Makkah dan Madinah antara kota paling diberkati di muka bumi ini. Bahkan antara kota yang tak boleh dimasuki oleh Dajjal ialah Madinah. Keistimewaan kedua-dua kota ini disebut di dalam Al-Quran.
Namun selain Makkah dan Madinah, ada satu lagi kota yang barakah buminya iaitu Tarim. Disebut juga sebagai Kota Seribu Wali, kota bersejarah ini terletak di Hadhramaut, Yaman. Kota ini dianggap sebagai salah satu negeri yang paling diberkahi kerana merupakan pusat berkumpulnya wali-wali Allah.
Keistimewaan lain dari kota ini adalah terdapatnya banyak masjid, jumlahnya mencapai 360 buah, sesuai dengan jumlah satu hari dalam setahun. Tarim turut terkenal sebagai pusat menuntut ilmu para alim ulama.
Kota Tarim turut dikenali sebagai sebagai Al-Ghanna, yang bererti suatu tempat yang sangat subur. Meski berada di tengah kawasan gurun tandus berpasir, kota ini diberkahi dengan pohon-pohon besar nan rimbun serta sumber-sumber air bersih.
Tarim turut dikenali juga dengan sebutan Madina As-Siddiq. Sebab, di kota inilah sahabat Nabi, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq meminta sumpah taat setia penguasa Tarim pada masa itu, yang bernama Ziyad bin Lubaid Al-Anshori berserta penduduknya.
Ads
Karena sumpah setia itu, Abu Bakar berdoa secara khusus kepada Allah. Doanya ialah: “Mudah-mudahan Allah memberikan kemakmuran untuk Kota Tarim. Mudah-mudahan Allah memberkahi kesuburan tanah Kota Tarim dan sumber airnya. Mudah-mudahan Allah memberkahi Tarim dengan banyaknya para ulama yang soleh dan menjadikannya negeri yang subur akan awliya-Nya (para wali Allah).”
Kota berkumpulnya anak cucu keturunan Rasulullah
Di antara sekian banyak kelebihan kota ini, satu yang paling membuatnya lebih istimewa adalah kota ini menjadi tempat berkumpulnya anak cucu keturunan Ahlul Bait Rasulullah SAW. Masyarakat di kota ini dirahmati dengan kebaikan dan perilaku yang mulia kerana masih memiliki darah keturunan Nabi.
Ads
Nabi Muhammad SAW bahkan pernah memuji kota ini dalam sabdanya, ” Sesungguhnya aku benar-benar mencium harumnya kurnia Tuhan Yang Maha Pemurah dari Yaman. Berapa banyak mata air kemurahan dan hikmah yang terpancar dari sana.”
Kerana begitu istimewanya Kota Tarim, sampai sekarang banyak orang datang ke sana untuk mengambil barakah, menuntut ilmu hingga berziarah ke makam wali-wali Allah.
Ads
Sesuai dengan jolokan kota seribu wali dan pusat ilmu, tiada bangunan pencakar langit ditemui di kota ini atau kemewahan lain seperti apa yang terdapat di negara lain kerana kota kecil ini penduduknya hanya memiliki seratus ribu jiwa.
Rumah penduduknya diperbuat dari tanah liat kering dan seni binaan mereka agak sama bagi rumah penduduknya. Jika kebanyakan kota-kota di kawasan Timur Tengah panas terik tetapi di kota seribu wali ini tidak. Ini kerana banyak pokok-pokok rimbun di kiri kanan sepanjang jalan membuatkan kota ini teduh.
Di bumi barakah ini juga terdapat empat makam Nabi di sekitar kota ini iaitu makam Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Harun dan Nabi Hanzalah. Bukan itu saja, ada lebih kurang 70 sahabat tentera Perang Badar yang diutus Abu Bakar As- Siddiq untuk membasmi pemurtadan di Kota Tarim, namun mereka syahid dan dimakamkan di kota ini. Dimakamkan di perkuburan Zambal, di jantung Kota Tarim.
Di kota ini juga masih terdapat banyak bangunan lama peninggalan peradaban Islam masa lalu. Mulai dari masjid-masjid tua, madrasah ulama, makam para wali dan orang soleh serta jejak-jejak peninggalan sahabat Nabi. Kerana menyimpan jutaan sejarah, sejak tahun 2010 Tarim dinobatkan sebagai Ibukota Kebudayaan Islam. Subhanallah. Sumber :-Dream.co.id
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Petanda bahawa jodoh sudah dekat dari Allah dan dalam Islam tidak dapat dinafikan adakalanya sukar untuk dilihat. Mungkin ada petanda yang ditunjukkan namun kita kerap mengabaikannya. Sememangnya jodoh itu rahsia Allah.
Sesungguhnya Allah sudah menyiapkan jodoh yang sesuai dengan kualiti diri kita sendiri sehingga tidak timbul soal terlalu cepat atau terlalu lambat.
Berikut sedikit gambaran mengenai tanda jodoh sudah dekat menurut Islam.
BERANI BERTERUS-TERANG
Jodoh bermula daripada perasaan yang timbul dalam hati. Apabila ia adalah jodohmu, maka tidak akan ada penghalang perasaan yang timbul dalam hatimu sebab untuk hati yang saling mencintai, anda punya keberanian untuk meluahkan perasaan.
SIFAT MEMAAFKAN
Ya, memang terasa sulit untuk mendapatkan pasangan yang baik, khususnya yang memiliki sifat pemaaf. Akan tetapi, jika ia adalah jodohmu, maka si dia atau anda tidak keberatan untuk memaafkan antara satu sama lain.
SALING MEMBERI MOTIVASI
Semua manusia tidak selamanya akan selalu berada di atas dan ada waktunya untuk berada di bawah. Pada saat inilah, kita sangat memerlukan motivasi dari seseorang, sebab umumnya orang akan menjauhkan diri saat kita jatuh.
Akan tetapi untuk si dia yang merupakan jodohmu, hadirnya si dia dalam kehidupanmu terasa seperti malaikat yang menyelamatkanmu. Si dia juga memiliki cara tersendiri untuk memberikan motivasi kerana si dia menginginkan segala yang baik untuk anda berdua.
SELALU SELESA BERSAMA
Jodoh yang sudah dekat biasanya boleh dilihat apabila saat anda bersama-sama maka tidak ada rasa bosan sedikit pun. Semakin sering bersama maka akan semakin memberikan ketenangan, perasaan gembira di saat anda sedang berduka. Sebaliknya jika sedang berjauhan maka akan terasa sedikit tertekan serta rindu ingin bertemu.
JADI DIRI SENDIRI
Percayalahm apabila jodoh semakin mendekat, ia dapat dilihat daripada segi penampilan diri. Jika anda dan si dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka ini adalah salah satu petanda yang jodohmu sudah dekat.
.HATI TIDAK BERBELAH BAHAGI
Hati dalam bahasa Arab bermaksud al-Qaib iaitu mudah berbolak-balik. Jika anda mendapati bahawa hati anda tidak pernah berbelah bahagi dan tetap pada si dia makan ia merupakan petanda si dia adalah jodoh untukmu. Kemantapan hati ini didasari dengan memohon petunjuk dari Allah.
KETENANGAN JIWA
Jika kehadiran si dia memberikan ketenangan jiwa yang selalu membuatkan anda terasa damai maka dialah jodoh anda seperti Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [QS.A-Ruum : 21].
PANDAI MENYIMPAN RAHSIA
Jika si dia pandai menyimpan rahsiamu maka ia menjadi petanda yang jodohmu sudah dekat. Namun jika sebaliknya yang berlaku maka tolaklah orang tersebut dengan cara yang baik.
SELESA BEKERJASAMA
Kerjasama sangat diperlukan antara anda dengan pasangan. Perkara ini penting untuk kehidupan anda di masa hadapan. Hal ini kerana tugas sebagai ketua keluarga amat berat. Apabila anda sudah bertemu dengan orang yang anda boleh bekerja bersama-sama dalam segala urusan maka ini menjadi petanda yang jodohmu sudah dekat.
MEMBUATMU BERHENTI MENCARI
Petanda jodoh sudah dekat berikutnya menurut Islam adalah jika si dia membuatkan anda berhenti untuk mencari jodoh. Anda merasa hidup anda tidak lengkap tanpa kehadiran si dia sekaligus menjadikan anda yakin yang dialah orang tepat yang diberikan Allah pada anda. Saat ini bererti jodohmu memang sudah sampai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Semoga roh arwah dicucuri rahmat.’ Mulianya hati penderma, tiga pesakit pulih penglihatan selepas dapat sumbangan organ. Benarlah orang yang baik, kebaikannya akan disebut-sebut biarpun telah pergi.
Malah pemergiannya memberi sinar baru buat pesakit yang memiliki masalah penglihatan. Bayangkan tanpa sebarang pertalian darah, namun dengan keluhuran hatinya telah mendermakan kornea mata kepada yang memerlukan.
Seramai tiga pesakit mata pulih penglihatan selepas mendapat sumbangan organ daripada seorang lelaki yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat masalah perubatan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, proses pemindahan kornea Finno Joitol, 54, telah dipersetujui oleh pihak keluarga selepas dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ.
Mulianya Hati Penderma
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya, berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit yang masing-masing menghadapi masalah kornea kiri dan kanan.
“Kornea yang didermakan juga berjaya ditransplan dan memulihkan penglihatan tiga pesakit iaitu kornea kanan kepada seorang penerima, dan kornea kiri dibahagikan kepada dua orang penerima.
“Pihak keluarga turut berbesar hati supaya kisah pendermaan ini boleh menjadi dorongan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Sabah supaya tampil menjadi penderma organ,” ujar Rose Nani dalam satu kenyatan media.
3 Pesakit Pulih Penglihatan
Pada masa sama, Rose Nani turut mengucapkan takziah kepada keluarga Finno atas pemergian beliau serta merakamkan penghargaan terhadap kemuliaan penderma dan seluruh ahli keluarga atas sumbangan terhadap pesakit yang memerlukan.
Beliau turut mengingatkan orang awam yang ingin menderma organ agar mendaftar diri sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera.
Selepas Dapat Sumbangan Organ
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini. JKNS menyeru orang ramai agar menjadikan kemuliaan para penderma organ dan keluarga mereka sebagai teladan.
“Pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera”, Rose Nani menambah.
Berdosa, bertentangan dengan ajaran islam. ‘Wanita dua suami tinggal sebumbung dihalau penduduk.’
Terang lagi bersuluh, perbuatan ini menyalahi ajaran agama Islam. Apalah yang merasuk fikiran mereka bertiga hingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.
Ketua Bidang Dakwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Cholil Nafis menegaskan wanita yang mempunyai dua suami atau mengamalkan poliandri adalah haram di sisi Islam.
Malah, menurutnya juga sesuatu perkara yang haram adalah berdosa dilakukan kerana bertentangan ajaran Islam.
“Poliandri haram dan tidak sah nikah yang kedua,” katanya.
Bertentangan Dengan Ajaran Islam
Kisah seorang wanita yang mempunyai dua suami tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.
Video bertajuk ‘Ibu Haji Cantik Memiliki Dua Suami Tinggal Serumah Tetap Harmoni’ itu dimuat naik dalam saluran YouTube @KiBungsuKawangi.
Ki Bungsu Kawangi dirakam menemu bual wanita dikenali sebagai Ibu Siti dan dua suaminya, Pak Somad serta Pak Abdul yang tinggal serumah.
Wanita Dua Suami
Mereka dikatakan mencari rezeki bersama-sama dengan mengusahakan sebuah warung dan kedai runcit gas.
Selain itu, mereka mengaku hampir dihalau penduduk kampung kerana mengamalkan poliandri dan tinggal serumah.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...