Dalam pengumuman lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dengan pemberian Bantuan Sara Hidup kepada golongan yang layak.
Ini adalah bagi membantu setiap rakyat Malaysia untuk membeli barangan keperluan yang terjejas sumber pendapatan sejak wabak COVID-19 melanda negara.
Kesemua pembayaran BPN ini dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.
Dan setelah hampir seminggu dalam bulan April, pasti ada antara kita yang sudah menerima bantuan BPN ini.
Bagi memastikan duit telah dimasukkan, kita tidak perlu pergi ke bank, sebaliknya boleh melihat melalui online wang sudah dimasukkan dalam akaun atau tidak.
Ini bagi mengelakkkan diri anda terdedah kepada jangkitan COVID-19 yang dikatakan agak kritikal ketika ini.
Jadi anda boleh semak status bayaran hanya melalui cara ini.
1) Pergi ke laman web bpn.hasil.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan anda.
2) Kemudian, sila jawab captcha yang diberikan dan tekan butang semak.
Diingatkan, untuk anda yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda perlu membuat permohonan baru untuk memohon BPN di sini.
Jika status permohonan anda diluluskan, anda akan dapat melihat jumlah amaun yang bakal dikreditkan ke dalam akaun iaitu sebanyak RM500, RM800, RM1,000 atau RM1,600.
Sekiranya duit sudah berjaya masuk ke dalam akaun, status pada paparan skrin anda adalah seperti contoh gambar di atas.
Untuk makluman, bagi fasa pertama pembayaran wang BPN ini, ia didahulukan kepada pemohon yang layak secara automatik iaitu penerima BSH dan juga pembayar cukai sedia ada.
Dan bagi pemohon baru BPN pula, anda dijangka akan mendapat bayaran penuh pada bulan Mei depan.
Walaupun begitu, bagi permohonan yang telah lulus namun bayaran belum masuk ke akaun bank, status ‘BERJAYA KREDIT’ belum terpapar dan anda hanya perlu bersabar sehingga wang dimasukkan ke dalam akaun anda.