Sebaik kita sah diijab kabulkan sebagai suami isteri, perkara paling utama adalah di mana mahu tinggal selepas itu.
Jika berkemampuan boleh tinggal di rumah yang dibeli atau disewa sebelum kahwin.
Tetapi bagaimana dengan yang mempunyai masalah kewangan, pastilah rumah keluarga jadi tempat tinggal paling sesuai untuk sementara. Namun perlu diingatkan, jika boleh sangat digalakkan untuk tinggal di rumah sendiri.
Walaupun hanya rumah kecil dan tidak sempurna, apa yang penting dapat menjalani hidup sebenar sebagai suami isteri. Inilah masalah susah senang dihadapi bersama.
Seperti perkongsian pengguna di laman sosial Facebook Hayat yang memberi pandangan baik buruknua tinggal bersama keluarga dan yang tinggal berasingan.
Untuk pengantin baru boleh dijadikan panduan. Kalau boleh tinggallah di rumah sendiri dan belajar berdikari dalam menjalani fasa kehidupan baru sebagai suami isteri.
Pokyat, Isteri aku dia mintak nak duduk rumah sendiri, asing dari mak ayah aku. Apa aku nak buat?
Jawapan:
Kalau isteri tak selesa duduk ngan kita + mak ayah kita, pindah terus rumah sendiri.
Tak salah isteri nak rumah asing.
1- Susah sebab aurat. Kau ada adik beradik kau. Pada setiap masa, isteri kau kena bertudung litup. Kalau rumah sendiri, boleh berbikini. Haha. Mana kau nak?
2- Dapur. Keputusan nak makan apa hari ini tidak dapat dibuat oleh isteri. Tekak lain- lain. Kalau duduk rumah mertua, isteri kau akan makan apa yang ada pada hari tersebut. Kalau rumah sendiri, nak makan apa- apapun terpulang . Periuk Noxxa kan ada. Apa susah. Kih- kih.
3- Isteri dia ada naluri ingin memiliki. Nak ada dapur sendiri. Nak ada air fryer Amway, nak ada set pisau, Pinggan corelle. Barang- barang ni pulak dia nak letak dalam kabinet kaca. Pastu dia nak ada bilik dia deco sendiri. Benda tu kan tak leh nak buat kat rumah mak ayah kau.
4- Kebebasan masa. Ada rumah yang dia nak semua orang ada sebelum maghrib. itu contoh. Jadi banyak lagi peraturan rumah kau, ayah kau dah set. benda tu isteri kau payah nak ikut. Maybe famili dia suka shopping malam.
Jadi kalau duduk rumah asing, mak ayah aku macammana?
1- Duduk asing, bukan bermaksud tinggalkan mak ayah kau mangkuk. Hahaha. Kau boleh melawat dia, boleh je kau dan isteri kau set makan sekali lunch atau dinner. Kau boleh beli ayam pusing beli lauk tambahan.
2- Sebenarnya tiada yang berubah. Ketaatan pada ayah dan mak kau tak lari. Sama sahaja. Kecualilah kalau mak ayah kau dah tak boleh bangun, itu lain cerita.
3- Isteri kau, orang yang menyokong hidup kau, kau berilah apa yg dia nak setakat mana mampu.
4- Apa yang isteri kau nak, sebenarnya itulah yang mak kau nak dari ayah kau. Kebahagian bermula dari situ.
5- Kau bayangkan kehidupan seorang isteri yang semua benda kau tak bagi. Kau halang. Kau gelapkan kehidupan dia. Lepastu kalau dia lawan, kau ingatkan tentang ketaatan pada suami. Isteri mesti tak best. Hidup dia macam dalam Oven.
6- Teliti dan fikirlah setiap apa yang isteri kau mahu. Allah beri dia kat kau, untuk kau gembirakan dia. Bukan nak suruh dia jadi hamba abdi kau.
Esok kau cari rumah sewa lain ok. Perabot beli slow- slow. Beli katil dulu. Pastu siapkan dapur. Yang lain pelan- pelan ok.
Itu pun Pokyat kena cakap.
kih- kih.
Artikel Berkaitan: “Debarnya Lain Macam, Tapi Lepas Amal Zikir ‘Ya Barik’…” – Pengantin Norma Baru Kongsi Pengalaman Nikah Di Pejabat Agama
Kashoorga: Mencari keperluan rumah sebagai pasangan pengantin baru untuk tinggal sendiri di sini