‘Tak boleh tengok orang hidup senang.’ Jangan jadi manusia busuk hati, banyakkan istighfar & bertaubat sepaya tak menyakiti hati orang lain.

Lumrah manusia kadang-kadang terkhilaf, namun sesekali jangan menjadi manusia busuk hati. Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, manusia yang busuk hati ni memang wujud.

Artikel Berkaitan: Jaga Mulut! Habib Ali Zaenal Kongsikan Siapa Tidak Menjaga Lisan Di Dunia Akan Dicampakkan Ke Neraka

Tak Boleh Tengok

Jenis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang. Serba tak kena. Ada saja yang nak dikacaunya. Ada saja idea jahatnya.

Orang yang macam ni, dia sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia tak suka tu menderita. Ada yang sampai ke peringkat hantar sihir dan juga santau berkali-kali.

Kalau tak boleh guna kekerasan fizikal, dia akan guna ketajaman lidah untuk mengata. Mulut sebusuk bau longkang. Adu domba, fitnah dan menghasut orang lain tu macam biasa tak rasa apa-apa.

IKLAN

Jangan Jadi Manusia Busuk Hati

Kalau di media sosial ni, mereka akan jadi keyboard warrior dengan bahasa kesat tak ada ampun punya. Kadang-kadang tu, sampai sanggup buat fake account semata-mata nak mengata orang lain. Suka sangat jadi nasi tambah dan batu api.

Busuk sungguh hatinya!

Baca Juga Di Sini:

Mak Tu, Walau Mulut Marah, Tapi Hatinya Tidak & Hebatnya Kuasa Ibu, Diri Tiada Ganti Berbanding Harta Yang Banyak!

IKLAN

Ini 7 Persiapan Rohani Sebelum Pergi Tunaikan Umrah Antaranya, Kena & Jaga Mulut

Siti Elizad Sedih Dengan Tuduhan Mandul, Mufti WP Kongsi Mulut Punca Ramai Manusia Ke Neraka

Banyakkan Istighfar & Bertaubat

Kawan-kawan…
Jangan kita jadi orang yang busuk hati. Jadilah orang baik-baik yang suka dengan kebaikan.

Seronok bila tengok orang lain bahagia. Sedih dan simpati bila tengok orang lain susah dan menderita.

IKLAN

Banyak-banyak istighfar dan bertaubat. Minta Allah bimbing kita supaya jadi orang yang baik.

Hidup tenang-tenang saja. Nanti nak mati pun senang. Sebab Allah akan seru hanya jiwa yang tenang untuk balik mengadap-Nya dalam keadaan redha dan diredhai.

Selamat pagi.

#KAB

Sumber : Ustaz Khairul Anuar Basri

Follow kami di Facebook , Website , Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI