Alhamdulillah! Sekian lama terbelenggu dengan polemic solat Jumaat yang wajib ke atas lelaki, semalam negeri Terengganu dan Melaka menjadi dua negeri terawal membenarkan jemaah bersolat di saat negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan rasmi, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata kerajaan negeri Terengganu membenarkan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Bagaimana pun jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut,”katanya sambil menambah, kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tidak hanya solat Jumaat, Terengganu juga membenarkan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, masih kekal hanya 12 orang dibenarkan.
Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.
Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan sama ada di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
“Jumlah haiwan korban dihadkan kepada lima ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan.
“Jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 10 orang dan kesihatan mereka memuaskan. Aktiviti korban dan akikah perlu membuat permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh JHEAT,” katanya.
Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadat korban adalah tidak dibenarkan.
Begitu juga dengan mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sebarang aktiviti adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan, katanya.
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan iaitu masjid yang berada di bawah pentadbiran agensi itu.
Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bagi masjid kariah dan masjid institusi pula, ketetapan dibenarkan adalah 100 orang jemaah manakala untuk surau, had bilangan masih dikekalkan iaitu 50 orang.
“Jumlah maksimum bagi untuk solat fardu lima waktu berjemaah dan solat jenazah pula masih kekal 12 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Katanya, jumlah maksimum yang ditetapkan tidak termasuk pemantau daripada agensi penguat kuasa dan JAIM.
“Ahli Jawatankuasa masjid dan surau yang dibenarkan hadir diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam pekeliling JAIM Bil. 11/2021,” katanya. Sumber : Bernama
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/