Takut Salah Pilih Hingga Boleh Rosakkan Kulit, Doktor Wanita Ini Ajar Pilih Sunblock Sesuai Dengan Wajah

Share

Sebagai wanita perlu tahu selain mahu mendapatkan tubuh yang langsing dengan diet betul penjagaan wajah, pemakaian sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari juga sangat penting bagi menjaga tekstur kulit.

Malah bagi mengelakkan kulit jadi rosak atau kusam. Namun begitu pelbagai lambakan produk sunblock menyebabkan kita jadi keliru krim perlindungan mana paling sesuai.

Perkongsian dari Doktor Erna Nadia ini yang sangat bagus memberitahu pilihan sunblock mana paling sesuai untuk kita pakai untuk kebaikan kulit wajah.

TIPS MEMILIH SUNBLOCK

Apakah SPF?
SPF adalah singkatan untuk sun protection factor.

Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

Kalau kita tengok di produk2 sunblock ada tulis spf15, spf30, spf50. So yang mana yang sesuai dengan kita?

Jom, belajar dahulu apa itu spf.

Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraannya adalah :
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh spf 15.
Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96%.

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit
Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
Kulit sawo matang,20 minit
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.

Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.

Ok, boleh faham ke setakat ni?

Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.

UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit.
Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja.
Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).

Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja ( kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.

Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja.
Kekuatan masing2 adalah lebih kurang sama.

Jadi,tak perlu spf yang tinggi.
Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.

Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.
Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.

Ok, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar

Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunlock adalah:
1. Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
2. Mempunyai UVA & UVB
3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)

Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.

Nota Kaki : Lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu dari dunia fana & syaitan durjana

Dr. Erna Nadia
Your outer beauty will capture the eyes, your inner beauty will capture the heart

 

Published by
Siti Zurina