“Tanpa Sengaja Solat Isyak Lima Rakaat.’ Tertambah Rakaat, Solat Sah Atau Tidak?

Share

‘Tanpa sengaja solat isyak lima rakaat.’ Tertambah rakaat, solat sah atau tidak? Kadang-kadang disebabkan rasa letih, lesu dan mengantuk membuatkan seseorang itu jadi terlupa rakaat solat yang telah didirikan.

Dalam mamai-mamai tanpa sedar kita tertambah rakaat, jadi apabila kita tersedar rakaat telah ditambah secara tak sengaja apa yang harus kita lakukan.

Artikel Berkaitan Gantikan Tarawih Dengan 4 Rakaat Sunat Selepas Isyak, Ganjarannya Besar Seperti Peroleh Lailatul Qadar

Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz dan fahami penjelasannya berkaitan isu ini:

@noorhafiz91 Balas kepada @dhialapar2 semoga bermanfaat. #foryoupage
#Noorhafiz #fypppppppppppp #tiktokguru #jombelajar ♬ bunyi asal – Noor Hafiz Official

Soalan:
Salam ustaz nak tanya, kalau kita terlebih rakaat pada solat, sah atau tidak?

Jawapan:

Seseorang yang sedang mendirikan solat terlupa, kemudian menambah rakaat dengan secara tak sengaja. Sebenarnya terdapat dua situasi untuk kita fahami perkara ini dengan jelas.

Tanpa Sengaja Solat Isyak Lima Rakaat

Situasi yang pertama sekiranya selesai seseoran g itu memberi salam, kemudian dia teringat solat yang dilakukan sebentar tadi, terlebih satu rakaat. Jadi solatnya sah kerana baru saja terin gat.

Manakala situasi kedua, seseorang yang menambah rakaat sebagai contohnya solat isyak yang sepatutnya empat rakaat, dia bangun untuk rakaat kelima secara tak sengaja.

Tertambah Rakaat

Kemudian dia rukuk, baru dia teringat yang rakaat itu adalah rakaat yang dia tertambah secara tidak sengaja. Maka apabila dia sedar itu adalah rakaat yang tertambah, situasi yang terbaik adalah teruskan sahaja duduk tahiyat akhir.

Tetapi jika dalam keadaan rukuk, dia tersedar dan terus bertindak bangun iktidal kerana tersedar rakaat tertambah, maka solatnya terbatal.

Solat Sah Atau Tidak?

Bagi menjawab persoalan ini, ianya bergantung kepada situasi seperti yang diterangkan tadi iaitu tersedar setelah memberi salam, solat sah dan diterima.

Sebaliknya ketika dia menambah rakaat iaitu pada rakaat kelima, dia teringat bahawa dia tersalah. Maka, diminta untuk dia terus saja duduk tahiyat akhir dan sebelum memberi salam disunatkan sujud sahwi.

Walau bagaimanapun bagi situasi yang tersedar di pertengahan rakaat kelima dan kemudian dia teruskan kesilapan hingga memberi salam, maka solatnya terbatal.

Baca Di Sini : 

Rugi Tinggalkan Solat Sunat Qabliyah & Ba’diyah, Dua Rakaat Allah Janjikan Kita Rumah Di Syurga

Terlupa Doa Qunut Atau Berapa Lakukan Rakaat Dalam Solat, Usah Risau Lelaki Ini Ajar Cara Betul Lakukan Sujud Sahwi

Kashoorga : Semoga solat kita diterima Allah, insyallah.

Sumber : Tiktok Ustaz Noor Hafiz Official

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat