Pernah viral dengan lagu Tuhan Jagakan Dia. Mendengar nyanyian merdu dari penyanyi ini bagai tidak menduga dia sebenarnya Orang Kurang Upaya (OKU).

Biarpun menyedari diri serba kekurangan, namun minat mendapat dalam bidang seni menyebabkan Nur Zafiena Anissa atau Fina tekad meneruskan impian melebarkan bakat dalam bidang muzik.

Ternyata kecacatan yang dialami bukan penghalang untuknya mencipta nama apabila lagu nyanyiannya itu mendapat tempat di kalangan penggemarnya.

Namun bagi Fina sebelum berjaya, dia juga turut tidak terkecuali menerima tohmahan dan hinaan dengan ketidak sempurnaan diri yang dialaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tuhan Jaga Dia Untukku🔦🎼🎹Fiena (@officialfina_) on


Menerusi tembual bersama Abby Fana atau Kak Bed dalam Inspirasi Sinar FM tahun lalu, Fina berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.

Menurut Fina ketika masuk dalam industri ini dia sebenarnya tidak menyangka video nyanyiannya menjadi tular hingga semakin hari semakin banyak orang menonton. Setakat ini sudah 3.7 juta tontonan setelah setahun di muat naik di laman youtube.

“Gembira bila tahu walaupun kita tak seberapa nak okay, tapi orang boleh tengok kita dan rasa seronoklah.

“Namun saya juga seperti orang lain pernah melalui pahit manis sebelum Fina dikenali seperti hari ini. Fina masih ingat ketika itu Fina demam. Dan kebetulan kalau demam memang kita tak digalakkan minum air sejuk.

“Tetapi waktu itu Fina memang haus sangat-sangat. Kebetulan yang jaga Fina ketika itu bukan mak sedara tetapi orang lain, Hamba Allah. Fina mintak darinya air sejuk dan mintak tolong ambilkan.

“Dia cakap habis. Masa tu Fina okay lagi. Dan kebetulan adik Fina dan alhamdulillah masa tu Allah dekatkan adik Fina di situ dan terus Fina minta air darinya.

“Fina cakap haus dan nak sangat air sejuk itu. Adik Fina terus ambil air sejuk di situ dan beri pada Fina. Waktu itu Fina terfikir kenapa dia perlu berbohong pada Fina berkenaan air itu

Fina tegur kenapa tidak beri air berkenaan dan dia menjawab ‘kau dah la buta, buta buat cara butalah. Ada mak bapak menyusahkan orang’. Memang masa tu Fina kena baling dengan pinggan oleh dia.

“Memang bila cakap begitu pada Fina, Fina memangis. Fina sedih kerana selama ini orang yang kita percaya boleh support kita tiba-tiba bercakap demikian,” cerita Fina menceritakan pengalaman pahit dan trauma dialami sepanjang menjalani hidup sebagai OKU.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tuhan Jaga Dia Untukku🔦🎼🎹Fiena (@officialfina_) on


Menurutnya selepas itu hamba Allah berkenaan ada minta maaf setelah menyedari kesilapannya yang melemparkan kata-kata hinaan berkenaan.

“Walaupun dia ada minta maaf tetapi kesannya tetap ada. Mungkin lambat lagi hati ini nak maafkannya. Fina juga tidak terkecuali menerima komen tak baik dari netizen. Misalnya ada mengatakan suara Fina tak sedap, asal muka buruk dan ia memang beri kita satu impak besar.

“Iyalah kita tidak mintak dilahirkan begini. Dan biasanya Fina akan komen positif pada mereka. Fina kata biarlah Tuhan yang hukum saya macam mana. Biar Dia yang nilai buruk ke, tak cantik kita sama je,” tambahnya yang turut memasang impian mahu bergelar pendidik dalam bidang kesusasteraan.

Tidak ada masalah untuk menggapai cita-cita ini. Lagipun Fina lihat dari segi buat lagu ni dari segi karya dan penulisan, orang suka dan faham maksud dengan lebih mendalam.

“Jadi kat situ Fina dah yakin yang Fina ni boleh terus lanjutkan untuk belajar mungkin dalam bidang kesusasteraan atau bidang muzik,” jelas Fina lagi.

Dalam perbualan itu juga Fina turut memberikan pesanan kepada ahli keluarga yag mempunyai masalah OKU penglihatan seperti dirinya dan kepada insan yang tidak peka dan prihatin.

“Kalau untuk OKU atau keluarga yang ada jaga anak yang OKU penglihatan atau OKU yang lain, Fina mintak sangat jangan letak prinsip OKU itu sebagai satu alasan untuk kita tak bergerak ke hadapan.

“Maksudnya walaupun kita OKU, kita kena anggap yang kita ni normal sama seperti insan lain juga. Dan kepada masyarakat kat luar sana, jangan bagi belas kasihan kepada kami itu sebagai satu alasan untuk kami jatuh.

“Apa yang kami perlukan sebenarnya adalah sokongan padu daripada hamba-hambar di luar sana,” ujarnya yang cukup berbakat dalam ciptaan lagu dan nyanyian sejak kecil lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tuhan Jaga Dia Untukku🔦🎼🎹Fiena (@officialfina_) on


Tambah gadis berusia 19 tahun ini, muzik bukan sekadar menjadi sahabat paling akrab, malah ruang paling istimewa buat dirinya mencurahkan rasa sedih.

Fina yang cacat penglihatan sejak berusia dua tahun mula mendapat berhatian apabila diundang menjayakan persembahan pada konsert mingguan program mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu ciptaan sendiri Tuhan Jagakan Dia yang begitu popular masa kini.

Menurut ibunya, Rahayu Hassan anak sulungnya itu lahir pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Beliau berkata, pada mulanya semua dilihat normal pada anaknya itu. Namun doktor memang ada memaklumkan ada masalah pada bahagian mata. Meskipun sudah berusaha termasuk rawatan laser, ternyata pebnglihatan Fina tidak dapat diselamatkan.


Doktor memberitahu urat pada bahagian mata Fina rosak sepenuhnya dan harapan untuk melihat hanya aka nada jika dunia perubatan mampu mencipta rawatan memulihkan urat yang rosak. Walaupun tahu ia sesuatu yang sukar namun sebagai ibu dia tidak berputus harap.

Walaupun menyedari kekurangan, tetapi dia tetap melihat ada rezeki dan kelebihan lain pada diri anaknya itu dan akan terus menyokong untuk terus berada di sisinya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM OFFICIAL FINA