Pemberontakan Syria atau Perang Saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan yang berlaku di Syria sejak awal 2011 malah sudah berlanjutan selama 11 tahun hingga ke hari ini. Peperangan yang tiada kesudahan membawa kesengsaraan berpanjangan kepada rakyatnya. Mereka diuji dengan kebuluran, kepedihan, kesengsaraan dan lain lagi.
Dalam satu perkongsian dari FB Cinta Syria Malaysia, seorang ibu muda hanya mampu menyuakan jarinya sebagai pangganti botol susu saat anaknya menangis kelaparan.
Allahuakbar! Sebak melihatnya kerana kita di sini diberi kenikmatan hidup tanpa peperangan sedangkan saudara seislam kita diuji dengan seribu kepayahan.
Pasti kita juga pernah mengalami saat-saat bahagia, nikmat kegembiraan apabila mendapat apa yang dihajati serta rasa manisnya kehidupan apabila memperoleh banyak kesenangan.
Baca perkongsian dibuat oleh fb Cinta Syria Malaysia ini.
Lihat jari ibu ini. Perhatikan betul-betul apa yang sedang dilakukan.
Dia memasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya.
Mengapa si ibu ini melakukan sedemikian?
Kerana cuma itu yang mampu diberikan kepada anaknya yang sedang menangis kelaparan.
Tubuhnya tidak mampu lagi menyusukan anaknya.
Ini berlaku kepada mereka yang menghadapi masalah malnutrisi atau kekurangan zat. Tiada lagi susu badan untuk diberikan buat anak yang lapar.
Bagi ibu ini, moga ada keajaiban dengan jarinya. Hatinya merintih agar anaknya kenyang. Tiada apa lagi yang boleh diberikan.
Tahu apa yang terjadi selepas itu?
Bayi ini akhirnya syahid kerana kelaparan!
Adakah salah ibu ini? Sedangkan dirinya sahaja tidak mempunyai makanan buat dirinya.
Rupa-rupanya sebelum ini dia juga mempunya seorang lagi anak lelaki. Namun anaknya terbunuh akibat serangan rejim.
Bayi ini satu-satunya anaknya yang tinggal. Namun kini, anaknya itu juga meninggalkan dirinya.
Selepas berjaya melarikan diri dari rejim, ternyata mereka terpaksa berhadapan dengan sebuah lagi ujian iaitu 'KELAPARAN'.
Jangan biarkan kisah ini berulang. Masih ramai lagi wanita sedang menghadapi masalah yang sama.
Mari kita bantu mereka.
Buat yang ingin membantu pelarian Syria,
http://bit.ly/MisiRamadanCSM