‘Tak terfikir nak berubah, ia datang tiba-tiba.’ Zila Bakarin kongsi rasa lebih selamat selepas berhijab. Benarlah bila hidayah itu datang, kita sendiri tidak menyedarinya.
Malah menurut empunya dirinya, segalanya datang secara tiba-tiba. Mungkin setiap orang berbeza mendapat hidayah daripada Allah SWT, paling penting Dia akan beri tepat pada waktunya.
Pelakon yang pernah dikenali dengan imej seksi, Zila Bakarin kini lalui kehidupan lebih tenang dan selamat selepas mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sejak 2020.
Ads
Berkongsi tentang penghijrahannya menerusi video di TikTok, jelas Zila dirinya terdetik untuk menutup aurat sepenuhnya selepas berlaku satu kejadian ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Ia Datang Tiba-Tiba
“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang, rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah.
“dulu Saya ini terkenal dengan pakaian saya, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi ALLAH. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.
“Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’, betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat,” ujarnya.
Zila Bakarin Kongsi Rasa
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin itu turut mengakui perubahan itu berlaku secara spontan dan bukan paksaan daripada diri sendiri atau mana-mana pihak.
Ads
“Ibaratnya saya hari ini adalah Zila Bakarin dulu. Esoknya itu saya ambil tudung dan pakai, pelik kan, sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku.
Lebih Selamat Selepas Berhijab
“Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka, saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘oh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu’.
“Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘oh kalau benda ini, aku nak pakai tudung’, tidak. Benda itu datang sendiri,” jelasnya.
Ramai dalam kalangan kita mengeluh bab jodoh, lebih-lebih lagi yang masih menunggu calon Imam yang sesuai.
Mula mempersoalankan adakah diri tidak cantik, sempurna dan sebagainya. Namun akhirnya persoalan, semua urusan itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui dengan siapa jodoh kita nanti.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini.
Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Kenapakah jodoh seseorang itu begitu ‘berat’ dan lambat? Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu ialah jodoh kita? Setiap orang ada jodohnya lambat atau cepat sahaja dtentukan oleh Allah.
Dalam satu artikel bersama Sinar Harian ditanya persoalan ini kepada pendakwah Ustaz Mohamed Hanafiah Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi.
Sebelum menjawab persoalan berkenaan, agamawan itu mengajak kita untuk menelusuri jodoh yang mana ia telah ditetapkan ALLAH SWT sebelum kita dilahirkan ke dunia.
“Jodoh seseorang itu pasti ada dan sama ada di dunia ataupun jika tidak di dunia, di akhirat nanti. Wallahu’alam. Perbincangan dalam kalangan ulama, jodoh setiap orang ada sebagaimana rezekinya.
“Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara buatnya iaitu pertama rezeki, kedua jodoh dan ketiga ialah umurnya. Ada orang mungkin sudah buat pelbagai usaha, tetapi jodoh tiada. Kemungkinan jodoh yang ALLAH telah tetapkan itu telah meninggal dunia atau syahid dan mereka akan bertemu di dalam syurga nanti,” katanya ketika ditemui di pejabat Ecoriths Leisure Travel & Tour di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Ustaz Hanafi menjelaskan, ada dua penyebab mengapa jodoh seseorang itu lambat. Pertama, kemungkinan besar jodohnya ‘berat’ kerana ALLAH SWT ‘memberatkan’ jodohnya dan kedua barangkali kerana sikap seseorang itu sendiri.
“Mungkin seseorang itu terlalu memilih atau malas mencari jodoh. Dalam bab jodoh itu, ada dua istilah kita selalu dengar iaitu satu apabila kita terjumpa jodoh dan satu lagi ialah mencari jodoh.
“Kedua-dua itu berbeza istilahnya sepertimana kita jumpa duit. Sudah tentu berbeza situasi apabila kita jumpa duit atau barang dengan benda yang kita cari. Pastinya kita akan mencari yang terbaik untuk diri kita.
“Jadi nasihat saya, jangan mengeluh, tetapi berusaha dan jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH SWT. Sebaliknya, teruskan berdoa dan senyum selalu, insya-ALLAH jodoh (kita) itu ada,” katanya.
Apapun, ujar beliau, lambat atau cepat jodoh seseorang itu, ia sebenarnya ialah urusan ALLAH SWT. Namun, umat Islam diingatkan supaya banyakkan berdoa, berusaha mencari jodoh yang ditetapkan dan bertawakal kepada ALLAH.
“Paling penting, kita dapat jodoh sebenar yang ALLAH SWT telah tetapkan. Sebab itulah setiap kali solat, kita akan meminta kepada ALLAH Iyyaka na’budu wa iyyaka nastai’n (Hanya ENGKAU kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan).
“Tolong apa? Ihdinas siratal mustaqim (menunjukkan kami jalan yang lurus). Jalan yang lurus itu (termasuklah) dalam mencari jodoh, rezeki dan keberkatan umur sebab sebelum kita lahir lagi, ALLAH SWT sudah tetapkan tiga perkara itu. Jadi, kita meminta tolong kepada ALLAH supaya menunjukkan jalan yang lurus.
“Maknanya ALLAH tunjuk jalan, kita kena berusaha. Maka usaha mencari jodoh itu hukumnya wajib. Bagi seorang lelaki, dia perlu mencari jodoh untuk dirinya sendiri, tetapi bagi seorang wanita, ayahnya bertanggungjawab untuk mencari jodoh untuk dirinya,” ujar beliau.
Panduan Mencari Jodoh Menurut Islam
Ustaz Hanafi meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang panduan mencari jodoh menurut Islam.
Sabda Rasulullah SAW: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama (berpegang dengan tuntutan agama), pasti engkau beruntung.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, jelas menunjukkan wanita dikahwini atas empat perkara berkenaan. Namun, apabila seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan lelaki, panduan tersebut boleh digunakan, tetapi ia bermula daripada belakang ke hadapan.
“Pertama ialah agamanya yang mana wanita perlu carilah lelaki yang soleh. Tidak salah kita meminang lelaki kerana dalam Islam dibenarkan. Kemudian, lihatlah solatnya. Kalau lelaki itu boleh jaga solatnya, insya-ALLAH dia boleh jaga kita. Kalau dia tak jaga solat iaitu hubungan ALLAH, bagaimana dia hendak jaga kita? (Sedangkan) Janji dengan ALLAH pun dikhianati, apatah lagi janji dengan kita.
“Kedua, carilah mereka yang mempunyai keturunan yang baik. Ketiga, jangan lupa kahwin sebab hartanya. Yang terakhir sekali, barulah rupa,” katanya. Dalam pada itu, Ustaz Hanafi turut berkongsi kaedah mudah untuk mendapatkan jodoh dengan menggunakan formula DUS iaitu doa, usaha, sekufu dan senyum.
“Sebenarnya, seorang bapa perlu mendoakan anak perempuannya sejak usianya sembilan tahun untuk mendapatkan jodoh. Ini kerana doa itu belum tentu dimakbulkan ketika anaknya umur sebegitu, mungkin dimakbulkan 10 tahun atau 20 tahun lagi.
“Doa untuk jodoh selalunya mengambil masa, jadi kena berdoa daripada awal. Antara doa yang paling bagus iaitu ayat 74, Surah al-Furqan,” jelas beliau.
Kepada satu soalan, Ustaz Hanafi berkata: “Hukum asal menggunakan portal mencari jodoh ialah harus. Ia satu usaha era moden untuk mencari jodoh. Namun, kita kena ingat, bila gunakan platform tersebut, mesti niat kerana ALLAH untuk mencari jodoh.
“Tak salah guna portal tersebut. Cuma isunya kalau hendak bagi gambar, janganlah gambar yang menjolok mata atau mendedahkan aurat. Sebaiknya, berilah gambar yang betul, jangan tampal ‘simen’ pada muka dengan mekap berlebihan. Ingat, jangan ada unsur penipuan dan mengambil kesempatan.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang masih mengingati kes dera melampau pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)l, allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang ditekap 90 kali tekapan seterika panas hingga membawa kepada punca kematiannya pada 2017.
Dan baru-baru ini, enam pelajar UPNM dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh arwah.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali selepas mendapati mereka bersalah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Walau pun keluarga arwah sukar menerima keputusan tersebut kerana nyawa anak harapan mereka melayang sekelip mata kerana perbuatan kejam ini namun sesungguhnya Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk keluarga.
Semalam, 29 November 2021 merupakan hari jadi arwah yang jika dirinya masih hidup, arwah akan berusia 25 tahun. Tapi Allah lebih menyayanginya dan mengambilnya di usia cukup muda.
Dan semalam juga, Allah menghadirkan insan yang sering membantu insan lain tanpa mengira siapa mereka iaitu Ustaz Ebit Lew dan teamnya yang sering menghadirkan berita gembira buat insan-insan yang di dalam kesedihan.
Sempena hari jadi arwah, Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan mengerjakan umrah buat ibu bapa arwah yang sudah lama menjadi impian mereka untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.
Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit berkongsi berita ini.
Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini.
Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.
Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik johor bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.
Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa taxi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.
Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz.
Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini.
Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila menyebut nama Recep Tayyip Erdogan, pasti ramai yang kagum dengan keperibadian tinggi ditunjukkan oleh Presiden Turki ini. Suaranya amat lantang membela dunia Islam malah dirinya tidak pernah gentar berhadapan dengan tekanan di sebalik klause islamfobia yang ditunjukkan oleh banyak negara terhadap agama ini.
Di media sosial, keperibadiannya sebagai pemimpin Turki sering di tonjolkan namun di sebalik ketegasan itu, kerendahan hatinya membuat ramai yang kagum.
Terbaru, tersebar di media sosial, Presiden Turki ini tidak kisah solat di tempat letak kasut sebuah masjid hanya kerana terlewat datang ke masjid tanpa mahu melangkah ke hadapan saf sesuai dengan dirinya sebagainya pemimpin.
Dalam video dikongsikan di Youtube, Presiden ini dilihat tiba di sebuah masjid yang sudah dipenuhi oleh ramai jemaah untuk bersolat Jumaat.
Sebaliknya, tanpa mempedulikan jawatan tertingginya selain menyedari orang sudah memenuhi ruang masjid, Erdogan dilihat tidak kekok bersolat di ruang luar masjid yang terdapat tanda letak kasut di sisinya sambil kawalan ketat pengawal peribadinya. Ternyata Presiden ini meletakkan dirinya hanya hamba Allah saat melalakukan ibadah solat yang wajib dikerjakan umat Islam sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang memberi segala nikmat kehidupan.
Malah sebaik habis bersolat, Presiden ini melangkah keluar tanpa perlu adanya karpet merah menjadi laluannya atau ada pemimpin-pemimpin lain menunggu untuk bersalam dengannya sebaliknya terus beredar usai melakukan ibadah itu namun masih sempat menyambut salaman dari orang ramai yang ada di sekitarnya.
Ternyata, inilah contoh pemimpin yang harus kita segani dan wajar diikuti oleh pemimpin lain.
Lihat video di bawah:-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak kecil menangis waktu malam terutamanya jika berpanjangan memang meresahkan ibu bapa. Boleh jadi kerana tidak selesa, sakit atau tak mustahil adanya gangguan syaitan.Dalam...