Dalam menjalani ibadah puasa sama ada secara sedar atau tidak ada perkara yang kita lakukan merosakkan puasa itu sendiri. Sudahnya apa yang kita dapat hanyalah lapar dan penat serta tiada pahala ke atasnya.
Moga Ramadan tahun ini kita hindari dari melakukannya. Justeru itu semak lima perkara berikut yang mana boleh merosakkan pahala puasa kita.
- Puasa Tetapi Masih Terus Melakukan Maksiat
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari, No. 1903)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ
“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga saja.” (HR. Ahmad, 2 : 373)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي
“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari melawan nafsu. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat perkara tidak baik padamu, katakanlah padanya, ‘Aku sedang puasa, aku sedang puasa’.” (HR. Ibnu Khuzaimah, 3:242. Menurut Al-A’zhami, sanad hadis tersebut shahih).
Kata lagwu dalam hadis di atas bererti perkataan sia-sia atau disebut melakukan perkara tidak berfaedah. Adapun rofats adalah istilah untuk setiap hal yang lelaki selalu inginkan dari perempuan iaitu melakukan dosa maksiat.
- Beramal tanpa ilmu
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
اَنَّ العَامِلَ بِلَا عِلْمٍ كَالسَّائِرِ بِلاَ دَلِيْلٍ وَمَعْلُوْمٌ اَنَّ عَطَبَ مِثْلِ هَذَا اَقْرَبُ مِنْ سَلاَمَتِهِ وَاِنْ قُدِّرَ سَلاَمَتُهُ اِتِّفَاقًا نَادِرًا فَهُوَ غَيْرُ مَحْمُوْدٍ بَلْ مَذْمُوْمٌ عِنْدَ العُقَلاَءِ
“Orang yang beramal tanpa ilmu bagai orang yang berjalan tanpa penghujung atau tiada orang yang memimpin perjalanannya. Seperti kita tahu, ia umpama pergi ke satu tempat baru, kita segan hendak bertanya orang dan kemudian akan sesat kerana keegoan kita itu. Ada orang selamat dalam perjalanannya tapi amat jarang.
- Puasa tapi tak solat
Pernah ada seseorang yang bertanya kepada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah, “Apa hukum orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat?” Beliau pun menjawab, “Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat bererti kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan solat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala:
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
”Jika mereka bertaubat, mendirikan solatt dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (QS. At-Taubah: 11)
Hujah lainnya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“Pembatas antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim, No. 82)
Selanjutnya, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menambahkan, “Kami katakan: ‘Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.’ Adapun jika engkau puasa, tetapi tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (sebab meninggalkan solat) tidak diterima ibadah darinya.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Ibnu ‘Utsaimin, 17:62)
- Tergesa-gesa dalam solat
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ طُولُ الْقُنُوتِ
“Sebaik-baik solat adalah yang lama berdirinya.” (HR. Muslim, No. 756)
Dari Abu Hurairah, beliau berkata,
أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُصَلِّىَ الرَّجُلُ مُخْتَصِرًا
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang shalat mukhtashiron.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Dalam kitab Bulughul Maram, Bab “Dorongan agar kusyuk dalam solat, Ibnu Hajar rahimahullah menyampaikan terkait hadis di atas sebagai bahawasanya sebahagian ulama menafsirkan ikhtishor (mukhtashiron) dalam hadis tersebut adalah solat yang ringkas (terburu-buru), tidak ada thuma’ninah ketika membaca surah, rukuk, mahupun sujud. (Lihat Syarh Bulughul Maram, Syaikh ‘Athiyah Muhammad Salim, 49:3, Asy-Syamilah)
- Kedekut bersedekah
Sungguh sangat rugi orang yang bakhil kedekut terhadap hartanya untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan. Padahal, pada bulan ini adalah waktu terbaik untuk bersedekah kerana ia bukan saja melipatgandakan pahala sedekah itu sendiri tetapi ada banyak kebaikan lain apabila bersedekah pada bulan ini.
‘Ali meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
“Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya boleh dilihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya boleh melihat ke luar. Lantas seorang Arab Badwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia pada tidur.” (HR. Tirmidzi, no. 1984. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI