“Tak Kisah Muslim Atau Kristian, Asal Dari Rahim Sama. Ibulah Syurga Pertamamu” – Luah Ibu Punya Anak Berlainan Agama

Share

Ketika kita masih kecil dan belum aqil baligh, segala keputusan yang dibuat terletak di tangan ibu dan ayah. Apa sahaja pilihan mereka kita akan ikut kerana menghormati kedua-duanya.

Tetapi apabila dewasa dan sudha mencapai usia sepatutnya. seorang anak itu boleh memilih haluannya sendiri termasuk agama yang menjadi pilihannya.

Dan bagi keluarga, berhak menentang kehendak mereka. Namun jika si anak memilih Islam sebagai agama barunya, itu dianggap sebagai pilihan terbaik dan wajar untuk dihormati.

Walaupun berlainan agama, hubungan kekeluargaan tetap kekal terjalin. Ibarat air dicincang takkan akan putus.

Begitulah kisah perkongsian seorang ibu ini yang dikenali dengan nama Anty Kilin

yang mana dua anak perempuannya berlainan agama tetapi sedikitpun tidak meretakkan ikatan persaudaraan.

Dan paling penting kasih sayang seorang ibu itu tidak akan berubah walaupun berbeza agama.

Tidak kisah sama ada Muslim atau kristian, mereka tetap dari rahim yang sama dan ibu adalah syurga pertama bagi mereka.

Ibu ini juga turut memberi nasihat kepada kedua-duanya agar sentiasa menghormati satu sama lain dan sebagai ibu doa serta restu akan sentiasa bersama anak-anaknya.

Sumandak sy yg sya sayang..

Mungkin kamu terpisah oleh dua Agama yg berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting Kasih Sayang seorang Ibu ini tidak akan berubah walau mcmana pun. Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari Rahim yg sama, susu gantung yg sama.. keluar dari tempat yg sama, pindik kata Ibulah SYURGA pertama kamu dan jangan sesakali saling bermusuh atau mengasiburuk antara satu sama lain. Hormati dia sebagai kaka dan dia akan menghormati kau sebagai adik.

Restu dan Doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu mcmana..

Anak Sulung
*Saat dia memilih untuk Memeluk Agama Islam, Sy telah memberikan restu seikhlasnya dan Meminta Bakal Suaminya untuk menjadikannya sebaik baiknya wanita Muslimah..

Anak Kedua
*Mami.. sy mau masuk sekola AlKitab.. Sy mau memberikan tumpuan pada Gereja, supaya sy boleh mendoakan semua orang… “

Apa lagi yg sy boleh katakan.. selain dpd memberikan restu kepada apa yg diurang suda pilih.. Anak anak sa terbaik, walaupun sy bukan lah ibu yg terbaik…

Ternyata perkongsian ini mengundang respon baik dari warganet. Masing-masing memuji sikap ibu ini sebagai seorang ibu yang baik.

Ada juga yang turut mendoakan urusan keluarga ini dipermudahkan dan mendapat limpahan rezeki berganda dari Allah.

Dya Raffi Semoga allah permudahakan rezeki dn sihat sentiasa diberkati buat antie kilin dn anak2…aamiin ya rabball alamin

Suzy Anne Samsudin Anty Kilin anda ibu hebat..

Pn Rose Sher Khan Respect ngan anty… u anty…semoga ikatan ibu dan anak kekal selamanya.Aaminn.

Kuya Ag Syabas, mmy memang ibu yg terbaik dalam dunia

Awang Matusin TAHNIAH, anty Kilin for being the best mum.
Published by
Siti Zurina