Alhamdulillah, nampaknya seorang lagi selebriti wanita yang kini berhijab, iaitu pelakon Zara Zya.
Sebelum itu rupanya sudah lama pelakon drama Seadanya Aku dan Korban Kasih ini memendam hasrat untuk berhijrah dan akhirnya tekad bertudung sejak beberapa hari lalu.
Sejak muat naik gambarnya bertudung di laman Instagramnya, telah menarik perhatian pengikut dan ramai menyukai imej bertudung yang digayakan.
Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah.
Dia juga dikatakan mula menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, Rabu lalu.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Suami & Orang Tua Terus Tanggung Dosa, Pelakon Ieda Moin Kini Berhijab. Minta Doakan Kekal Istiqamah!
Ketika dtanya Zara jujur mengakui masih masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Dan juga mengharapkan doa yang baik-baik dari semua pengikutnya.
“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini,” katanya.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung.
Menurut pelakon berbakat ini juga berkata hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat.
“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.
“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” tambahnya yang mengakui tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.
“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.
“Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya kepada Berita Harian
Kredit Foto: Instagram Zara Zya
Artikel Berkaitan: Lepas 2 Bulan Belajar Agama Di Kelantan, Mawar Rashid Nekad Berhijab Sempena Maal Hijrah Lalu. Alhamdulilah!