“Tak Perlu Mandi Wajib, Terus Solat Subuh.’ Ini Ingatan Ustaz Buat Pasangan Selepas ‘BERSAMA’

Share

“Tak perlu mandi wajib, terus solat subuh.’ Ini ingatan ustaz buat pasangan selepas bersama. Menjalinkan hubungan intim bagi suami, isteri yang telah bernikah sebenarnya menambah pahala.

Tidak kiralah sekadar melakukan ‘ringan-ringan’ atau pun bersama. Ramai yang mengetahui bahawa setiap pasangan wajib mandi junub setelah melakukan hubungan intim.

Namun bagaimana pula bagi kes ringan-ringan, adakah perlu mandi wajib. Tentu saja perasaan timbul untuk sucikan diri terutamanya sebelum mendirikan solat subuh di pagi hari. Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz ini dan hadam baik-baik.

Artikel Berkaitan: “15 Tahun Mandi Wajib Tak Sempurna.” Diri Dalam Hadas Besar, Buat Ibadah Jadi Tak Sah

Tak Perlu Mandi Wajib

Soalan:
Saya nak tanya boleh kah, suami isteri terus solat subuh tanpa mandi wajib terlebih dahulu setelah bersama malamnya? Sepupu cakap boleh, saya mahukan kepastian?

Terus Solat Subuh

Jawapan:

Pada malam harinya pasangan suami, isteri telah bersama. Kemudian keesokan paginya, sebelum subuh wajib atau tidak mereka mandi wajib terlebih dahulu sebelum mendirikan solat Subuh.

Ini Ingatan Ustaz

Pertama sekali, kita hendaklah pastikan apakah maksud bersama dalam konteks soalan ini sama ada melakukan persetubuhan iaitu sekurang-kurangnya memasukkan kepala zakar suami di dalam faraj isterinya.

Walaupun masuk sekali, walaupun tanpa keluar air mani, situasi ini wajib suami dan isteri mandi wajib.

@noorhafiz91 Sebab-sebab Mandi Wajib. #ilmu #foryoupage #fypシ #tiktokguru #solat #jombelajar ♬ bunyi asal – Noor Hafiz Official

Buat Pasangan Selepas ‘BERSAMA’

Namun begitu, sekiranya “bersama” dalam konteks soalan ini merujuk tidak melakukan persetubuhan, tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan air mani keluar.

Jika sekadar melakukan perkara ini, maka keesokkan paginya suami isteri ini tak perlu mandi wajib. Hanya perlu bersihkan diri, ambil wudhuk dan solat subuh.

Baca Di Sini:

‘Terlupa Berkumur & Masukkan Air Ke Dalam Hidung.’ Sah Ke Mandi Wajib

Hukum Mandi Wajib Selepas Subuh Semasa Bulan Ramadan

Kashoorga : Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Insyallah.

Sumber : TikTok Ustaz Noor Hafiz

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Nur Syazwani Mehat