‘Takut bau wangi, isteri minta suami laungkan azan.’ Begini caranya lindungi diri daripada gangguan jin. Beberapa hari ini tular bau wangi di merata-rata tempat.
Ada yang kaitkan dengan kehadiran makhluk halus dan ada segelintirnya pula menganggap ini fenomena biasa bila bulan mengambang, bunga-bungaan akan mengembang seterusnya mengeluarkan bau wangiyang kuat di waktu malam.
Tetapi tidak kurang juga, misteri bau wangi waktu malam di beberapa kawasan kebelakangan ini termasuk di daerah ini telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Takut Bau Wangi
Dalam masa yang sama, perkara itu menjadi perdebatan di laman sosial Facebook dan TikTok apabila ramai yang berkongsi turut menghidu bau sama.
Ada wargamaya yang mengaitkan bau seperti bunga Melor itu dengan perkara mistik sehingga ada yang mengambil tindakan melaungkan azan.
Perkara itu dikongsi seorang individu di Facebook yang memberitahu kerana takut, dia meminta suami melaungkan azan satu rumah.
“Semalam ku siap suruh dia azan satu rumah. Siap masuk ‘group family’ tanya. Tapi mak kata tidak apa bau wangi itu. Benda elok.
“Tapi semalam jam 9 lebih bau dekat luar kuat gila. Dalam rumah tak bau dah,” tulisnya.
Manakala. individu lain berkongsi yang bau wangi tersebut turut dihidu di Taman Rasah, Seremban.
Katanya, suaminya memberitahu kemungkinan bau tersebut datang daripada jiran sembahyang tetapi agak musykil kerana sudah jam 11.30 malam.
Begini Caranya
Selain itu, ada juga yang menyangka bau tersebut datang daripada bau sabun orang membasuh baju waktu malam.
Seorang penduduk Nilai, Ismawati Ismail, 45, turut mengakui ada menghidu bau wangi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jam 11.30 malam pada hari Isnin lalu.
“Saya tak fikir apa pun. Manalah tahu bau itu datang dari kenderaan lain yang membawa minyak wangi atau sabun ke.
“Tapi hari ini (Selasa) tengok di Facebook ramai yang bercakap soal ini. Kelakar juga rasa,” katanya.
Ads
Lindungi Diri
Bagaimanapun, seorang pengguna berkongsi pandangannya yang bau tersebut datangnya daripada bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’ disebabkan fenomena bulan penuh.
Dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini, Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan.
Ads
Antaranya adalah dengan membacakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735).
Kashoorga: Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran dan zikir serta tidak meninggalkan solat lima waktu.
“Dah kurus, kembali sarung seluar ketat, berkebaya.’ Siapa sangka dia pernah menangis, minta allah kurniakan haji mabrur apabila dijemput Allah ke Tanah Suci.
Benarlah manusia berubah, namun berusahalah menjadi muslimah yang menjaga auratnya. Bermula dari sedikit agar aurat terjaga.
Ternyata memang ramai wanita di luar sana kadang-kadang kembali melucutkan pakaian bila badan mula ringan, mula kurus. Jadi beringatlah!
Pertama, dicabutnya rasa malu kamu di hadapan khalayak.
Kedua, ditiupkan perasaan mahu pamerkan kecantikan diri mu, buat peragaan di tengah khalayak.
Ketiga, ditutup telinga agar kamu tidak perlu mendengar bisikan iman.
Akhirnya … dilucutnya pakaian iman agar kamu dibiarkan bertelanjang tanpa rasa segan.
Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai rakan-rakan berusia berpatah balik ke belakang.
Walhal rumahnya sudah kata pergi. Kuburnya melambai setiap hari.
Kurniakan Haji Mabrur
Allah ya Allah … lindungi kami serta zuriat keturunan kami dari mendengar bisikan syaitan yang di laknat Tuhan pencipta alam.
Mudah-mudahan kami semua serta mereka yang terlalai sempat bertaubat sebelum mati.
Terjemahan Surah Al-A’raaf. Ayat 027 bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Dewasa ini ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kalau boleh mahu wajah kekal awet muda sampai muda sampai bila-bila, walaupun usia telah melewati pertengahan abad.
Ada yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan wajah kekal anjal dan biar cantik di pandangan mata orang. Namun, ada cara lain yang lebih semula jadi dalam memastikan wajah anda kekal sihat dan berseri.
Tidak perlu berbelanja mahal kerana cara yang disarankan ini memang mengikut landasan syariat dan insya-Allah anda akan kekal awet muda dan disukai suami. Perlu amalkannya kerana caranya cukup mudah dan penting ada kesungguhan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Waqiah, ketika mandi pagi.
7. Bangun awal pagi dan amalkan mandi embun.
8. Amalkan urutan wajah.
9. Biarkan wajah sentiasa dalam wuduk.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Terlalu banyak kisah didengari mengenai orang tabligh sekaligus ia menimbulkan pelbagai persepsi mengenai mereka yang keluar berdakwah ini. Ada isu anak isteri jadi terbiar, ada ke duit beli makanan, siapa yang beri dan berbagai lagi tanggapan buruk lain. Namun sebagai hamba Allah, kita jangan terlupa bahawa kita semua adalah pinjaman semata. Allah atur kehidupan manusia sebaik-baiknya termasuk memberi rezeki tanpa diduga.
Perkongsian seorang isteri di fbnya, Farah Bert yang mengahwini orang Tabligh pasti membuka minda kita mengenai orang tabligh ini. Malah dirinya tidak menyangka perkongsiannya jadi viral sejak semalam.
Tulis Farah di fbnya sebentar tadi. “ Niat saya cuma la nak berkongsi perkara yang baik tentang usaha dakwah yang lagi mulia. Masih banyak salah faham fitnah pada usaha ni. Yang baik dari Allah SWT. Ambil la. Yang buruk dari saya mohon tinggalkan.
“Saya dan suami masih hina. Kami pendosa yang masih belajar-belajar bertaubat. Belajar-belajar nk membesarkan Allah SWT dalam kehidupan kami. Doakan kami. Tak suka kami pun doakan kami ya. Kami minta maaf pada semua orang di dunia ni. Moga semua orang di dunia maafkan kami. Semoga Allah gantikan kebaikan asbab hidayah tersebarnya seluruh alam. Aameen.
Ini catatannya semalam buat tatapan kita agar mengenal orang tabligh lebih mendalam
Aku Sebagai Isteri Kepada Orang Tabligh
Sebelum-sebelum ini adakalanya aku terdengar kisah-kisah kurang enak tentang nasib isteri orang tabligh, jadi di sini biar aku ceritakan kisah aku pula untuk membetulkan mana-mana persepsi yang salah.
1) Suami tinggal isteri terkontang kanting…
Perkara ini TIDAK pernah terjadi dalam keluarga aku mahupun keluarga-keluarga yang aku kenal (aku kenal ramai). Suami-suami sebelum mereka ikut jemaah 40 hari mahu pun yang lebih lama, mereka selalunya beli stok makanan minuman bertimbun-timbun untuk isteri dan anak-anak (nak mudahkan isteri).
Suami aku beli stok sampai penuh almari dan freezer, aku yang pening macam mana nak simpan semua ni. Kawan-kawan aku pun sama, bila suami dia orang ikut jemaah 40 hari atau 4 bulan ke misalnya, maka aku sibuk la SMS tanya nak tolong beli apa-apa tak? Hampeh semua. Semuanya kata tak payah sebab suami dah siap shopping awal-awal. Kalau dia orang nak suruh beli pun cuma susu ke atau buah ke sebab benda-benda tu habis atau boleh basi.
Jadi, aku dan kawan-kawan sememangnya tak pernah jumpa lagi isteri yang suaminya selamba tinggal tak bagi bekal. Usually kalau isteri tu jenis suka drive sendiri pergi kedai, Suami tak payah beli banyak sangat dan cuma tinggal duit nafkah saja.
Suami aku, Alhamdulillah dia beli bekal makanan dan tinggal jugak duit nafkah dan access ke bank dia. Kalau ada suami yang tinggal tanpa nafkah, maka dia telah gagal mematuhi tertib dan peraturan. Benda ni sangat dititikberatkan oleh elders sebelum lelaki tu join apa-apa jemaah sekalipun. Kes kes terpencil mungkin ada, cuma jaranglah aku dengar
2) Suami Tinggal Takde Khabar Berita
Selalunya kami tahu dia dan jemaah dia ke mana. Di celah-celah jadual dia, dia akan sms atau call (selalunya hantar surat!) tanya khabar dan cerita sikit perkembangan dia. Kalau diorang tulis surat, memang pakai tangan je dan pakai kertas-kertas yang dikoyak dari buku nota, agak romantiklah rasanya bila terima.
3) Tinggal Isteri –> Dera Emosi
Tak pun sebenarnya, langsung tak terdera. Ok dia macam ni. Masa tengok dia packing baju dan masa dia nak turun dari rumah tu, memanglah sebagai isteri kita rasa sayu. Maklumlah, kalau keluar di jalan Allah ni, kita tak tahu dia akan balik ke tak, adakah syahid di pertengahan? So mesti la sayu sikit.
Tapi pengalaman aku la kan. Pada saat dia nak turun rumah tu, akan terasa satu sakinah dalam rumah (ketenangan) yang tak boleh nak describe dengan perkataan. Rasa tenang.
Dan apabila dia dah pergi, apabila dia dah memulakan susah payah dia dalam berkorban di jalan Allah. Ok ni kena buat perenggan lain.
4) KESAN pada anak-anak
Selama dia pergi tu, akan terjadi PELBAGAI perkara baik terhadap anak-anak. Adakalanya terjadi perkara yang ajaib, yang tidak dapat dijelaskan oleh logik. Akhlak anak-anak jadi terbentuk, masalah-masalah yang dahulunya kita laki bini pening, banyak yang selesai SEMASA suami sedang berkorban di jalan Allah. Ni bukan satu kali terjadi, tapi banyak kali.
Masa suami tengah susah payah buat 40 hari tu la selesai perkara-perkara yang sebelum itu kita buntu tentang anak. Tarbiyah anak-anak seolah olah dibuat direct oleh Allah SWT. Seolah-olah Allah SWT mentarbiyah anak-anak itu secara langsung.
Ilmu agama dan duniawi anak-anak turut meningkat semasa tempoh itu. Sebab itu apabila suami balik rumah semula, kami isteri-isteri ni sibuk nak cerita semua perkara menakjubkan ini, sibuk nak update dia yang anak ni tiba-tibae dah XX, anak itu pula tiba tiba dahmi pun mendengar dngan penuh gembira.
Sebab itu, tiap kali suami nak pegi 40h ke atau 4 bulan ke, walaupun rasa sayu pada permulaan, tapi Allah gantikan pengorbanan emosi itu dengan kebaikan-kebaikan ini. Bukan anak saja dapat kebaikan malah isteri juga merasai perkara perkara yang tidak pernah dipelajarinya, isteri juga belajar ilmu-ilmu yang tidak pernah dihafal di sekolah atau kelas. Rasa macam Allah tarbiyah secara langsung.
5) Pengalaman suami
Suami pun bila balik, gigih bercerita pengalaman jemaah dia. Masuk pulau keluar pulau, masuk kampung keluar kampung, berapa ramai peluk Islam dan sebagainya. Selalunya suami elak cerita apa-apa yang tidak manis, kalau ada perselisihan sekalipun dalam jemaahnya, tidak akan dicerita sebab prinsipnya ialah rukan. Hanya kebaikan orang saja yang dicerita.
Ada banyak perkara menakjubkan yang terjadi selama beberapa kali suami pergi 40 hari atau 4 bulan tapi terlalu panjang untuk cerita. Tapi, secara umumnya, masa suami pergilah para isteri belajar macam mana untuk bergantung 100% kepada Allah.
Selalunya masa suami ada di rumah, bila susah sikit memang cerita kat suami atau minta suami beli/cari. Jadi kita adakalanya sedikit terlupa bahawa apa-apa pun, turn to Allah first. Bahawa sepatutnya, MINTA kat Allah dulu, adu kat Allah dulu. Tapi selalunya sebab suami tu depan mata, maka adu kat dia aje la.
Justeru apabila suami ke jalan Allah, maka ia seperti tapak latihan untuk belajar baiki pergantungan itu. Bila susah, adu pada Allah.
Dan ternyata, acap kali pertolongan Allah itu dekat. Hendak sekali saya kongsikan insiden-insiden yang telah berlaku tapi tak larat nak taip lagi. Perkara ini dialami bukan saja oleh saya tetapi juga oleh isteri isteri lain yang biasa menggalakkan suami keluar di jalan Allah (redha supaya suami pergi).
Baiklah sampai di sini dahulu cerita saya. Semoga Allah ampunkan umat kita dan sebar hidayah ke seluruh alam. Semoga Allah SWT jadikan kita (para pembaca) dan keluarga kita asbab hidayah buat seluruh alam.
Perkongsian ini tidak ada langsung niat untuk mengatakan usaha ini adalah lebih baik daripada mana mana usaha agama yang lain, malah insan-insan dalam usaha ini juga tidak terlepas daripada kealpaan dan kesilapan individu/kumpulan. Prinsip saya, setiap usaha agama atas bumi ni tidak kira nama apa sekalipun, adalah saling melengkapi.
Kelebihan yang ada pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B, kelemahan pada jemaah A mungkin tiada pada jemaah B. Anggaplah semuanya saling melengkapi -Ahlia Hafidz Halim – #pictb #jamaica2018
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...