Tengah-tengah solat tiba-tiba terlupa bilangan rakaat, apa perlu buat? Kadang-kadang ada di kalangan kita yang fikirannya menerawang dan akhirnya tanpa sedar dia terlupa berapa rakaat sudah dia dirikan solat.
Jika kita solat dan tidak cukup rakaat sama ada diingatkan atau kita ingat sendiri, apa yang perlu kita lakukan? Wajib ke solat semula atau hanya tambah rakaat yang tertinggal.
Ikuti penjelasan Ustaz Riza berkaitan isu ini dan bagaimana caranya untuk menyempurnakan solat tersebut.
Kadang-kadang bila solat, kita tidak tahu atau terlupa kita sedang lakukan rakaat ketiga atau empat. Dalam masa yang sama rasa solat kita sudah cukup rakaat, rupa-rupanya kurang satu rakaat.
Pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw, ketika itu sama ada waktu solat asar atau zohor, baginda hanya lakukan solat dua rakaat sahaja. Selesai solat rasulullah terus bangun dan keluar.
Kemudian apabila ada sahabat nabi menegur, dia terus lengkapkan rakaat yang tertinggal. Kemudian ditutup dengan sujud sahwi.
Ads
Tiba-Tiba Terlupa
Isunya di sini, jika kita berdepan dengan situasi terlupa atau tertinggal bilangan rakaat dalam solat, apabila kita ingat atau diingatkan maka kita tambahkan rakaat yang tertinggal tadi.
Cara kedua pula, jika kita sedang solat dan kemudian keliru atau rasa was-was dengan bilangan rakaat. Ambil saja yang minimum, kemudian cukupkan rakaat.
Bilangan Rakaat, Apa Perlu Buat?
Kenapa Nabi suruh kita melakukan sujud sahwi bila terlupa rakaat solat kerana sujud sahwi itu adalah satu penghinaan kepada syaitan yang menggangu konsentrasi kita ketika solat.
Begitulah juga situasinya jika kita terlebih rakaat, kita tutup solat dengan sujud sahwi selepas memberi salam.
Menghilangkan wang yang diamanahkan untuk infak, wajib ganti semula jika cuai apatah lagi kita dilantik sebagai pemegang amanah seharusnya kita menjaga wang tersebut sebaik mungkin.
Seseorang yang amanah akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan janji mereka, oleh sebab itu memang berat tugas serta tanggungjawab seorang pemegang amanah.
Ikuti kemusykilan tentang isu ini yang diutarakan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Seorang lelaki telah berhutang dengan arwah ayah saya dan melangsaikannya kepada kami sekeluarga sebagai ahli waris. Setelah itu, kami bersepakat untuk memberi bahagian harta pusaka masing-masing daripada jumlah bayaran hutang tersebut untuk disedekahkan bagi pihak ayah saya.
Wang tersebut diamanahkan kepada saya dan berada di dalam simpanan saya, akan tetapi saya telah lupa tentangnya. Setelah lebih setahun, saya dapati wang tersebut hilang dan mengesyaki ia telah dicuri oleh tukang membersih rumah.
Adakah saya wajib mengganti semula bahagian harta setiap adik-beradik saya? Mohon penjelasan?
Diamanahkan Untuk Infak
Jawapan:
Para ulama mendefinisikan harta pusaka sebagai semua yang ditinggalkan oleh si mati daripada jenis harta, hak dan manfaat. Jika seseorang berhutang dengan si mati, maka barangan atau wang yang dipinjam itu adalah termasuk dalam harta si mati walaupun berada di tangan peminjam.
Justeru ia wajib dikembalikan semula kepada ahli waris sebagai harta pusaka kerana pemilikan si mati sudah beralih kepada para waris.
Seterusnya, jika seseorang ahli waris ingin menyedekahkan harta peninggalan si mati yang merupakan bahagian ahli waris yang lain, dia wajib meminta izin ahli waris tersebut terlebih dahulu kerana harta peninggalan itu merupakan milik pewaris dan dia berhak untuk menyimpan bahagiannya.
Merujuk kepada persoalan di atas, ahli waris bersepakat ingin menyedekahkan bahagian harta pusaka mereka bagi pihak si mati, namun harta tersebut hilang di tangan orang yang diamanahkan sebelum sempat mengagihkannya.
Menurut Imam al-Nawawi, menjaga dan menyimpan harta milik pihak lain adalah merupakan satu amanah dan sekiranya ia rosak atau hilang, maka si penjaga atau penyimpan tidak perlu menggantinya semula kecuali jika ia berlaku atas kecuaian dirinya.
Wajib Ganti Semula
Selain itu, al-Buhuti berkata:
الوكيل أمين، لا ضمان عليه فيما تلف في يده، من ثمن ومثمن وغيرهما، بغير تفريط ولا تعدٍّ) لأنه نائب المالك في اليد والتصرُّف، فكان الهلاك في يده كالهلاك في يد المالك
Maksudnya:
“Tiada ganti rugi yang dikenakan bagi sesuatu yang rosak di tangan seorang wakil yang amanah dan tidak bersikap cuai. Ini kerana dia dikira mengambil tempat pemilik dalam urusan simpanan dan transaksi, sebarang kerosakan di tangannya adalah sama seperti kerosakan yang berlaku di tangan pemilik.”
Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa terdapat beberapa perbuatan yang dianggap kecuaian, antaranya termasuklah:
1. Meminta orang lain menjaga harta atau barang jagaan tanpa sebarang keperluan dan tanpa izin pemilik harta.
2. Bermusafir dengan membawanya tanpa keperluan.
3. Tidak memulangkan harta atau barang jagaan tersebut kepada pemilik ketika dia tidak mampu menjaganya.
4. Memindah-mindahkan harta atau barang jagaan yang diamanahkan.
5. Menggunakan dan mengambil manfaat daripada harta atau barangan yang dijaga.
6. Tidak menjaga harta atau barang jagaan seperti yang dinasihatkan oleh pemilik. Sebagai contoh, pemilik harta meminta supaya hartanya diletakkan di dalam bekas yang berkunci, namun si penjaga tidak melakukan sedemikian kemudian harta tersebut hilang. Justeru, wajib ke atas si penjaga untuk menggantinya semula.
7. Berlaku pengabaian yang menyebabkan kehilangan atau kerosakan.
Jika Cuai
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa dalam kes ini, orang yang diamanahkan untuk menyimpan harta tersebut merupakan wakil bagi pihak pemberi sedekah yang lain dan bertanggungjawab melaksanakan apa yang diminta oleh pemilik harta, iaitu menginfakkan bahagian harta mereka bagi pihak ayah mereka yang sudah meninggal.
Namun si penjaga tidak menyegerakan infak tersebut dan kemudiannya lupa bahawa harta yang ingin diinfakkan berada dalam jagaannya dan didapati hilang.
Justeru, wajib ke atas si penjaga untuk menggantikan semula harta yang hilang walaupun ia dicuri melainkan jika pemilik-pemilik harta tersebut memaafkannya. Hal ini kerana jelas berlakunya kecuaian dan pengabaian daripada pihak yang diamanahkan.
Kashoorga: Semoga pemegang amanah ini menemui jalan terbaik untuk menyelesaikan masalahnya.
Namanya mula jadi tular apabila melukis mural gergasi memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Uncle Roti yang pada dinding sebuah bangunan di balik Pulau, Pulau Pinang.
Tidak seperti orang lain, pelukis muda, Mohd Amir Andhar Abu Samah, 26 tahun, ini nyata mempunyai trademark tertentu untuk menghasilkan lukisan bermutu tinggi.
Lukisan Uncle Roti yang viral.
Jika pelukis lain akan menghasilkan lukisan yang sempurna tetapi tidak baginya. Setiap lukisan dihasilkan terdapat sedikit ‘kecacatan’ di bahagian mata potret dihasilkan dan ia mempunyai maksud tersendiri.
Dalam artikel di Mstar, Mohd Amir memberitahu dia berbuat demikian kerana ingin mematuhi syariah Islam yang melarang lukisan potret seakan-akan hidup.
Mohd Amir atau dikenali dengan Andharas.
Kata Andharas, kesemua hasil kerjanya yang berdasarkan figura adalah begitu kerana sebagai orang Islam dia bimbang hasil seninya itu menjadi pujaan sehingga jatuh kepada dosa.
“Mana-mana pun saya akan buat begitu… Saya akan cacatkan sedikit bahagian mata kerana itulah yang akan membuatkan lukisan nampak hidup.
“Seboleh-bolehnya dalam berkarya juga saya mahu mengikut seni di dalam Islam itu kerana tidak mahu apa dilakukan jatuh sebagai dosa,” ujarnya yang berasal dari Melaka.
Lukisan ‘cacat’ pada mata setiap potret ada makna tersendiri.
Dia yang minat melukis dari kecil dan kemudiannya penyambung pengajian bidang Seni Halus di UiTM Alor Gajah Melaka. Minatnya melukis itu diwarisi daripada bapanya yang juga pemilik bengkel cat kereta.
Karya terbaru Amir atau dikenali dengan nama Andharas adalah lukisan potret pemain bola sepak legenda, Datuk Hassan Sani di dinding Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Karya terbaru, potret Datuk Hassan Sani Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Sebenarnya pemakaian braces atau pendakap gigi adalah dibenarkan jika memenuhi keperluan seperti sukar mengunyah makanan dan hilangnya keyakinan bila berkomunikasi.
Namun begitu, tak dinafikan dalam masyarakat kita ramai yang suka memberatkan isu memakai braces ini. Apa lagi bila si pemakai braces meninggal dunia. Begitulah juga isunya dengan wanita yang mewarnakan kuku, warnakan rambut serta yang bergigi emas.
Bagi yang kurang pengetahuan agama selalunya meminta pengurus jenazah tanggalkan braces atau potong rambut yang diwarnakan. Sedangkan tiada saranan dalam agama untuk berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan dan hadam baik-baik apa yang dijelaskan,
Soalan:
“Saya ada soalan, kalau orang Muslim memakai braces (pendakap gigi). Kemudian, katakanlah tiba-tiba dia meninggal dunia dan ada braces ni.
‘Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ya? Mereka kena panggil doktor gigi untuk buka (tanggalkan) braces orang meninggal itu atau macam mana ya?”
Begini Caranya
Sebenarnya, hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Nak Uruskan Jenazah Muslim
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Pakai Pendakap Gigi
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia ketika masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...