Dalam zaman serba mencabar ini tanpa disedari kita berdepan dengan penyakit yang tidak nampak dan perasan tetapi sebenarnya berada di sekeliling kita.
Salah satunya adalah penyakit anxiety disorders yang merupakan salah satu sakit dari cabang mental yang kita tidak kita perasaan sebenarnya ada dalam diri ini.
Perkongsian wanita ini Zura Shafi’i yang memberitahu dirinya mengalami masalah ini sejak dari zaman belajar lagi hinggalah sekarang.
Dia tidak segak mengakui mengalami masalah ini dan paling teruk apabila dia kehilangan orang tersayang, arwah ibunya.
Menurutnya semua orang ada mengalami masalah anxious/cemas ini tetapi tidak sampai keterlaluan hingga boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang sangat berguna kerana menurutnya, apa yang penting teruskan bermunajat pada Allah. Hanya Dia tempat kita mohon pertolongan.
Anxiety ni salah satu drpd cabang ‘mental illness’ yg semakin ramai menghidapinya samada secara sedar ataupun tidak..Ia melibatkan pemikiran (mental), emosi (spiritual) dan juga fizikal.
Dari segi emosi, selalu mood jadi tak tentu hala..kdg rasa depressed..down, sedih murung..rasa useless..rasa malang huhu. Dari segi fizikal pula, bila dh trigger akan selalu rasa sesak nafas (ni org panggil panic attack), berdebar (palpitation), jantung laju (mcm nk kena sakit jantung tapi tak sebenarnya) seram sejuk kaki tangan, perut kembung (bloated), rasa tercekik, gastrik, gerd dll.
Pendek kata, kalau dah semua simptom datang, maka akan selalulah pergi ke klinik..tak puas hati akan pergi ke hospital pulak jumpa pakar terus dan buat medical check-up tapi surprisingly doc akn kata semua normal, buatlah segala macam blood test, ultrasound, ECG, scan dll..semua pun ok sihat walafiat..tapi perasaan ni still nak in denial all the results..huhu aduiii.. exhausted kan!
Yang sebenarnya badan tak sakit..yg sakit ialah minda kita..ini bukan ‘sakit mental’ @ schizo tau. Inilah namanya Anxiety.. actually semua org dlm dunia ni ada perasaan anxious/cemas..tapi kalau dah sampai terlebih risau (keresahan melampau) dan ganggu everyday life kita..tu dah something wrong..tu yg jadi Anxiety Disorders..
Apapun syukur alhamdulilah saya dah boleh harung waktu2 sukar tersebut..sekarang under control tapi kadang kala terbabas jugak especially jika trigger sesuatu berkaitan kesihatan terutamanya pada diri, anak dan keluarga..cepat sangat nak risau dan overthinking..penat tapi kena terima dan redha.
Nak keep positive tu struggle jgk sebenarnya sb selalu akan dtg negative thoughts tu..sebab tu selalu saya post kata2 inspirasi kat fb..utk bg semangat pada sahabat2 fb yg senasib..dlm masa yg sama nak motivate diri sendiri jugak..let it be!
Untuk sahabat2 senasib (saya tau ramai jugak sahabat saya yg kena anxiety ni) percayalah anda istemewa..anda bukan tak kuat IMAN, anda hebat dan kuat sebenarnya..mmg anda terpilih untuk jadi ‘mutant’
Artikel Berkaitan: Walau Hidap Tiroid Gadis Ini Berjaya Dapat Anugerah Diraja