Tidak dinafikan ada kalanya Tuhan sengaja menduga dengan menguji sejauh mana keikhlasan sebenar diri kita.
Terutamanya dalam bab duit kerana disebabkan itu juga boleh menyebabkan seseorang bersikap tamak tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Namun Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tanpa kita sedar dugaan kecil yang datang itu sekadar untuk menguji dan menjadi kemenangan jika kita mampu melawan ujian yang datang.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Muhammad Ikram Rosdi, di mana dia memberi sedekah jumlah yang sedikit kepada yang memerlukan, tetapi Allah kemudian gandakan dari nilai sebenarnya.
Ikuti perkongsian ini dan fahami apa maksud yang cuba disampaikan.
BAGI RM20, DAPAT RM50
Semalam dapat satu request dari customer minta hantar akok ke Bangi lama, akak tersebut minta tolong sangat hantar sebab anak nak makan. Tapi katanya nak dalam rm5 jer. Terdiam kejap. Dah la jauh, lepas tu Rm5 jer. Kalau ikutkan luar kawasan Bandar Baru Bangi aku ambil minimum order 4set bergantung lokasi. Tapi tergerak juga hati untuk terima.
Hari tu ada 9 tempat nak kena hantar. Jadi aku start dengan hantar yang beliau punya, bermula dari tempat paling hujung. Sampai sahaja dilokasi, aku lihat sebuah rumah yang agak sedikit serba kekurangan dari pandangan mata aku. Kemudian seorang anak kecil keluar.
Ads
“Yeeaa, kuih akok kuih akok !”
“Pakcik ni duit”, ditangannya ada segenggam duit syiling yang dihulurkan kepadaku.
Entah kenapa hati aku terkedu. Aku ambil duit darinya. Secara spontan aku terseluk poket seluar. Ada rm20. Lalu aku panggil kembali anak kecil tersebut yang sedang beransur masuk ke dalam rumah.
“Adik! Mari sini kejap”
“Nah duit raya. Nanti boleh belanja family makan-makan”
Ads
Mukanya tersenyum gembira. Selepas mengucapkan terima kasih, si kecik tersebut terus meluru masuk dan aku teruskan perjalanan ku ke destinasi lain.
Nak dipendekkan cerita, selepas itu dilokasi penghantaran kedua, keempat, kelima dan ketujuh, aku tidak dibayar cas penghantaran. Tipulah kalau aku katakan tak terdetik langsung rasa kecewa dihati. Yelah. Untung sekeping akok baru berapa sen. Minyak, mantainance motor, penat dan masa tak diambil kira. Setakat seorang dua, mungkin tak rasa ralat sangat. Lagipun, baru tadi buat baik. Rasa ikhlas tadi dah jadi macam tak ikhlas dah.
Apa pun, yang nyata syaitan tetap akan berusaha untuk menghasut hati seorang manusia. Jadi aku cuba untuk tetap bersangka baik. Sebenarnya Aku langsung tak salahkan mereka. Mungkin mereka terlupa, mungkin tidak perasan aku ada mention cas COD. Atau mungkin juga mereka ada kekangan kewangan. Sebab aku sendiri pernah alami situasi sebegini. Lagipun seperti mana yang aku mention cas COD seikhlas hati, sama ada dapat banyak, sedikit atau tak dapat langsung, aku sendiri perlu terima.
Setibanya dilokasi kelapan, aku hulurkan 4set akok yang berharga Rm20 kepada pelanggan setia aku, Puan Halimah. Disusuli dengan bayaran.
Ads
“Eh puan terbagi lebih Rm50 ni”, kataku sambil membelek sekeping note Rm20 dan Rm50.
“Tak pe ambil jer.upah delivery…….memang niat nak bagi……….” Ujar beliau. Sebenarnya ucapannya panjang lagi. Tapi aku lupa sebab dalam keadaan terperanjat.
Aku cuba kira kembali upah delivery yang aku perolehi. Rm2,Rm3, Rm50 Dan Rm5. Total Rm60. Alhamdulillah rezeki bergolek
Kesimpulannya 1. Dalam keadaan kita fikir kita susah, sebenarnya lebih ramai lagi yang lebih susah daripada kita 2. Bukan senang nak ikhlaskan hati. Tapi cubalah dan sentiasalah bersangka baik 3. Jangan sesekali mengalah untuk berbuat baik atau berubah jadi baik. Walaupun kita berterusan diuji tapi percayalah, Allah tidak akan kejam pada hambanya. Tapi sebaliknya kitalah yang kejam pada diri sendiri diwaktu lampau kita
#akokpahorbangi
Kashoorga: Segala keperluan untuk menyediakan hidangan keluarga tersedia di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Gempar hari ini dikatakan pasangan popular yang sama cantik sama padan, Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella telahpun mengambil kata sepakat untuk berpisah setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Dalam satu artikel di Astro Awani, Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dipanggil Bella mengakui dan mengesahkan perkara itu.
“Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” katanya mengesahkan desas-desus rumah tangganya yang berantakan sebelum ini.
Dia yang mengakui sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya dengan Engku Emran.
Bagaimanapun, tegas pelakon tersohor ini, takdir menentukan hal yang sebaliknya buat dia dan Engku Emran.
“Sudah berbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini. Sudah segala proses kami lalui dan saat ini sudah selesai,” dedah Bella lagi seperti dilaporkan media Indonesia.
Selama dua tahun bergelar isteri kepada Engku Emran, Bella mengakui, banyak kenangan yang tersimpan kemas dalam kotak fikirannya.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.
“Insya-Allah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini, bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk saya menjadi wanita yang Insya-Allah bisa jauh lebih baik lagi, amin,” terang Bella lagi.
Dalam pada itu melihat di laman Instagram Bella, ternyata pelakon ini seperti sudah dapat menerima apa yang berlaku.
Beliau dlihat berkongsi kebaikan bulan Zulkaedah di mana setiap amalan kebaikan akan digandakan di bulan ini.
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At Taubah: 36)
Di bulan Dzulqa’dah : – Setiap amal soleh pahalanya di lipat gandakan oleh Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. – Setiap dosa pun di lipat gandakan – Disamping kita perbanyak sholat dan puasa dan amal soleh lain nya. amalan hati harus lebih di utamakan. Hati harus bergantung kepada Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. .
Selamat menjalankan ibadah di bulan Dzulqa’dah
Selengkapnya dari kajian: AMALAN & KEUTAMAAN BULAN DZULQA’DAH di YouTube Ustadz Muhammad Nuzul Dzikri حفظه الله
Saban malam selepas selesai berbuka, masjid akan dipenuhi orang ramai yang ingin menunaikan solat tarawih. Walau ia hanya solat sunat tapi sunat yang sangat dituntut kerana pada bulan Ramadhan sahajalah umat Islam berpeluang melakukan solat ini.
Di media sosial, tular seorang warga tua yang juga seorang bilal yang dilihat menjadi penyelamat apabila menyedari micrphone imam tidak berfungsi saat solat tarawih sudah dimulakan.
Dalam video dikongsi oleh Imam Furqanfawwaz, dapat dilihat pakcik bilal ini melihat imam dan orang ramai sudah mula mengangkat takbir namun tiada suara kedengaran di ruang masjid. Menyedari mic imam tidak berfungsi, pakcik bilal ini dilihat mendekati imam tersebut, menyeluk seketika jubah imam dan membetulkan mic tersebut. Dan selepas itu jelas suara Imam sedang membaca surah Al-Fatihah.
Hal ini dikongsinya bagi menjawap satu soalan pengikutnya yang bertanya apa pengalamannya ngerinya sepanjang menjadi imam.
Kongsi FurqanFawwaz, pengalaman ngeri apabila mic tak berfungsi.
Katanya, pengalaman ngeri tu berlaku tahun ni rasanya. Imam je yang faham perasaan mic tak bunyi. Dalam hati macam-macam dah fikir “macam mana jemaah belakang nak dengar suara aku? Pakai suara hati? ” Memang taklah kann. Haha nasib baik bilal selamatkan.
“Sebelum-sebelum ni imam dimasjid lain pernah blackout itu lebih menakutkan. Apapun selamat berteraweh ya semua, target tahun ni taknak miss lansung teraweh, “ kongsinya.
Terima kasih pakcik kerana menjadi penyelamat imam malam tu. Apa pun suara imam ini mendapat pujian ramai kerana kemerduannya.
Bayi menangis adalah normal yang tak normalnya jika langsung tak menangis. Ia merupakan satu perbuatan bayi untuk memberi isyarat kepada ibu dan ayah bahawa dia perlukan perhatian; mungkin lapar, kurang selesa, sakit dan sebagainya. Sungguhpun begitu ada juga terjadi bayi terlalu kerap menangis dan tidak berhenti menangis.
Keadaan seperti ini sudah tentulah amat membimbangkan ibu dan ayah walaupun segala keperluan telah diberikan. Daripada terus berteka teki mengapa anak yang dilahirkan terlalu kerap menangis daripada biasa, orang tua harus teliti dan perhatikan mungkinkah bayi mengalami gangguan mahkluk halus seperti jin dan syaitan.
Justeru itu, cuba kita lihat tanda-tanda yang memungkinkan dia sedang diganggu yang dinyatakan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. Gangguan syaitan ini sememangnya wujud dan kita wajib mempercayainya dan berusaha untuk berubat segera.
Sebelum mengesyaki bayi kita mengalami gangguan jin pastikan anak kita tidak demam,lapar atau serta sudah dibawa ke klinik.
Tanda-tanda bayi mengalami gangguan syaitan:
1.Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi, manakala bunyi tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang teramat banyak boleh menyebabkan kita panik. Bayi yang mengalami gangguan kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis akan bergerak-gerak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri
4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur)
5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu
6.Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin (makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
7. Ketika menangis mata bayi akan tumpu pada satu tempat sahaja sebagai contoh mata bayi hanya pandang syiling rumah sahaja.
8. Biasanya menangis hanya di waktu tertentu, selalunya bermula dari waktu Asar hingga subuh.
9. Bayi mengalami sawan tangis, sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakkan otak, demam panas dan kerap jatuh sakit.
10. Bayi yang diganggu jin, sukar tidur walau matanya sudah mengantuk dan kepenatan, tetap menangis dan tak mahu berenggang dengan ibu ayah.
Dalam keadaan begini, ibu dan ayah perlu merukyah bayi dengan segera. Boleh amalkan bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini sebagai langkah pertama. Bacalah surah-surah berikut:
Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
Ayat Kursi
Doa al-Mu’awwidzaat : Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...