Menjadi impian setiap ibu bapa mahukan anak-anak bergelar seorang tahfiz yang berjaya di dunia dan akhirat.

Namun bukan mudah mendidik mereka bergelar hafazan kerana pelbagai halangan dalam dunia serba moden dan mencabar ini.

Walaupun begitu, ia bukan alasan untuk setiap ibu bapa itu sentiasa berdoa agar dikurniakan anak sebagai seorang tahfiz.

Bagi Maizura Ibrahim, mengakui sangat bersyukur kerana anak sulungnya, Muhammad Irfan Ibrahim telah selesai menghabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Sebagai seorang ibu yang melihat perkembangan sejak dari kecil memang mendoakan anak sulungnya itu bergelar tahfiz.

Malah minat anaknya ke arah itu juga mendorong untuk melanjutkan pelajaran di tempat sepatutnya,  walaupun mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.

“Oleh kerana sejak kecil minatnya yang suka dan cintakan Al-Quran, kami mengambil keputusan untuk menghantar Irfan ke tempat sepatutnya untuk mendalami ilmu agama.

“Sejak usianya 13 tahun lagi, sudah belajar tahfiz dan tidak berhenti separuh jalan walaupun ada bertukar tempat pengajian.

“Berkat kesabaran dan kesungguhan yang tinggi, Irfan akhirnya berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dalam usia 17 tahun,” ujarnya yang juga terasa sebak dan sayu dengan pencapaian satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

IKLAN

Ketika ditanya rahsia kejayaan Irfan dalam menghabiskan 30 juzuk, Maizura memberitahu anak lelakinya itu rajin mengamalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis.

Selain itu dia juga disiplin mengikut jadual hafazan yang telah disusun di pusat tahfiz.

Bukan itu sahaja, selain itu Irfan akan mengulang juzuk sebelum masuk hafazan juzuk baru. Dia juga turut menjaga pemakanan dan sangat menghormati kedua ibu bapanya.

Ternyata kejayaan Irfan sangat membanggakan kedua ibu bapa serta memberi inspirasi kepada seluruh ahli keluarga.

Menyambung niat mahu menyeimbangi kehidupan dunia dan akhirat, Irfan turut berhasrat untk mengambil peperiksaan SPM Fast Track dengan syahadah.

Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

“Irfan juga ada menyuarakan hasrat untuk merantau jauh untuk menimba ilmu. sebagai ibu saya sentiasa memberi galakan dan semangat kepadanya,” tambah Maizura lagi.

IKLAN

Sebelum itu Maizura turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan anaknya di media sosial.

“Syukur Alhamdulillah anakanda Muhammad Irfan , ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua tenaga pengajar MIM dan kepada rakan taulannya, termasuk warga2 lama dan ibu bapa serta semua pihak MIM kerana memberi tunjuk ajar kepada anak ini,

“Jika ada kesalahan pada anak ini dalam usaha menjadi seorg yg bertakwa mengikuti cara nabi SAW dalam menjalankan perintah Allah, dapatlah kiranya dimaafkan dan diikhlaskan serta dihalalkan segalanya , semoga menjadi giliran padanya menjadi generasi baru dalam berusaha belajar , mengamalkan , mengimami dan mengajar Al Quran.

“Doa mama sentiasa mengiringi buat anakanda irfan

Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Kejayaan Irfan yang juga Ketua pelajar Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas’ud menyelesaikan 30 juzuk ini pada jam 10.35 pagi ini juga turut dikongsi oleh tempat pengajiannya di Madrasah Ibnu Mas’ud.

IKLAN

Hanya kepada Allah puji-pujian.

Muhammad Irfan bin Ibrahim, Ketua Pelajar Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas’ud menyelesaikan Hafalan Al-Quran 30 Juzuk pada 27/08/2020, Jam 10.35 Pagi.

Pelajar tersebut adalah cucunda kepada Almarhumah Hjh. Salabiah yang merupakan antara warga terawal Pondok Warga Emas Madrasah Ibnu Mas’ud Segamat.

Madrasah Ibnu Mas’ud mengucapkan tahniah buat anakanda Muhammad Irfan atas keberhasilan menyelesaikan Hafalan Al-Quran.

Semoga sentiasa istiqamah menggalas Al-Quran di mana sahaja kalian berada.

Sekali lagi, syabas dan tahniah!

*SETIAUSAHA*
Madrasah Ibnu Mas’ud
27/08/2020

Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Artikel Berkaitan: Pemuda Tahfiz Ini Hadiahkan Al-Quran Tulisan Tangan Sendiri, Sebagai Hantaran Kahwin Buat Isteri Tersayang

Kredit Foto: Instagram Maizura

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI