Ibu adalah insan yang paling mulia dan kehadirannya sangat membahagiakan. Apatah lagi jika insan ini masih hidup, bolehlah kita menumpang manja dan berterusan untuk berkasih sayang.

Selagi kita hidup, selagi itulah kita akan terus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Meraikannyanya dalam apa jua majlis termasuk sambutan hari lahir.

Seperti perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu mengkagumi ibunya yang dipanggil Mak Salmah.

Menurut Siti yang baru meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke 41 tahun, dalam banyak-banyak gambar dimuat naik, foto bersama ibunya inilah paling istimewa sekali.

IKLAN

Sebagai ibu, Siti mengharapakan beliau akan dapat mendidik anaknya Aafiyah sebagaimana ibu tersayang mendidik dirinya dari kecil hinggalah sekarang.

Ternyata Siti begitu mengkagumi wanita bernama Mak Salmah ini kerana insan hebat dan mempunyai hati baik.

Sememangnya penyanyi lagu Anta Permana ini sangat bertuah kerana memiliki ibu sehebat ibu kesayangannya ini.

Gambar paling istimewa… Baru dapat dari anak sedara sbb dia yang ambilkan gambar ni.. Saya harap Saya boleh didik Aafiyah sebagaimana Mak Salmah didik saya sampai sekarang..Mak Salmah Ibu yang hebat & Hatinya sangat baik.. Bertuah saya punya ibu sehebat Mak Salmah..Sayang Mak!

IKLAN

Sebelum itu pada penghujung tahun lalu, Siti juga turut menitipkan kata-kata istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya ini.

Menurut Siti, ibunya inilah insan paling bermakna kerana telah melahirkan dan membesarkan beliau hingga menjadi siapa dirinya sekarang.

IKLAN

Malah doa ibu tercinta ini adalah segalanya untuk Siti dan penyanyi kesayangan ramai ini tidak akan lupa untuk mendoakan ibunya dalam setiap sujud.

Siti turut berdoa agar Allah sentiasa memelihara ibunya ini kerana wanita bernama Siti Salmah Bachik ini seorang insan yang berhati mulia dan penyayang.

Alhamdullillah, Hari ini hari insan paling bermakna dalam hidup saya .. Melahirkan saya & membesarkan saya hingga saya menjadi siapa saya kini.. Doa Mak segalanya buat Siti ..Sannah Helwah ibuku Siti Salmah Bachik ..Doa buat Mak takkan Siti lupa disetiap sujudku.. Allah SWT pelihara Mak selalu sebab Mak insan hati mulia & penyayang .. #gengcapricorn #likemotherlikedaughter

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI