Taubat Diterima Allah, Ini Tanda-Tandanya

Share

Kita semua insan yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa sama ada kecil atau pun besar. Bahkan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil, kita disuruh segera melafazkan istigfar, memohon keampunan Allah di atas setiap dosa tanpa sedar kita lakukan. Dan kita juga bukan makhluk suci yang bersih dari dosa.

Bertaubat antara solusi paling indah untuk menyucikan jiwa yang tidak tenang. Ia hubungan antara hamba dan Ya Rabb. Di saat melakukan taubat, ada ketika iman manusia turun naik dan pastinya kita mengeluh adakah taubat kita diterima Allah. Bagaimana nak tahu kalau-kalau taubat kita diterima Allah. Inilah jawapannya.

Sebelum lakukan taubat, ada lima syarat taubat. Ia mencakupi lima perkara ini iaitu:-

1. Ikhlas. Ertinya kita bertaubat kerana dorongan untuk beribadah kepada Allah.

2. Al-Iqla’ (melepaskan), maksudnya adalah melepaskan dosa yang telah kita lakukan dan bertaubat dengannya.

3. An-Nadam (menyesal), orang yang bertaubat harus benar-benar menyesali dosa yang dia lakukan.

4. Al-Azm (tekad). Orang yang bertaubat harus memiliki tekad untuk tidak mengulangi kembali dosanya.

5. Taubatnya dilakukan sebelum tertutupnya pintu taubat iaitu di saat ruh sudah ada di kerongkong atau matahari telah terbit dari Barat.

Dan jika dosa itu melibatkan kezaliman kita sesama manusia, ia kita harus bertemu ornag tersebut, bertemunya dan nyatakan dosa kita di mana ia harus diselesaikan secara berdepan. Dan jika orang tersebut sudah meninggal dunia, sentiasalah terus memohon keampunan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Ketika enam unsur di atas sudah dilakukan dan dirinya bertaubat, maka taubatnya sah. Diterima atau tidak, ia hak Allah taala. Walallahualam. Dan sentiasalah berdoa agar taubat kita itu diterima Allah dan sentiasalah memperbanyakkan amal soleh.

Allah itu bersifat Maha Pengasih di mana Allah ajarkan agar mereka yang bertaubat mengiringi perbuatan taubat itu dengan berbuat ishlah (memperbanyakkan amal kebaikan). Di antaranya, firman Allah, “Kecuali orang-orang yang taubat, sesudah (kafir) itu dan melakukan kebaikan. Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. Ali Imran: 89).

“Mengadakan perbaikan atau melakukan kebaikan” bererti berbuat baik untuk menghilangkan sifat buruk kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ini.
Allah juga berfirman, “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. An-Nur: 5).

Bagaimana nak tahu taubat kita diterima Allah?

Dan di antara tanda taubat seseorang itu diterima ialah adanya amal soleh yang dilakukannya selepas itu. Hasan al-Bashri mengatakan, “Bahagian dari balasan kebaikan adalah kebaikan setelahnya.”

Ketika orang yang telah bertaubat, dia semakin dekat dengan syariat, semoga ini tanda taubatnya diterima oleh Allah.

Dan apa yang penting untuk terus memperkukuhkan iman, bagi anda yang telah bertaubat, duduklah dalam kelompok orang-orang alim dan baik. Ini kerana biasanya, insan-insan baik ini akan saling ingat mengingati kita untuk tidak kembali melakukan dosa yang pernah kita taubat itu. Sumber : konsultasisyariah.com

Published by
almaswa Haji Che Ros