Pada usia 40 tahun ramai yang terlalu fokus mengejar hal keduniaan malah tanpa bersalah meninggalkan kewajipan yang perintahkan Allah SWT demi mencari kebahagiaan di dunia.
Sedangkan pada usia yang fasa kematangan seseorang itu boleh menilai tentang kebaikan, keburukan, jalan yang benar dan sebalik. Ramai juga yang mungkin tidak tahu usia 40 tahun ini juga ada disebut dalam al-Quran.
Perkara ini dikongsi oleh Farid Zaki dalam satu hantaran beliau yang boleh dijadikan pengajaran dan ingatan untuk kita yang memasuki fasa usia ini.
Ramai tidak sedar tentang usia 40 tahun disebut alam al quran
Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” Al Ahqaf: 15
وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله – عز وجل – ويعزم
عليها.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta’ala.
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? Al Fathir: 37
عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :
” Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan
Ads
( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.
عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .
Masruq berkata :
” Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla “.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.
Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
Ads
عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun”. HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:
من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.
( قيل للشافعي – رحمه الله – : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )
Justeru…apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun…
Golongan yang suka belanja orang lain makan memang murah rezeki mereka. Makin banyak bersedekah makin banyak dan berganda rezeki dan pahala yang mereka akan dapat. Sikap pemurah untuk memberi kawan makan minum dan seumpamanya adalah sikap yang mulia dan dituntut Islam. Sikap pemurah lawannya kedekut. Pemurah menjadikan seseorang itu dikasihi dan dimuliakan.
Bukan semua orang mempunyai sahsiah sebagai seorang pemurah. Pemurah dalam Islam bukan sahaja dari aspek wang ringgit tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan, senyuman dan bantuan kudrat seseorang kepada orang lain yang berada di sekitarnya.
Melalui perkongsian Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff di laman Facebooknya, beliau berkongsi perlu menjauhi sifat kedekut belanja orang lain makan.
Jangan terlampau kedekut untuk belanja orang makan
Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.
[Sahih Muslim ]
INILAH PAHALA DAN KEUTAMAAN MEMBERI MAKAN ORANG LAIN
1) Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thobroni)
2) Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Raslulullah, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam agama Islam? Maka Rasulullah menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)
3) Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari baghaian luarnya.” Lantas seorang arab Baduwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang sentiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia pada tidur.” (HR. Tirmidzi: 1984)
4) Nabi bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah).
5) Nabi bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)
6) Nabi bersabda, “Ada seorang wanita penzina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sebuah perigi sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.” (HR. Muslim: 2245)
Imam Ibnu Hajar mengatakan, “Jika dengan memberikan minum pada anjing boleh mendapatkan pengampunan dosa maka memberi minum pada manusia tentu pula akan mendapatkan pahala yang besar.” (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari 5: 42)
Sumber: Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff dan dakwah.net
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat ialah amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT, sekali gus kewajipan kepada setiap Muslim yang difardukan pada tahun kelima sebelum Hijrah.
Pentingnya solat kepada setiap Mukmin terlihat pada al-Quran itu sendiri yang membicarakan solat tidak kurang 100 ayat.
Antaranya firman Allah SWT: “Benar-benar sangat beruntung orang yang beriman, yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.” (Al-Mukminun: 2)
Sudah pasti solat fardu yang kita kerjakan tidak pernah sempurna, malah jika kita merasakan solat dikerjakan sempurna, maka ia tanda ketidaksempurnaan dan berkemungkinan amalan itu ditolak.
BUAT IBADAH PERLU IKHLAS
Tidak ada yang sempurna melainkan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Justeru, Allah SWT menyediakan mekanisme untuk menutup kekurangan ibadat dengan mendirikan solat sunat.
Hakikatnya meskipun difardukan mendirikan solat lima kali sehari, kita masih lalai dan alpa hingga memerlukan solat sunat untuk menyempurnakan ibadat kita. Solat fardu itu umpama hadiah yang ingin dipersembahkan di hadapan Allah SWT sementara sembahyang sunat seperti balutan memperindahkan kotak hadiah.
Namun apa yang penting dalam mengerjakan solat sunat ialah keikhlasan kerana kunci kita menjadi Mukmin yang dikasihi Allah SWT. Solat dhuha sering dikaitkan dengan rezeki hingga ramai yang percaya mengerjakannya adalah untuk menjadi kaya.
Namun apakah kita melakukannya semata-mata tujuan itu? Kita boleh mengharap rezeki daripada Allah SWT, tetapi cuba tanya diri sendiri apakah kita ikhlas melakukannya. Jangan melakukannya semata-mata mengharapkan rezeki daripada Allah SWT sedangkan rezeki sudah ditetapkan sejak kita dalam kandungan sama seperti ajal, maut dan jodoh.
MELAPANGKAN REZEKI
Terdapat banyak jenis solat sunat yang boleh dilakukan dalam tempoh sehari tetapi yang menjadi kebiasaan ialah solat sunat dhuha.
Hikmah solat sunat dhuha juga disebabkan masa antara selepas waktu subuh dan zuhur yang panjang hingga Allah SWT menyediakan ruang untuk terus mengingati-Nya. Waktu dhuha bermula 30 minit selepas syuruk dan berakhir sebelum matahari tegak di atas kepala.
Solat sunat dhuha sangat sinonim dengan pengertian melapangkan rezeki. Dalam hal ini, ada hadis yang menyebut mengenai kelebihan mengerjakan solat sunat dhuha 12 rakaat.
Daripada Anas ibnu Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang solat dhuha sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga. (HR Ibnu Majah)
Adakah membiarkan pakaian bersidai pada waktu senja akan mengundang ludah daripada syaitan? Kerana kami (suami dan saya) dua-dua kerja, kadang bila sampai rumah dah senja jadi harap ada pencerahan daripada pihak Mufti. Terima kasih.
Kalau dah petang, pakaian masih belum diangkat di ampaian orang tua cukup marah. Kata mereka nanti diludah syaitan. Kita pun sampai sekarang masih mengikut kata-kata ini.
Tapi betul ke ada hadis yang mengatakan perkara ini. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini memberikan penjelasan tentang kepercayaan ini.
Tiada nas syarak
Masyarakat Islam Nusantara terkenal dengan pantang larang orang tua-tua. Hal ini bertujuan mendidik generasi muda agar dapat mempraktik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Meskipun kadang-kadang akibat daripada melanggar pantang larang itu tidak tercapai dek akal dan tidak berpijak pada bumi nyata, namun ia mempunyai nilai-nilai murni yang mampu mendidik generasi muda secara langsung mahupun tidak langsung. Unsur nilai yang diperolehi daripada pantang larang tersebut adalah pelbagai seperti sikap hormat, bersopan santun, sentiasa berwaspada, berbudi pekerti dan seumpamanya.[2]
Berkenaan dengan isu membiarkan pakaian bersidai di ampaian pada waktu senja akan mengundang ludah daripada syaitan, setelah diteliti tidak dijumpai nas syarak yang menyebutkan sedemikian.
Perkara ini boleh dikategorikan sebagai pantang larang orang tua-tua masyarakat Melayu. Rasionalnya ialah waktu senja merupakan waktu syaitan berkeliaran dan waktu tersebut sebaiknya berada dalam rumah agar tidak terkena sampuk. Perkara ini berdasarkan satu hadis iaitu Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah SWT kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.”[3] Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dalam memahami hadis ini, Imam Ibn ʻAbd al-Barr menyebut bahawa hadis ini menunjukkan perintah supaya menutup pintu-pintu pada malam hari terutama apabila tibanya senja itu adalah sunnah. Ia juga sebagai perlindungan kepada manusia daripada terkena kecelakaan atau keburukan syaitan dalam kalangan manusia dan jin.[4]
Selain itu, larangan berada di kawasan luar rumah ketika waktu senja kerana ketika itu syaitan aktif berkeliaran maka ditakuti kanak-kanak juga akan terkena gangguan daripada syaitan.[5] Bahkan pada waktu tersebut merupakan waktu kesukaan syaitan untuk menikmati kotoran dan kotoran itu kebiasaannya terdapat pada kanak-kanak.[6]
Kesimpulan
Tidak dijumpai mana-mana nas syarak yang menyebutkan membiarkan pakaian bersidai di ampaian pada waktu senja akan mengundang ludah daripada syaitan.
Meskipun begitu, hal ini boleh dikategorikan sebagai pantang larang orang tua-tua masyarakat Melayu yang bertujuan untuk mendidik generasi muda agar tidak keluar rumah di waktu senja.
Rasionalnya ialah waktu senja merupakan waktu syaitan berkeliaran dan waktu tersebut sebaiknya berada dalam rumah agar tidak terkena sampuk. Perkara ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang melarang keluar rumah ketika senja dan menyuruh supaya kesemua pintu rumah ditutup.
Panduan solat sunat taubat...Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat...