‘Takut bau wangi, isteri minta suami laungkan azan.’ Begini caranya lindungi diri daripada gangguan jin. Beberapa hari ini tular bau wangi di merata-rata tempat.
Ada yang kaitkan dengan kehadiran makhluk halus dan ada segelintirnya pula menganggap ini fenomena biasa bila bulan mengambang, bunga-bungaan akan mengembang seterusnya mengeluarkan bau wangi yang kuat di waktu malam.
Tetapi tidak kurang juga, misteri bau wangi waktu malam di beberapa kawasan kebelakangan ini termasuk di daerah ini telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Dalam masa yang sama, perkara itu menjadi perdebatan di laman sosial Facebook dan TikTok apabila ramai yang berkongsi turut menghidu bau sama.
Ada wargamaya yang mengaitkan bau seperti bunga Melor itu dengan perkara mistik sehingga ada yang mengambil tindakan melaungkan azan.
Perkara itu dikongsi seorang individu di Facebook yang memberitahu kerana takut, dia meminta suami melaungkan azan satu rumah.
Artikel Berkaitan:
“Semalam ku siap suruh dia azan satu rumah. Siap masuk ‘group family’ tanya. Tapi mak kata tidak apa bau wangi itu. Benda elok.
“Tapi semalam jam 9 lebih bau dekat luar kuat gila. Dalam rumah tak bau dah,” tulisnya.
Manakala. individu lain berkongsi yang bau wangi tersebut turut dihidu di Taman Rasah, Seremban.
Katanya, suaminya memberitahu kemungkinan bau tersebut datang daripada jiran sembahyang tetapi agak musykil kerana sudah jam 11.30 malam.
Selain itu, ada juga yang menyangka bau tersebut datang daripada bau sabun orang membasuh baju waktu malam.
Seorang penduduk Nilai, Ismawati Ismail, 45, turut mengakui ada menghidu bau wangi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jam 11.30 malam pada hari Isnin lalu.
“Saya tak fikir apa pun. Manalah tahu bau itu datang dari kenderaan lain yang membawa minyak wangi atau sabun ke.
“Tapi hari ini (Selasa) tengok di Facebook ramai yang bercakap soal ini. Kelakar juga rasa,” katanya.
Bagaimanapun, seorang pengguna berkongsi pandangannya yang bau tersebut datangnya daripada bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’ disebabkan fenomena bulan penuh.
Katanya, waktu malam bunga-bunga akan mengeluarkan haruman yang sangat kuat.
Baca Di Sini:
Dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini, Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan.
Antaranya adalah dengan membacakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya:
“Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.”
Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735).
Kashoorga: Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran dan zikir serta tidak meninggalkan solat lima waktu.
Sumber: Sinar Harian, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.