Dalam zaman serba mencabar ini tanpa disedari kita berdepan dengan penyakit yang tidak nampak dan perasan tetapi sebenarnya berada di sekeliling kita.

Salah satunya adalah penyakit anxiety disorders yang merupakan salah satu sakit dari cabang mental yang kita tidak kita perasaan sebenarnya ada dalam diri ini.

“Tak Segan Mengaku Dah Lama Ada Anxiety Disorders” – Wanita Ini Pesan Terus Munajat Pada Allah Supaya Hati Jadi Tenang

Perkongsian wanita ini Zura Shafi’i yang memberitahu dirinya mengalami masalah ini sejak dari zaman belajar lagi hinggalah sekarang.

Dia tidak segak mengakui mengalami masalah ini dan paling teruk apabila dia kehilangan orang tersayang, arwah ibunya.

Menurutnya semua orang ada mengalami masalah anxious/cemas ini tetapi tidak sampai keterlaluan hingga boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan.

IKLAN
“Tak Segan Mengaku Dah Lama Ada Anxiety Disorders” – Wanita Ini Pesan Terus Munajat Pada Allah Supaya Hati Jadi Tenang
Zura Shafi’i

Ayuh ikuti perkongsiannya yang sangat berguna kerana menurutnya, apa yang penting teruskan bermunajat pada Allah. Hanya Dia tempat kita mohon pertolongan.

~I’m anxiety fighter ~ (awas entry panjang)

Anxiety ni salah satu drpd cabang ‘mental illness’ yg semakin ramai menghidapinya samada secara sedar ataupun tidak..Ia melibatkan pemikiran (mental), emosi (spiritual) dan juga fizikal.

Anxiety ni akan buat mental kita kadangkala breakdown, selalu overthinking dan susah nak buang negative thoughts..kadang fikir macam tak lama hidup..fikir ada sakit kronik..susah hati/risau tak pasal2 ..pendek kata overthinking terlebih2.. sampai kdg nak tidur pun susah (dah jadi insomnia pulak)

Dari segi emosi, selalu mood jadi tak tentu hala..kdg rasa depressed..down, sedih murung..rasa useless..rasa malang huhu. Dari segi fizikal pula, bila dh trigger akan selalu rasa sesak nafas (ni org panggil panic attack), berdebar (palpitation), jantung laju (mcm nk kena sakit jantung tapi tak sebenarnya) seram sejuk kaki tangan, perut kembung (bloated), rasa tercekik, gastrik, gerd dll.

IKLAN
“Tak Segan Mengaku Dah Lama Ada Anxiety Disorders” – Wanita Ini Pesan Terus Munajat Pada Allah Supaya Hati Jadi Tenang
Sejak zaman belajar lagi mengalami masalah ini.

Pendek kata, kalau dah semua simptom datang, maka akan selalulah pergi ke klinik..tak puas hati akan pergi ke hospital pulak jumpa pakar terus  dan buat medical check-up tapi surprisingly doc akn kata semua normal, buatlah segala macam blood test, ultrasound, ECG, scan dll..semua pun ok sihat walafiat..tapi perasaan ni still nak in denial all the results..huhu aduiii.. exhausted kan!

Yang sebenarnya badan tak sakit..yg sakit ialah minda kita..ini bukan ‘sakit mental’ @ schizo tau. Inilah namanya Anxiety.. actually semua org dlm dunia ni ada perasaan anxious/cemas..tapi kalau dah sampai terlebih risau (keresahan melampau) dan ganggu everyday life kita..tu dah something wrong..tu yg jadi Anxiety Disorders..
Punca anxiety ni terjadi kadang tanpa kita sedar..maybe drpd stress yg berpanjangan, hati yg memendam, sejarah atau trauma sesuatu dlm hidup, kehilangan org tersayang (ni salah satu trigger saya jgk) dll.

Saya tak segan mengaku dah lalui bertahun2 anxiety ni..paling teruk kena slps mak meninggal pada tahun 2013..masa tu pulak saya dah berhenti kerja..life routine mmg berubah 360°..dah campur jadi mild depressed pulak sekejap..rasanya anxiety ni saya dh ada dari zaman study lg kot tapi masa tu tak tau pun what is happening actually?? 

“Tak Segan Mengaku Dah Lama Ada Anxiety Disorders” – Wanita Ini Pesan Terus Munajat Pada Allah Supaya Hati Jadi Tenang
Lebih menyedihkan apabila kehilangan arwah ibu tahun 2013.

Apapun syukur alhamdulilah saya dah boleh harung waktu2 sukar tersebut..sekarang under control tapi kadang kala terbabas jugak especially jika trigger sesuatu berkaitan kesihatan terutamanya pada diri, anak dan keluarga..cepat sangat nak risau dan overthinking..penat tapi kena terima dan redha.

IKLAN

Nak keep positive tu struggle jgk sebenarnya sb selalu akan dtg negative thoughts tu..sebab tu selalu saya post kata2 inspirasi kat fb..utk bg semangat pada sahabat2 fb yg senasib..dlm masa yg sama nak motivate diri sendiri jugak..let it be!

Untuk sahabat2 senasib (saya tau ramai jugak sahabat saya yg kena anxiety ni) percayalah anda istemewa..anda bukan tak kuat IMAN, anda hebat dan kuat sebenarnya..mmg anda terpilih untuk jadi ‘mutant’

“Tak Segan Mengaku Dah Lama Ada Anxiety Disorders” – Wanita Ini Pesan Terus Munajat Pada Allah Supaya Hati Jadi Tenang
Pesannya jangan terus berhenti munajat pada Allah.

Jangan pernah putus asa utk teruskan kehidupan dgn tenang dan bahagia..teruskan bermunajat dgn Allah..tiada yg mustahil dgn izin Allah jua..life is so beautiful out there! Ketahuilah anda bukan keseorangan..berjuta lagi insan senasib anda di luar sana yg sama berjuang untuk mencari ketenangan dan kebahagian dlm hidup..Yes, only time will heal..one day In Shaa Allah❤️ All is well!
Nukilan Zura Shafii
01.02.2020
#imanxietysurvivor #createtheawareness
#lifemustgoeson
#lifeisbeautiful
#dontbesad #letitbe

Artikel Berkaitan:  Walau Hidap Tiroid Gadis Ini Berjaya Dapat Anugerah Diraja

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI