Janda, balu atau ibu tunggal sering terpinggir dan mendapat label yang tidak baik dalam kalangan masyarakat. Mereka sering dipandang serong oleh masyarakat. Setiap langkah dan gerak-geri mereka sering diragui atau dipertikaikan.
Seharusnya golongan istimewa yang lemah dan serba kekurangan ini perlu diberi sokongan yang sewajarnya daripada pelbagai pihak sama ada keluarga, saudara-mara, badan-badan kebajikan dan juga masyarakat sekeliling
Farah selalu dapat soalan macam mana Farah tegar ignore mulut-mulut orang dan stigma terhadap janda?
Well Farah takde la ignore sangat, kadang #pangkang jugak sedas dua hiks. Bukan nak melawan sangat tapi kadang manusia ni dia fikir hidup orang dari pandangan hidup dia je. From my research, society kita tak inclusive, jadi susah nak raikan kelainan.
Ads
PERLU DIDIDIK
Jadi Farah rasa berkeperluan nak educate jejenis camni, supaya respect preference orang selagi tak bertentangan dengan syarak. Tak kisah lah kau menyampah ke, muntah ke. Kang ringan hati kalau kita tumpang senang dengan kehidupan orang lain.! Haih..
Lepas tu Farah jenis malas nak fikir sangat. I had a tough life. I already went through a load. So why would I allow others to keep hurting me.? Now nak happy and enjoy life. Fokus study, @ommaesabel and appreciate people who appreciate me.
BUKAN ADA APA-APA TITTLE DUNIA
Ads
Orang-orang yang bising ni, none of them kisah perasaan kita, so why bother apa dorang kata, apa dorang fikir.? As long as kita tau apa yang kita buat tak sakitkan orang dan tak harmful, just be ourselves. Siapa nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri kan?
And what so hina jadi janda? Most janda adalah golongan teraniaya, (tak termasuk janda yang hmmm menjandakan orang lain. Nak-nak ibu tunggal. Allah bela sangat golongan ni siap mention dalam Quran. Khadijah was ibu tunggal you know? Tapi siapa Khadijah di sisi Allah? Perempuan terbaik. Jadi tittle dunia is nothing, yang bezakan kita adalah iman dan amal.
So just be nice, kita mungkin tak tahu tangisan orang dihening malam, disebalik senyumannya di pagi hari. So be nice, have empathy. Kalau dah mati kutu sangat nak cakap nice camne, just shut up. Kau pun tak suka orang sakitkan hati kau kan.? Common sense kot
Ads
So jaga hubungan dengan Allah, jaga mulut dengan manusia. Be proud of ourselves, respect ourselves, love ourselves. And others too. At the same time, work for a better self in future. Kalau kritikan membina, terima. Kalau bukan, persetankan je.
After all, yang hisab hidup kita bukan orang, tapi Tuhan…
Melentuh buluh biarlah dari rebungnya begitu jugalah dengan mendidik anak-anak. Membawa anak-anak sejak dari kecil lagi ke masjid merupakan salah satu cara untuk menyemai semangat cintakan masjid dalam diri mereka.
Ia perlu ditanamkan sejak anak-anak masih kecil dengan sering membawa kanak-kanak ke masjid. Rasa kecintaan dan rindu untuk selalu hadir ke rumah ALLAH In Shaa Allah akan kekal sehingga dewasa. Namun apa yang berlaku kini, ada pula segelintir pihak tidak suka ibu bapa membawa anak ke masjid atas alasan bising dan mengganggu.
Melihatkan situasi ini maka sebab itulah tidak ramai anak-anak muda suka ke masjid, rupa-rupanya ketika mereka kecil dahulu mak dengan ayah jarang bawa. Lebih teruk lagi, langsung tidak pernah membawa langsung anak-anak mereka ke masjid lantaran enggan dimarahi oleh pihak pengurusan masjid.
Memang fitrah kanak-kanak suka bermain dan bergurau senda. Tugas si dewasalah menegur penuh kasih sayang ‘jangan buat bising ye nak…” Ini tidak, dihalang terus sehingga membantutkan keinginan anak-anak kecil ini untuk menjejakkan kaki ke rumah ALLAH.
Namun, hal sebegini tidaklah berlaku di semua masjid, tapi memang terjadi, memang ada. Dan jujurnya ia sungguh menyedihkan.
Kita boleh contohi cara Masjid Ahmet Hamdi Akseki di Turki. Masjid ini menyediakan ruang anak-anak bermain bagi membolehkan ibu bapa menunaikan solat dengan tenang. Apabila ibu bapa solat di hadapan, anak-anak akan ditinggalkan bermain di bahagian belakang, di ruang permainan. Jadi dengan cara ini, mereka tidak ‘menganggu’ jemaah yang sedang menunaikan solat.
Di negara kita memang ada masjid yang turut mempraktikkan cara begini. Antara masjid yang telah mempraktikkan ‘taman permainan’ di satu di dalam masjid ialah di Masjid UTP, Seri Iskandar Perak. Moga lebih banyak masjid menyediakan kemudahan sebegini bagi membolehkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid tanpa rasa bersalah.
Sumber gambar: Anadolu Agency (gambar Masjid Ahmet Hamdi Akseki, Turki) dan FB: Noor Adibah Md Amran (gambar masjid UTP, Seri Iskandar Perak)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kebiasaannya dalam usia yang masih kecil, anak-anak lebih suka bermain berbanding belajar. Namun bagi Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida, pasangan suami isteri ini amat menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jutawan kosmetik itu sering berkongsi tentang perihal cara beliau menekankan pendidikan agama kepada anak-anak. Terbaru anak ketiganya Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baem telah menarik perhatian ramai. Baem menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk.
baem cemburu la ammar dah hafal 1 juzuk….baem belum lagi ??
Sedih baem abg ammar ketawakan dia bila tgh hafal surah sbb dia salah baca…x per lah salah kan yg penting semangat…semalam pkl 1 pagi dia tidur sbb nak suruh mama dgr bacaan surah surah hafalan dia??
Alahai beruntungnya Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida. Anaknya menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk. Sejuk perut ibu yang mengandungkankan. Rakaman video tersebut turut mengundang komen daripada netizen. Ini antara komen-komen netizen.
BERIKUT DIKONGSIKAN TIP UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN:
1.Memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sejak anak-anak masih kecil lagi.
2.Menggunakan bantuan alat mengajar seperti flash card.
3.Menggunakan video bersuara lengkap dengan visual.
4.Mengalunkan ayat-ayat al-Quran di dalam kereta.
5.Membacakan surah al-Quran pada anak-anak sebelum tidur.
6.Jadikan tabiat untuk memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran ketika duduk bersantai-santai.
Yakinlah wahai ibu ayah bahawa kita semua boleh. Anak kita semua sangat genius, insan-insan yang masih terpelihara daripada dosa. Selain itu, pujilah anak bila mereka mengaji. Tunjukkan wajah ceria dan gembira. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah SWT.
Sumber kredit: @baem_adham
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak ramai tapi mandul, apa maksudnya? Sebenarnya ini adalah persoalan yang diajukan oleh Rasulullah sendiri kepada seorang sahabatnya. Ia berkenaan ibu bapa yang punya anak namun tidak berjaya mendidik mereka dengan baik jauh lagi menjadi anak soleh atau solehah.
Perkara ini dikongsi oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi, yang juga merupakan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
Rasulullah bertanya kepada sahabat tentang persoalan mandul. Sabda Nabi:
“Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).
Kepentingan didik anak soleh
Inilah perbezaan pertimbangan manusia dengan penilaian Allah. Rasulullah mendidik sahabat supaya memandang tinggi kepentingan mendidik anak yang soleh. Anak yang ramai belum tentu memberikan manfaat buat ibu bapa terutama di akhirat.
Sebab itu Rasulullah tegaskan peranan anak yang soleh. Sabda Nabi:
“Apabila meninggalnya seorang manusia itu terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Anak yang soleh yang mendoakannya, sedeqah jariah serta ilmu yang bermanfaat.”
Atas dasar itu Nabi Ibrahim berdoa di dalam al-Quran agar dikurniakan anak yang soleh. Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh sehingga seorang Nabi sendiri berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Doa ini direkodkan di dalam al-Quran. Kata Nabi Ibrahim:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah daku anak-anak yang soleh (al-Saffat: 100)
Marilah bersama kita amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan anak yang soleh.
Namun agak malang pada hari ini, ramai ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak namun tidak membesarkan mereka dengan asas didikan agama hingga ada yang langsung tidak tahu mengerjakan solat.
Lebih mengecewakan anak-anak ini terlibat dalam perbuatan maksiat, zina malah gejala sosial berat seperti jenayah dan dadah. Alangkah ruginya anak yang seharusnya menjadi ladang pahala buat ibu bapa namun jadi sebaliknya.