‘Tak Mahu Mereka Terlambat Kenal Al-Quran.’ Berhentikan Anak Dari Sekolah, Aidid Marcello Buat Keputusan Nekad Hantar Tahfiz

Share

‘Tak mahu mereka terlambat kenal al-quran.’ Berhentikan anak dari sekolah, Aidid Marcello buat keputusan nekad hantar tahfiz untuk menghafal Al-Quran dan bergelar hafiz suatu hari kelak.

Ternyata bukan suatu keputusan yang mudah bagi sesiapapun, begitu juga dengan pasangan personaliti televisyen ini (TV). Membuat keputusan yang bertentangan dengan kebiasaan pasti akan dinilai yang bukan-bukan.

Namun berbeza dengan pasangan ini iaitu Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, tindakan berani mereka mendapat pujian ramai. Malahan perkongsian Aidid Marcello akan perkara ini di akaun Instagramnya menjadi inspirasi buat mak ayah yang lainnya.

Artikel Berkaitan: ‘Bahagi Masa Untuk Hafal Al-Quran & Akademik.’ Graduan Hafizah Berjaya Genggam Dua Sijil Serentak, Khatam Dua Kali

Ikuti perkongsiannya:

Tak Mahu Mereka Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim.

Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak dan sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa (mereka) dan happy dengan panggilan ini.


Kenal Al-Quran

Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah dan @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.

Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia memang jenis yang firm, well research, korek segala info gila-gila dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak-anak dia.


Berhentikan Anak Dari Sekolah

Tapi kali ini, kami tak tahu macam mana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati dan tenang memberhentikan anak-anak kami dari sekolah rendah dan menengah, untuk masukkan mereka ke Akademi ini. Mudah betul proses, tak sampai tiga hari semua proses berhenti dan kemasukan. Masyallah.

Kita memang boleh rancang, tapi DIA yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa (mereka) lima minit daripada rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah traffic hantar sejauh 25 kilometer (km).

Aidid Marcello Buat Keputusan

Kepada yang baca ni, nawaitu aku sekadar nak share rasa happy sebagai ayah dan ibu. Dan aku juga nak share, jangan sekali-kali kita sangsi dengan apa yang DIA akan berikan kepada kita. Aku jahil sangat lagi, tapi aku tak nak anak-anak aku start lambat.

Tentang masa depan mereka, insyallah harapan kami, biarlah depa nak jadi apa sekalipun lepas ni, asalkan Quran sudah ada di dada.

Aku mohon sangat, hampa (kalian) yang sedang baca ni, doa dalam hati kejap, sebutkan nama depa.

Muhammad Iman
Dan Muhammad Yusuf
Serta Muhammad Ibrahim

Semoga depa bertiga dapat menghafal Al-Quran dengan lancar dan tenang. Insyallah.


Nekad Hantar Tahfiz

Maaf kalau ada terbunyi sombong atau riak. Aku hanya seorang ayah yang masih jahil tapi terlalu gembira hendak kongsikan pilihan perjalanan untuk anak-anak kami yang tak pernah kami fikir mampu kami lakukan.

Moga-moga dengan perkongsian ini, ada juga kawan-kawan yang 50-50 atau sangsi tentang masa depan anak mereka, terus dapat keyakinan untuk register kan anak menghafaz Al-Quran, insyallah.

Baca Di Sini:

‘Layak Mengajar Tahfiz Seluruh Dunia.’ Khatam Al-Quran Dalam Masa 17 Jam, Iman Asri Pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’

Bantu Golongan Buta Huruf Kenal Kalam Allah, Ustazah Aisyah Baaín Kongsi Keberkatan Al-Quran

Komen warganet:

Dalam masa yang sama, ramai pengikut Aidid berbangga dengan keputusan yang telah dia dan isteri lakukan. Malahan rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ketiga-tiga anak Aidid.

Suhaila ahmadnor
MasyaAllah tabarakallah…Tahniah Aidid and wife and anak-anak syurga korang … well done! Semoga Allah Taala memberkati semuanya dan teruskan perjuangan ke jalan NYA

Min haji sobari
Alhamdulillah…tahniah! Nak post ni pun sebenarnya dengan izin Allah. Kalau Allah tak bukakan hati mesti tak akan terbuka nak kongsi cerita gembira macam ini. Semoga anak-anaknya berjaya dunia akhirat.

Mazlin Nordin
Syukur Alhamdulillah…
DIA sebaik baik perancang…
Tahniah Aidid dan Norzie…
Keputusan yang amat baik….
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala pembelajaran ketiga-tiga putera tersayang…

Kashoorga : Semoga Allah mempermudahkan perjalanan anak-anak ini. Insyallah.

Sumber : Instagram Aidid Marcello

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat