Gempar baru-baru ini apabila beberapa buah kediaman telah di ketuk ‘sesuatu’. Kejadian misteri ini dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Keadaan masih lagi berlarutan, dan nampaknya kita kena lakukan sesuatu untuk melindungi kediaman dari gangguan.
Gangguan makhluk halus di kediaman atau premis perniagaan seperti gerai, kafe, restoran, kedai dan sebagainya bukan lah perkara asing bagi kita.
Makhluk halus adalah salah satu daripada ciptaan Allah dan kita wajib mempercayai kewujudannya tetapi bukan mempercayai makhluk halus itu.
Artikel berkaitan: 30 Tanda Orang Yang Perlu Segera Dirukyah
Artikel berkaitan: Cara Rasulullah Gunakan Garam Halang Santau Sihir
Allah telah anugerahkan kita al-Quran. Yang mana terkandung di dalamnya ayat-ayat syifa’ atau ayat-ayat penyembuh yang membantu untuk memulihkan penyakit atau gangguan makhluk halus.
Kita boleh merujuk kepada para ustaz yang mengamalkan rawatan Islam bagi tujuan ini.
Sebenarnya, langkah pemulihan atau ‘pembersihan’ ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Harus yakin bahawa hanya Allah sahaja tempat sandaran bagi membantu memperbaiki keadaan.
Kita ikuti perkongsian pengamal rawatan Islam dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
, Melaka tentang bagaimana langkah untuk membuat pendinding rumah atau premis perniagaan.Ramai tanya saya, “Ustaz boleh datang rumah untuk pulihkan rumah?
Ustaz boleh datang pulihkan kedai saya?”
“Ramai orang kata saya tak buka kedai bila lalu depan kedai saya. Macam mana nak buat ya ustaz?”
Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana nak pulihkan rumah, di bawah saya ajarkan bagaimana cara mudah untuk melindung dan memulihkan rumah bagi mengelakkan dari gangguan makhluk halus.
Ambil air kolah masjid
1 botol air mineral 1500ml
Lada Hitam 1 bungkusan kecil dan garam halus sebungkus kecil.
Sebaik-baik pendinding adalah banyak kan amalan zikir di dalam rumah tersebut. Banyakkan baca al-Quran di dalam rumah, solat berjemaah dan perbanyakkan solat sunat di dalam rumah.
Insya Allah itulah sebaik-baik pendinding. Kerapkan juga laungan azan di dalam rumah anda Insya Allah dengan izinNya di dalam rumah tersebut bebas dari gangguan makhluk halus.
Manakala di premis perniagaan pula kerapkan pasang ayat suci al-Quran di dalam kedai. Ada masa kita sendiri yang baca al-Quran di dalam kedai.
Banyakkan baca surah al-Waqiah untuk murah rezeki. Banyakkan solat sunat dhuha, Insya Allah dengan izin Allah rezeki anda bertambah. Kedai anda, tapak perniagaan Insya Allah akan semakin maju.
Apa pun semua cara di atas adalah sebagai ikhtiar sahaja. Selebihnya semua atas izin Allah.
1)Kerap nampak kelibat dalam rumah
2)Kerap dengar bunyi ketukan di luar pintu rumah
3)Kerap dengar bunyi guli,lesung batu,tarik kerusi meja atas rumah terutama rumah flat
4)Kerap terdengar bunyi pasir jatuh atas bumbung rumah
5)Kerap terbau busuk hanyir dalam rumah, bau colok kemenyan dan kapur barus
6)Rasa seperti diperhatikan terutama waktu tidur
7)Kerap terdengar suara memanggil tetapi ketika itu tiada siapa pun di dalam rumah
8)Masuk rumah jadi stress, serabut cepat nak marah gaduh suami isteri tetapi apabila di luar taka da masalah
9)Masuk rumah kepala jadi pening,sakit belakang tengkuk belikat rasa berat
10)Perut jadi kembung sendawa angin, kitaran haid tak normal senggugut yang teruk. Periksa doktor semuanya normal
11)Susah tidur malam dalam rumah bila tidur tempat lain taka da masalah pula
12)Kerap mimpi bayi, bermain, dukung menyusu
13)Mimpi jatuh tempat tinggi
14)Mimpi binatang berbisa
15)Mimpi orang kejar orang nak bunuh
16)Mimpi tempat kotor
17)Mimpi pasangan curang kahwin lain
18)Mimpi bersetubuh dengan orang tak dikenali
19)Mimpi orang tua
20)Mimpi rumah lama
21)Mimpi terbang
Di atas adalah sebahagian tanda yang kerap berlaku pada pesakit saya yang terkena gangguan makhluk halus.
Jika anda mengalaminya dapatkan rawatan Islam berhampiran anda. Moga dijauhkan semua di atas berlaku pada diri kita dan famili kita Aamin.
Kredit foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin