaubat sepaya tak menyakiti hati orang lain.
Lumrah manusia kadang-kadang terkhilaf, namun sesekali jangan menjadi manusia busuk hati. Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, manusia yang busuk hati ni memang wujud.
Jenis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang. Serba tak kena. Ada saja yang nak dikacaunya. Ada saja idea jahatnya.
Orang yang macam ni, dia sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia tak suka tu menderita. Ada yang sampai ke peringkat hantar sihir dan juga santau berkali-kali.
Kalau tak boleh guna kekerasan fizikal, dia akan guna ketajaman lidah untuk mengata. Mulut sebusuk bau longkang. Adu domba, fitnah dan menghasut orang lain tu macam biasa tak rasa apa-apa.
Ads
Jangan Jadi Manusia Busuk Hati
Kalau di media sosial ni, mereka akan jadi keyboard warrior dengan bahasa kesat tak ada ampun punya. Kadang-kadang tu, sampai sanggup buat fake account semata-mata nak mengata orang lain. Suka sangat jadi nasi tambah dan batu api.
Kawan-kawan…
Jangan kita jadi orang yang busuk hati. Jadilah orang baik-baik yang suka dengan kebaikan.
Seronok bila tengok orang lain bahagia. Sedih dan simpati bila tengok orang lain susah dan menderita.
Ads
Banyak-banyak istighfar dan bertaubat. Minta Allah bimbing kita supaya jadi orang yang baik.
Hidup tenang-tenang saja. Nanti nak mati pun senang. Sebab Allah akan seru hanya jiwa yang tenang untuk balik mengadap-Nya dalam keadaan redha dan diredhai.
Tiada apa lebih menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Apatah lagi pemergian yang tiada gantinya.
Jika majlis perkahwinan dianggap hari membahagiakan, takdir telah tertulis buat arwah Muhammad Syafiq apabila majlis bahagianya bertukar menjadi tragedi. Arwah dipercayai lemas dalam banjir yang melanda kawasan ibu kota selepas cuba mengambil baju pengantinnya di rumah.
Dikongsikan oleh sepupunya, Ayumi Bruce di fb, wanita ini berkata, sepatutnya semalam adalah majlis persandingan adik sepupunya itu di Negeri Sembilan. Tapi Allah menakdirkan sesuatu yang menjadi tragedi yang akan diingati seumur hidup oleh ibu dan ayah saudaranya.
Semoga Allah mengangkat darjatmu & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Menggigil rasanya nak menaip posting nie. Perasaan yang ditahan dari semalam. Sepatutnya semalam kami semua ke majlis persandingan arwah di Negeri Sembilan. Tapi arwah dipercayai lemas semasa ingin pulang mengambil baju pengantinnya di rumah.
Jasadnya dijumpai pagi tadi setelah air mulai surut. Arwah baru minggu lepas bernikah dan semalam adalah majlis persandingan dirumah pengantin perempuan.
Kuat sungguh dugaan untuk Pak Su Deen Damak Dan Mak Su Kak Tim kerana arwah adalah satu-satunya anak lelaki sulung mereka.
Semoga Allah juga turut menaikkan darjat mereka dan menggantikan dengan pelbagai hikmah. Hanya mampu berdoa untuk Pak Su dan Mak Su dan isteri serta adik-adik arwah yang lain. Semoga terus tabah dan kuat menerima Qada & Qadar Allah. Aamiin,kongsinya.
Dalam pada itu di page KLIA United melaporkan, orang ramai menjumpai mayat seorang lelaki di Sungai Labu dipercayai penduduk Kampung Baharu Lanjut, Sepang.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhammad Syafiq dikhuatiri lemas ketika air semakin menaik dan deras di Sungai Labu pada 18 Disember lepas. Orang ramai diminta berwaspada dan memerhatikan keadaan sekeliling dan menjaga antara satu sama lain.
Mangsa juga baru melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember lalu. Semoga pasangan dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum berkahwin kita memang tidak mengenali sikap sebenar seorang suami itu. Adakah dia seorang yang penyayang, pemurah ataupun bersikap baran.
Jika dapat yang penyayang dan pemurah, kita dikatakan isteri yang sangat beruntung. Tetapi bagaimana pula jika dikurniakan jodoh dengan mereka yang bersikap panas baran.
Alam kubur itu pasti. Malah setiap manusia yang meninggal akan dikebumikan dengan sesempurna mungkin mengikut situasi dan masa dirinya meninggal. Hidup lawannya mati dan selepas meninggal, manusia akan menjadi penghuni alam kubur hingga tiba hari dibangkitkan kelak iaitu hari kiamat.
Di alam kubur, perubahan jasad manusia akan terjadi dan hanya segelintir jasad sahaja yang ditemukan masih sempurna mengikut amalan kebaikannya ketika di dunia (dari beberapa kisah yang diceritakan). Sebagai manusia, kita wajib mempercayai alam kubur dan ia tergolong dalam perkara ghaib.
Rasulullah dalam hadis riwayat Ahmad dari Sahabat Anas bin Malik, beliau bersabda:
“Lau la an la tudafanu lada’autullaha ‘azza wa jalla an yusmia’kum min adzabil-qabri ma asma’ani,”. Yang ertinya: “Seandainya kalian tidak akan saling menguburkan (jenazah), tentulah aku (Rasulullah) akan berdoa kepada Allah agar memperdengarkan kepada kalian siksa kubur yang aku dengar,”.
Dari hadis tersebut, Rasulullah menyeru kepada manusia untuk saling melakukan kebaikan dan kebajikan terhadap mereka yang sudah meninggal dunia.
Tidak hanya itu, Rasulullah turut menegaskan adanya kehidupan di alam kubur, baik berupa seksaan atau bahkan kenikmatan hasil beribadah dari hamba-hamba Allah yang soleh.
Tapi satu harus diingat, kehidupan alam kubur itu bukanlah kehidupan berada di atas tanah. Hanya Allah sahaja yang tahu di mana letaknya alam kubur itu berada, manusia hanya mengimaminya sahaja bahawa adanya seksa dan nikmat alam kubur itu sendiri.
Anggota tubuh mana akan pecah dahulu?
Dalam buku Lulus Interview di Alam Kubur dari rangkuman berbagai penulis, jasad manusia di alam kubur akan mengalami perubahan seiring berjalannya waktu. Pada malam pertama di alam kubur, jasad manusia mulai membusuk di bahagian perut dan kemaluan.
Kerana itulah semasa di dunia, kita wajib menjaga perut kerana darinya banyak penyakit yang boleh membawa kematian. Dan kita juga tidak digalakkan makan benda-benda haram hasil dari kerja haram.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang paling banyak memasukkan manusia ke syurga ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Baginda ditanya lagi, “Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah SAW menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Pada malam kedua, anggota-anggota tubuh kita yang lain akan mulai membusuk. Seperti limpa, hati, paru-paru hingga perut. Di hari ketiga, anggota-anggota tubuh itu akan mula mengeluarkan bau yang tidak sedap.
Dalam seminggu, jasad manusia di alam kubur wajah / muka kita akan mula membengkak. Seluruh tubuh kita seperti pipi, mulut dan juga hidung akan mula pecah. Proses ini mengambil masa sehingga hari ke 10 di mana saat ini bau busuk lebih menusuk kerana anggota-anggota ini akan pecah bersambung dengan perut dan dada kita.
Masuk minggu kedua pula, rambut kita akan mulai gugur dan tercabut dari kepala. Pada ketika inilah, bercampur dengan proses pembusukan dan pecahnya anggota tubuh yang lain, haiwan-haiwan dapat mencium bau busuk ini dari jarak lima kilometer.
Jika satu ketika dahulu kita berbangga dengan wajah yang cantik dan tampan, wang yang banyak hingga kita bangga dengan riaknya mempamernya kepada orang lain di media sosial, kesemua tubuh ini akan mula bercerai satu persatu dari tubuh kita.
Selepas enam bulan di alam kubur, kebanyakan tubuh kita sudah bertukar menjadi tulang temulang. Daging yang membalut tubuh kita akan dimakan haiwan dan bakteria di dalam tanah.
Dan selepas 25 tahun berada di alam kubur, rangka tubuh manusia akan berubah menjadi semacam biji. Di dalam biji tersebut terdapat satu tulang yang sangat kecil yang disebut ajbudz dzanah atau tulang ekor. Dari tulang itulah nantinya manusia akan dibangkitkan Allah SWT pada yaum al-akhir atau hari kiamat.
Perubahan jasad manusia dalam kubur ini juga tidak terlepas dari kehidupan yang lain. Ada seksa dan nikmat yang Allah berikan di dalamnya. Namun ketakwaan serta amal yang manusia lakukan akan menjadi penolong di alam kubur ini kelak.
Ingatlah, hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Dunia adalah persinggahan dan perlu diisi dengan iman dan takwa untuk kita mencari kesenangan di alam akhirat nanti. Allah juga tidak menjanjikan keperitan semata-mata atau kesenangan semata-mata tapi hendaklah dihiasi dengan iman dan takwa agar di akhirat nanti kita tidak merana.
Sumber : Republika
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?