Sejak semalam rayuan seorang ibu anak enam yang menyara kehidupan keluarga dengan berniaga burger dengan pendapatan tidak sampai RM50, Dayana Mohamad tular di media sosial khususnya aplikasi tik tok.
Dalam linangan air mata, Dayana menunjukkan situasi ibunya yang lumpuh seluruh badan terbaring di atas katil dan apa yang mengecewakan dirinya borang permohonan bantuan kewangan untuk membeli susu dan lampin pakai buang ibunya sudah dua kali dikemukakan kepada pihak berkuasa khususnya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan kebajikan Masyarakat negeri namun tiada jawapan dari pihak berkuasa.
Lebih menyedihkan borang permohonannya tahun lepas didapati hilang dan dirinya kembali mengisi termasuk sudah memenuhi apa yang diinginkan. Tapi sayang, permohonannya tiada jawapan. Lebih menyedihkan katanya, adakah dirinya perlu meminta bantuan dari pihak gereja berikutan kewangan yang menghimpit?.
Di sebalik linangan air mata dirinya, hari ini dengan kuasa viral yang ada, pihak berkuasa sudah turun menziarahinya di rumah.
Dalam satu penjelasan memetik portal Majoriti, katanya, dia sudah membuat permohonan berkenaan sejak dua tahun lalu.
Ads
“Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur dan membuat permohonan di sana sebelum berpindah ke Teluk Intan, Perak.
“Saya jangkakan permohonan saya sudah di proses tetapi sudah dua tahun tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka,” katanya.
Ads
Dayana memberitahu pihak JKM sudah datang ke rumahnya dan memaklumkan bahawa mereka akan segera menguruskan permohonan tersebut.
Bagi permohonan LPZ pula Dayana memberitahu, dia sudah dihubungi dan dimaklumkan bahawa berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan permohonannya masih belum diproses.
Ads
“LPZ Perak memberitahu bahawa berlaku salah faham yang mana mereka sebenarnya tidak menerima sebarang borang prmohonan daripada pihak LPZ Kuala Lumpur.
“Oleh yang demikian, mereka tidak dapat berbuat apa-apa tentang perkara tersebut dan akan menguruskan permohonan saya secepat mungkin,” ujar ibu kepada enam cahaya mata itu.
Katanya lagi, dia berterima kasih kepada orang ramai yang membantu berkongsi videonya kerana jika ia tidak tular belum tentu pihak berkaitan akan memberi respon dengan segera.
Alhamdullillah, semoga urusan keluarga ini dipermudahkan Allah, begitu juga pihak berkuasa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sekian lama mencipta nama sebagai penyanyi tersohor, memiliki produk kecantikan atas nama Simply Siti, terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza melancarkan koleksi hijab atas jenamanya sendiri. Mendapat inspirasi dari nama anak sulungnya, Siti Aafiyah, koleksi tudung ini diberi nama Afiya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, @ctdk memaklumkan ini impiannya sejak memakai tudung pada tahun 2013 iaitu pada permulaan Ramadan tahun tersebut.
“Memiliki jenama hijab dan muslimah modest wear sendiri merupakan impian saya sejak saya mula berhijab. Alhamdulillah, setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan, impian itu akhirnya telah direalisasikan apabila pereka fesyen tersohor tanah air, Dato @jmandagie sudi untuk bekerjasama bersama saya dalam menghasilkan rekaan dari kualiti material yang terbaik, design yang eksklusif dan trendy pada harga mampu milik di @afiya.my.
Dijual pada harga RM129, diperbuat dari textured satin, datang dengan dua pilihan long shawl dan square shawls ini begitu mudah dibentuk, bebas renyuk, minimum ironing, berat, lembut dan flowy bagi mereka yang sukakannya.
Ternyata, 25 tahun dalam industri seni, penyanyi tersohor ini masih lagi menjadi kesayangan peminat-peminatnya kerana dirinya jarang mencipta sebarang kontroversi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap yang bergelar pengantin baru pasti mahukan majlis perkahwinan diraikan dengan cara tersendiri. Ini adalah untuk dijadikan kenangan paling manis untuk dikenang hingga ke anak cucu.
Tidak dinafikan kebanyakan raja sehari hari ini cukup kreatif memilih tema untuk majlis perkahwinan mereka. Seperti perkongsian gambar perkahwinan pasangan dua sejoli ini.
Untuk majlis perkahwinan mereka, tema superhero telah menjadi pilihan dan abang-abang pengantin perempuan yang dilihat cukup sporting mengenakan kostum superhero bagi mengiringi pasangan pengantin ini untuk berarak dan mengambil gambar di pelamin.
Sebagai anak bongsu, keempat-empat abang pengantin perempuan Syahiera Sabri begitu bersahaja dan sporting mengenakan kostum tersebut sehingga jadi viral dan mengundang tawa netizen.
Foto yang viral ini telah dimuat naik di laman sosial Facebook milik jurugambar, Fadhil Aman Ahyat bagi majlis perkahwinan pasangan Izzul Azzuan dan Syahiera Sabri ini.
Mendapat lebih 7K butang share, rata-rata terhibur dengan teman serta kelainan dibawakan pasangan pengantin ini.
Bukan calang-calang superhero, tetapi ada Deadpol, Spiderman dan Mask Rider. Keempat-empat superhero ini bertindak sebagai bodyguard sebelum mengiringi adik bongsu mereka ke pelamin berada di samping suaminya.
Tidak salah melakukan gimik begini asalkan tidak menyalahi atau melanggar batas agama.
Namun apa yang penting sebenarnya adalah ijab dan kabul kerana itu yang lebih utama dari segala-galanya. Diucapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, pasti ada yang sudah merangka untuk melakukan ibadah korban.
Namun tahun ini ibadah korban tetap dilaksanakan walaupun mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Dikatakan hanya 20 orang sahaja boleh berada di kawasan penyembelihan termasuk tukang sembelih.
Dalam pada itu ada persoalan yang bertanya adakah boleh bagi upah daging korban kepada tukang sembelih atau lapah ini.
Pendakwah selebriti, PU Azman dalam laman instagramnya telah menjelaskan hukum kepada perkara ini.
Menurut PU Azman tidak boleh beri upah daging korban kepada mereka. Jika mahu beri upah, berilah duit tetap bukan daging korban.
Baca penjelasan lengkap PU Azman ini.
Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat).
Tapi, boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list tuk terima sedekah daging.
Jadi, tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja.
Dalil.
أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا.
Maksudnya: Nabi suruh aku untuk buat sembelihan unta dan suruh aku tak bagi dagingnya sebagai upah penyembelih dan juga pelapahnya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Kalau ramai-ramai masak SOP tulang, tolong jaga SOP. Bergaullah dengan SOPan. SOPaya selamat daripada COVID.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...