Selain babi, anjing juga merupakan binatang yang tergolong dalam najis mughallazhah, iaitu najis berat. Tahap najisnya tidak hanya terbatas kepada air liur atau kotorannya sahaja bahkan ia merangkumi keseluruhan anggota tubuh badannya termasuk mulut, bulu, peluh dan sebagainya.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Penyucian bejana setiap seorang dari kamu, apabila anjing menjilatnya, adalah dengan mencucinya sebanyak tujuh kali cucian, salah satunya (cucian air yang bercampur) dengan tanah.”
Menghukumkan anjing sebagai najis bukan bererti membenarkan orang Islam untuk memukul, menyeksa dan membunuhnya. Islam menuntut umatnya untuk berbuat baik kepada binatang kerana binatang juga adalah makhluk Allah SAW termasuk anjing sekalipun ia binatang yang najis.
Namun ini tidak bermakna kita dibolehkan memilikinya tanpa tujuan dan keperluan tertentu. Bahkan Islam telah menetapkan peraturan dan syarat-syarat dalam perkara pemeliharaan atau pemilikan anjing ini.
Baru-baru ini penyanyi Yasin telah pergi mendaki bukit Tabur. Ketika sedang mendaki bukit tersebut, sekumpulan anjing muncul dan menemaninya hingga ke puncak. Yasin telah memberikan sandwich tuna kepada anajing-anjing tersebut. Tindakan Yasin itu mencetuskan kecaman daripada netizen sedangkan Yasin hanya memberi makan bukan menyentuh anjing-anjing tersebut.
Sedang mendaki bukit tabur sekumpulan anjing muncul & menemani hingga ke puncak. untuk itu saya bagi ganjaran tuna sandwich ? ?
Yasin, 43, berkata pengalaman itu perkara yang baik untuk dikongsinya meskipun pastinya ada sesetengah pihak memandang sinis.
“Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini.
MESRA DAN JINAK
“Mulanya kami terkejut apabila empat ekor anjing muncul tapi tak risau pun disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Lebih menarik, haiwan itu mengekori kami naik sampai atas hinggalah turun bawah.
“Sewaktu menjamah roti yang kami bawa bersama, saya kongsikannya kepada haiwan itu. Haiwan itu pun nampak sangat gembira dapat makanan,” katanya.
Menurut penyanyi Mimpi Laila itu, dia ragu-ragu juga untuk memuat naik foto berkenaan awalnya.
“Sebelum memuat naik foto itu, saya sempat meminta pendapat dengan abang saya sama ada patut atau tidak kongsikannya. Tapi bila fikir-fikirkan balik, buat apa saya nak risau sebab tak ada isu pun,” katanya.
Berikut antara komen-komen netizen. Ada yang memuji dan tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Yasin.
Apabila menyedari tindakannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ini jawapan Yasin. Tak sentuh pun. Kalau sentuh pun basuhlah lepas tu. Janganlah beri persepsi yang bukan-bukan.
Sumber kredit: @Yasin Sulaiman dan Harian Metro