Seperti yang kita tahu, kebanyakan mangsa yang positif COVID-19 ini adalah dari kluster perhimpunan tabligh hujung Februari lalu.
Dan jemaah tabligh ini menurut perintah untuk membuat pemeriksaan di hospital dan ada antaranya yang telah dikuarantin.
Namun begitu, walaupun sepanjang di kuarantin di Hospital Sungai Buloh, sekumpulan jemaah ini sentiasa mengisi masa lapang mereka dengan melakukan amal ibadah.
Seorang pengguna laman sosial Facebook Amirul Asyraf
yang juga seorang doktor perubatan menunjukkan dua keping gambar mereka dalam wad di Hospital Sungai Buloh sedang melaungkan azan sebelum menunaikan solat berjemaah.Tambah Amirul, kira-kira 576 individu disahkan positif selepas hadir ke perhimpunan intimaj berkenaan di Masjid Seri Petaling.
Dia turut menyeru mana-mana lagi yang belum membuat pemeriksaan agar segera di periksa oleh pihak KKM. Tambahnya lagi mereka ini (jemaah tabligh) orang baik-baik dan jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
Ternyata posting yang dimuat naik ini telah mendapat lebih 2K tanda like dan 1.3K butang share.
Malah rata-rata warganet mendoakan agar semua petugas perubatan dan pesakit dilindungi Allah SWT.