Sudah beberapa tahun hidup bersama, pasti kita sudah dapat menerima baik buruk pasangan.
Tidak kiralah bagaimana saiz badan sewaktu mula-mula berkahwin hinggalah sudah melahirkan beberapa orang cahayamata.
Janganlah dijadikan alasan, jika saiz badan berubah menyebabkan kasih juga berubah. Bukan kehendak dirinya, apabila saiz badan berubah mendadak, tetapi dek kerana sikap pasangan yang setia melayan dan memenuhi kehendak pasangannya.
Seperti perkongsian Firdaus Syakirin
di laman sosial yang mengingatkan kita bukan tubuh seperti model yang diidamkan, tetapi cukuplah jika empunya diri sihat walafiat dan sentiasa berada di sisi.Saya tak harap isteri kurus, solid mcm model…cukuplah klu dia sihat walafiat dan masih berada disisi…
Dah bertahun dah dia cuba nak kurus…ingat senang ke nak kurus ni?
“Mlm ni abg nk beli burger, awak nak?”
Xnak, kolesterol…
“Abg nak bli nasi lemak, awak nak roti canai?”
Xnak, byk minyak…
Bila kita dgn anak2 mkn, dia xmkn…bila tnya, jwbnya tgh DIET…tak tahan punya pasal, kluar la ayat,
“Awak gemuk pun xpe la yg ooii, jadi besar pun abg ok…asalkan sihat sudah…”
Terus mkn burger, terus makan roti canai…
Stress btol la tgok itu xleh mkn, ini xleh mkn…nak bli itu xnak, nak bli ini xnak…bwk kluar dinner, tp dia tak order…dah apehal…
“ABANG TAHU TAK YG MAKAN MALAM BOLEH MEMBUATKAN KITA GEMUK…?”
Dia tanya kita pulak…dia ingat kita kisah?
Klu nk jaga badan, buat utk kesihatan diri sendiri…jgn niat semata-mata sebab xnak pasangan LARI…badan solid pun kena tggal jugak dgn lelaki ni…
Dah nama pun lelaki…
Setiap lelaki berbeza…ada yg permintaannya nak isteri jaga badan, ada yg langsung tak hiraukan…asalkan SIHAT dan KEMAS cukup…
Nak gemuk tu senang ja, tp ingat senang ke nk kurus? Bagi yg sedang usaha utk kurus tu, teruskan usaha anda…utk kesihatan anda jugak…
Nanti bila dah kurus, jangan plak kluar rumah dgn pakaian menjolok mata…kurus utk pasangan, bukan org awam…
Artikel Berkaitan: Elak Sakitan Hati Isteri Kalau Tak Nak Di ‘Mark’ Malaikat, Derhaka Pada Allah. Pesanan Untuk Para Suami!
Kashoorga: Kalau sayangkan semua, dapatkan barangan keperluannya di sini