‘Tak terfikir nak berubah, ia datang tiba-tiba.’ Zila Bakarin kongsi rasa lebih selamat selepas berhijab. Benarlah bila hidayah itu datang, kita sendiri tidak menyedarinya.
Malah menurut empunya dirinya, segalanya datang secara tiba-tiba. Mungkin setiap orang berbeza mendapat hidayah daripada Allah SWT, paling penting Dia akan beri tepat pada waktunya.
Artikel Berkaitan:
Hidayah Allah Datang Tanpa Diduga, 10 Selebriti Berhijab Lepas Balik Dari Tanah Suci
Pelakon yang pernah dikenali dengan imej seksi, Zila Bakarin kini lalui kehidupan lebih tenang dan selamat selepas mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sejak 2020.
Berkongsi tentang penghijrahannya menerusi video di TikTok, jelas Zila dirinya terdetik untuk menutup aurat sepenuhnya selepas berlaku satu kejadian ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.
“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang, rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah.
“dulu Saya ini terkenal dengan pakaian saya, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi ALLAH. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.
“Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’, betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin itu turut mengakui perubahan itu berlaku secara spontan dan bukan paksaan daripada diri sendiri atau mana-mana pihak.
“Ibaratnya saya hari ini adalah Zila Bakarin dulu. Esoknya itu saya ambil tudung dan pakai, pelik kan, sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku.
“Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka, saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘oh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu’.
“Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘oh kalau benda ini, aku nak pakai tudung’, tidak. Benda itu datang sendiri,” jelasnya.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga Zila Bakarin terus istiqamah.
Sumber: Sinar Plus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.