LOVE

Tidak dinafikan ada dalam kalangan kita yang suka dengan seseorang itu dalam diam. Suka menyimpan rasa hati seorang diri dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain kerana bimbang diperkecilkan.

Namun sebenarnya tanpa kita sedar rupanya lelaki yang kita sukainya itu juga turut menyukai diri kita dalam diam, tetapi bagaimana kita mahu tahu perasaannya pada kita?

Tidak mahulah jadi seperti ‘perigi mencari timba’ kerana memang malu jika cinta kita telah ditolak dalam diam.

Kalau Jumpa Lelaki Suka Cari Gaduh, Jangan Lepaskan. Dialah Jodoh Paling Serasi & Suka Kita Dalam Diam!

Bagi mengelakkan situasi begini, kita sebenarnya boleh tahu kalau seseorang lelaki itu sebenanya suka pada kita dalam diam.

Perhatian tanda-tanda ini dan jika ada, bermakna dia memang jodoh terbaik untuk dirimu.

IKLAN

1. Selalu Memerhatikan Anda/Curi Pandang

Seseorang yang meminati anda dalam diam, selalu perhatikan anda apabila berada berdekatan dengan mereka. Tidak dapat dinafikan lagi jika orang yang disayangi berdekatan dengan dirinya, hati akan berasa senang untuk terus mencuri pandang.  Dan kebiasaannya juga dia selalu tersenyum apabila anda berborak dengannya.

2. Meluangkan Masa Dengan Anda

Biasanya, kalau seseorang lelaki itu meminati anda, si dia akan cuba sebaik mungkin untuk mencari masa bersama. Tidak kira dalam apa juga situasi, dia pastinya akan ada masa untuk anda. Paling tidakpun pada waktu lunch, si dia akan mesej untuk makan bersama. Jika sekiranya 3 hari berturut-turut dia tidak mesej, maka anda sangat membosankan buatnya.

3. Selalu Layan Kita Secara Kasar/Menyakat

Lelaki yang suka anda, selalunya akan layan dengan kasar seperti dia membenci anda. Ini kerana dengan cara itu sahaja si dia boleh dekat dengan dirimu. Kadang-kadang si dia suka timbulkan masalah walaupun tanpa sebarang punca hanya untuk melihat anda marah atau anti dengan si dia. Tapi, kalau ada lelaki atau perempuan lain yang buli anda, dia adalah orang pertama yang akan lindungi diri anda.

4. Sentiasa Berada Disisi Jika Anda Memerlukan

Lelaki yang meminati anda dalam diam ini, sanggup buat apa sahaja kalau anda minta pertolongan. Dia akan membebel, cakap yang kita susahkan dia. Tapi sebenarnya dalam hatinya, dia suka sebab dia orang pertama yang kita cari. Kadang-kala dia sanggup bagi apa sahaja yang kita minta, walaupun barang yang diminta itu adalah baranng kesayangan dia dan tidak pernah ada orang lain menyentuhnya.

IKLAN

Kalau Jumpa Lelaki Suka Cari Gaduh, Jangan Lepaskan. Dialah Jodoh Paling Serasi & Suka Kita Dalam Diam!

5. Bersikap Cemburu

Jika anda berborak atau bergurau senda dengan kawan lelaki anda ataupun kawannya, si dia akan cuba sedaya upaya jauhkan anda dari mereka kerana cemburu melihat andabermesra dengan lelaki lain. Andai kata anda terserempak dengan kawan lelaki semasa keluar bersama si dia, pasti dia akan cuba mengajak anda ke tempat lain atau melekakan anda dengan membelikan barang yang diminati supaya anda kurang fokus untuk beramah mesra dengan kawan berkenaan.

6. Perangai Berubah Bila Bersama Anda

Pernah tak anda berjumpa dengan lelaki yang garang, ego dan control macho. Tapi apabila dengan anda, dia jadi lembut dan manja. Katakan jika dia sedang marah, kalau anda pujuk, mudah sahaja marahnya akan  hilang. Ataupun, bila dia dalam keadaan sedih, hanya anda sahaja yang dia mahukan sebagai peneman duka.

IKLAN

7. Dia Tahu Segalanya Tentang Kita

Si dia yang meminati kita dalam diam ini, selalunya akan selidik tentang diri kita dari orang yang dekat dengan kita ataupun kita sendiri. Contohnya seperti apa yang kita suka, apa yang kita tak suka, tentang adik beradik kita dan sebagainya. Dan yang paling ketara, si dia boleh ingat apa yang kita beritahu dekat dia walaupun perkara itu telah berlaku dua tahun yang lepas. Laman sosial anda, semestinya si dia akan stalk untuk mengetahui status kehidupan anda.

Kalau Jumpa Lelaki Suka Cari Gaduh, Jangan Lepaskan. Dialah Jodoh Paling Serasi & Suka Kita Dalam Diam!

Kesimpulannya apa yang dikongsikan di atas ini hanyalah gambaran asas sama ada si dia suka anda ataupun tidak kerana setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaanya terhadap anda.

Tidak semestinya sama seperti yang diatas. Jika sama, maka terpulanglah pada anda untuk membuat keputusan. Jika merasakan si dia jodoh paling tepat jangan lepaskan kerana memang dia menyukai kita sedalamnya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI