Apabila setiap pasangan itu sudah berkahwin, tanggungjawab besar menanti kedua-duanya.
Baik isteri atau suami perlu berganding bahu dalam memastikan hubungan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
Walau bagaimanapun isteri kena ingat, biarpun sudah berkahwin tanggung suami sebenarnya jauh lebih besar dan berat. Lebih-lebih lagi jika dia adalah anak tunggal.
Ketahuilah tanggungjawab mereka bukan sahaja pada isterinya, tetapi turut bertanggungjawab pada empat lagi wanita iaitu, ibu, isteri, anak perempuan dan juga saudara perempuan.
Jadi sebagai suami, mereka perlu ingat ini antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan biarpun setelah berkahwin.
Dan isteri tidak boleh bersikap cemburu kerana mereka perlu ingat lelaki ini bukan milik anda seorang, tetapi juga ahli keluarga terutama ibu.
#1 – Memberi Nafkah Dan Segala Keperluan Isteri
Isteri yang dinikahi itu secara tidak langsung menjadi tanggungan penuh oleh lelaki tersebut (suami). Oleh itu, perlu diambil berat mengenai nafkah zahir dan batin isteri, serta segala keperluannya termasuk asas pendidikan Islam mengikut kadar kemampuan suami.
Ads
#2 – Menyara Segala Keperluan Nafkah Dan Pendidikan Anak-anak
Jika hasil perkahwinan itu dikurniakan anak-anak, maka lelaki itu bertanggungjawab pula menyediakan segala keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya dengan dibantu oleh suri hatinya.
#3 – Tidak Mengabaikan Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Sama ada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa mertuanya, lelaki yang sudah berkahwin masih perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana apabila si lelaki sudah mengahwini isterinya, ibu bapa mertua adalah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.
Dalam hadis Sahih Bukhari,
“Telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw; ‘Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Rasul?’ Jawab Rasulullah, ‘Ibu kamu’. ‘Setelah itu?’ Tanya lelaki itu lagi. ‘Ibu kamu’ Jawab Baginda. ‘Setelah itu?’ Lelaki itu bertanya lagi dan jawab Baginda, ‘Ibu kamu’. Kali keempat lelaki itu bertanya lagi, ‘Selepas itu?’ Jawab Baginda, ‘Ayah kamu’.”
#4 – Membantu Isteri Menguruskan Hal Rumahtangga
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh kaum lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga sekaligus pembantu kepada isteri dalam melakukan tugas harian di rumah.
Ads
“Aisyah pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Nabi saw di rumahnya?’ Aisyah menjawab, ‘Baginda membantuku melaksanakan kerja-kerja di rumah’.”(Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Mencari Sumber Rezeki Yang Halal
Jika tidak bekerja, bagaimana lelaki mahu menyara keluarganya nanti? Rezeki tidak akan datang bergolek, ia perlukan usaha dan tawakkal pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Cari dan buatlah apa-apa jua pekerjaan sekalipun, asalkan ianya halal dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Ini kerana setiap sumber pencarian yang dibawa pulang itu akan menjadi ‘makanan’ kepada isteri dan anak-anak. Jika sumber rezeki itu diperoleh dengan cara yang batil, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada rohani, fizikal mahupun mental mereka.
Ads
#6 – Mendalami Ilmu Agama
Tanpa agama, seseorang itu ibarat layang-layang yang terputus talinya. Membawa dirinya tanpa hala tuju dengan mengikut tiupan angin. Begitu juga manusia jika tanpa agama, seakan tiada panduan atau matlamat jelas dalam hidupnya.
Oleh itu, setiap lelaki yang menjadi ketua keluarga sewajarnya perlu menitikberatkan hal ini dalam mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina. Masih belum terlambat untuk mendalami ilmu agama jika kita banyak tidak tahu mengenainya.
#7 – Menghubungkan Silaturrahim Dengan Masyarakat Sekitar
Walaupun sudah berumahtangga, usah menjadikan alasan tidak dapat bergaul atau beramah mesra dengan masyarakat di sekitar. Contoh mudah, boleh jadikan apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, gotong-royong, solat berjemaah di surau atau masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk sekitar.
Siapa tahu, suatu hari nanti anda sakit atau sangat memerlukan bantuan. Sudah pasti jiran terdekat atau komuniti sekitar menjadi tempat untuk anda meminta pertolongan.
Mudah-mudahan, perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutama buat kaum Adam yang sudah pun bergelar suami, atau kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Apapun, ambil dan contohilah teladan Rasulullah saw dalam mengemudi rumahtangga yang dibina bersama serikandi-serikandi Baginda Nabi saw hingga akhir hayatnya. Wallahua’lam.
SUMBER: TAZKIRAH
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lewat atau cepat jodoh seseorang itu ia bergantung pada ketentuan Allah SAW. Menurut pendakwah bebas, Datok Hassan Mahmood al Hafiz, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira. Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya ia datang daripada diri sendiri.
Tambah beliau lagi, soal kegembiraan seseorang itu bukan ditentukan oleh perkahwinan.
BUKAN PERKARA WAJIB
“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan begitu jugalah sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia.”
Ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu. Oleh itu janganlah bersedih dan rasa terpencil daripada masyarakat.
“Ingat wanita yang masih bujang sebenarnya Allah beri peluang kepada mereka untuk mencari ilmu dan membuat lebih amalan.
CARI ILMU DAN TAMBAH AMALAN
“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Inilah hikmahnya bila Allah belum menemukan jodoh buat mereka.”
Tambahnya lagi jika kedudukan kewangan kukuh, boleh ambil anak yatim dan pelihara seperti anak sendiri. Dengan cara itu dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh tatkala usia sudah bertambah jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
Sumber kredit: Sinar Harian
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Beberapa hari ini trending tentang majis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz.
Kemeriahan majlis akad nikah ditambah rekaan pelamin cukup indah ilham dari Bukit Jabal Rahmah, penyatuan dua jiwa iaitu Nabi Adam dan Hawa, kedua pasangan pengantin baru ini kelihatan bahagia.
Ternyata kebahagiaan kedua pasangan pengantin baru ini dilihat semakin bertambah apabila Neelofa sempat mengusik suaminya ketika menghidangkan sarapan pagi buat PU Riz apabila menulis di Instagram lofa.page “Tikus Makmal Pertama??? Ha ha ha Lofa Lofa. Sian Encik Suami”.
Dalam pada itu ibunya Datin Kartini turut dilihat merakamkan momen indah itu dan dari video dikongsikan jelas Haris dilihat tersenyum seakan malu-malu.
Dalam pada itu, dalam satu saluran video You Tube milik Nur Atisha Khan, dalam satu ucapan dibuat selepas keduanya bergelar suami isteri, Pu Riz berharap berharap perkahwinan yang dibina dengan isteri tercinta, Neelofa bakal dikurniakan zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan Islam).
Jelasnya, lagi, dia mengharapkan, dari perkahwinan ini adalah apa saja yang bakal kami harungi akan membawa kami ke syurga. Selain itu, saya juga mendoakan agar dikurniakan zuriat-zuriat yang akan jadi mujtahid di akhir zaman.
“Tiada apa yang saya harapkan lagi selain akan terapkan sunnah dalam keluarga. “Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami. Saya berharap dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti,” katanya dalam video berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu memberikan kesan emosi kepada kebanyakan orang hingga ia mendapat liputan luar biasa kerana kebaikan dilakukan ketika masih hidup. Kebaikan budi arwah yang banyak bersedekah dalam diam, meninggal selepas bertarung dengan Covid-19 dan masa yang sama sedang mengandungkan bayinya, Ayash Affan membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Tidak hairanlah, ramai yang mahu tahu setiap perkembangan hidup Ayash yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan tidak merasai susu seorang ibu.
Jika sebelum ini ramai menawarkan untuk menjadi ibu susuan Ayash, namun Shuib pernah memaklumkan pada Ogos lalu dia memilih sepupunya untuk menjadi ibu susuan selepas berbincang dengan ahli keluarga berkaitan hal ini. Bukan tidak mahu menerima orang luar tetapi Shuib memaklumkan tentang masa depan Ayash yang mungkin boleh terkahwin dengan anak susuan di masa-masa akan datang dan hal ini mendatangkan kebimbangannya.
Baru-baru ini, genap pemergian 100 hari isteri kesayangan ke rahmatullah, Shuib mengadakan majlis tahlil, tahnik dan tahlil buat arwah isteri dan anak bongsunya itu. Mengenakan pakaian serba putih, dilihat Ayash membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, di Tik Tok @lindaomar, dilihat Ayash lena dalam pelukan seorang wanita dan adik beradiknya yang lain juga kelihatan mesra dengan wanita ini.
Disaat ramai yang tertanya-tanya, adakah ini gerangan ibu susuan Ayash, wanita ini sebenarnya adalah penjaga Ayash yang juga merupakan kakak ipar Shuib sendiri yang merupakan isteri kepada abang Siti Sarah sendiri. Ia pangkat ibu saudara kepada Ayash sendiri.
Dari perkongsian, @lindaomar berkata, doakan semoga Mama dapat menjaga Baby Ayash dengan baik. Kasih sayang Mama pada Baby Ayash tiada beza dengan anak-anak Mama yang lain. Mama sayang Baby Ayash dan anak-anak dunia dan akhirat, kongsinya yang dilihat mencurahkan kasih sayang buat bayi menjadi kesayangan ramai ini.
Semoga Ayash terus membesar sihat dalam pelukan kasih sayang Allah dan keluarga. Sumber gambar ; Instagram Shuib/ Tik Tok @Lindaomar
Ubah suai meter elektrik untuk kurangkan bil, apa hukumnya? Bil elektrik yang semakin tinggi memang terasa membebankan. Disebabkan itu ramai yang mengambil menjimatkan penggunaan...