‘Tergamak bunuh anak sendiri.’ Bapa ini baca Yasin 42 kali dan ayat kursi 110 kali demi tutup kekejaman yang telah dia lakukan kepada anaknya sendiri.
Benarlah bila iman tiada, apa saja boleh dilakukan. Bayangkan seorang bapa tanpa rasa bersalah ‘join’ ahli keluarga lain membaca yasin dan ayat kursi seolah-olah tiada apa-apa. Padahal dialah punca segalanya.
Bagi menutup perbuatan kejamnya, seorang lelaki Indonesia berpura-pura bimbang dan menyertai keluarga membaca surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali, sebagai ikhtiar mencari bayinya yang hilang.
Lelaki berusia 20 tahun itu juga membuat ritual menabur beras bercampur kunyit dan garam di sekeliling rumah, kononnya untuk membantu pencarian anaknya, lapor Kompas.
Hakikatnya, lelaki itu adalah dalang yang membunuh anak perempuannya berusia tiga bulan, dengan mayat ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah, Selasa lalu.
Bapa Ini Baca
Ketua RW 4 Kampung Pati Kidul, Widiantoro memaklumkan mayat bayi malang itu ditemukan polis kira-kira tiga kilometer (km) dari rumah ibu bapanya.
Ads
“Mayat ditemui selepas suspek mengaku membunuh anaknya. Kami terkejut kerana sebelum ini dia melaporkan anaknya hilang dan saya juga melihat dia berkumpul dengan keluarga membaca doa supaya anak ditemui,” katanya.
Mangsa adalah anak kedua suspek dan dia mempunyai seorang lagi anak berumur setahun enam bulan hasil perkongsian hidup dengan isteri yang masih muda.
Yasin 42 Kali
Dalam soal siasat, suspek mengaku kepada polis dia membunuh anaknya dengan menekap muka bayi itu dengan bantal.
“Saya menyesal,” katanya yang dibawa polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Pati, semalam.
Ads
Dakwanya ketika kejadian, dia bergaduh dengan isteri yang tidak selesa mereka tinggal di rumah ibu bapa suspek, selain wanita itu turut menuntut perceraian.
Ayat Kursi 110 Kali Tutup Kekejaman
Dia juga memberitahu emosinya terganggu apabila dua anaknya meragam dan menangis.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tindakan spontan menekup anak yang kecil dengan bantal hingga meninggal,” katanya.
Suspek mengaku membuat laporan polis palsu mengatakan anaknya hilang dan bersama keluarganya membaca ayat suci al-Quran dan ritual yang boleh membantu pencarian.
Ads
Penduduk kampung mengenali suspek sebagai lelaki tidak bekerja yang berkahwin muda dan masih hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.
Sebagai isteri dan ibu kepada sebuah rumahtangga, pastinya kita lelah dalam menguruskan segalanya.
Apatah lagi jika wanita itu seorang yang bekerja, keletihan jadi berganda sebaik pulang ke rumah setelah selasai urusan di pejabat.
Bukan saja menguruskan keperluan keluarga dan dalam masa sama memenuhi tuntutan batin suami.
Jika mempunyak seorang dua anak, keletihan tidak terasa. Akan tetapi jika lebih dari itu pastinya lelah sebelum mampu berehat selepas itu.
Namun sebenarnya perlu diingat, itulah tanggungjawab sebagai ibu. Kita tidak boleh mengeluh menjaga rezeki pemberian Tuhan ini.
Walau berapa bilangannya, terima dengan senang hati dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada.
Ketahuilah kehadiran anak yang ramai bukan beban sebaliknya pembawa rezeki yang kita tidak nampak.
Malah kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah ini akan mendoakan kita apabila sudah tiada kelak.
Ayuh, dengarkan perkongsian pengguna laman sosial Najmi Nawawi di Facebook ini tentang rezeki anak-anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.
Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masih terbayang kemeriahan majlis perkahwinan tatkala sah ikatan suami isteri termeterai. Kalau boleh mahu hidup bahagia di samping pasangan kita hingga ke hayat terakhir. Namun jika dia yang dipanggil dulu, siapalah kita mahu menolak takdir Illahi.
Seperti perkongsian wanita ini Riko Minoru di laman sosial Facebook yang menulis coretan meluahkan isi hatinya selepas kehilangan suami tercinta.
Menurut sepanjang bersama, keduanya telah diduga dengan pelbagai dugaan seperti tinggal berjauhan, mengalami keguguran dan paling menyedihkan apabilan insan disayangi itu meninggal dunia ketika dalam tidur.
Merupakan cinta pertama
Al-Fatihah
Datangnya arwah buat kali pertama tahun 2009 memperkenalkan diri sehinggalah sik lama ya pintu hatiku terdetik buat pertama kalinya kepada kaum Adam sehingga ku tauk rasa bercinta (chewah.. ) Ya Allah.. Indahnya masa ya, bang.
Arwahlah cinta pertama aku selepas rasul dan ahli keluarga dan dia jugalah lelaki pertama yang berani nak melamar aku jadi isteri. Lalu 05/12/2015 berlangsungnya akad nikah kami di Kuching dan terus bersanding (Kuching & Saratok). Rami yang datang memeriahkan majlis. Seronok gilak2 bersanding bersebelahan dengan abg. Cinta pertama ayg. Lelaki yang telah digelar suami. Abang.. abang.. rindunya ayg masa ya.. macam nak diulang balit jak masa..
Diuji apabila mengalami keguguran
Dalam usia perkahwinan kami yang baru, Allah uji kami di mana aku keguguran pada tahun 2017 dalam usia kandungan yang masih baru, tapi kami redha Ya Allah dan terima hakikat masa ya. ‘Kelak kita cuba lagi k yang. Jgn pkey glak. Abg ada.’, Kata2 tok la yang memberi aku kekuatan masa ya sebab arwah sentiasa berada di sisi berik kata-kata semangat. Segala urusan semuanya menjadi mudah bila abg selalu pesan ayg n sokong apa yg ayg polah lamak tok.
Cuma..masa tok ayg baruk sedar, bang. Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada jak halangan antara kita duak. Mungkin ya lah petunjuk Allah swt untuk ayg. Bersedia untuk kekal ‘berjauhan’ dengan abg. Ya Allah.. beratnya dugaan ku kali tok.. Hanya Engkau tempat aku mengadu.. Air mata sik pernah kering.. Menangis dan terus menangis.. Rindu? Nang satu kemestian.. TERSANGAT-SANGAT rindu pada arwah abg… Ya Allah.. sakitnya dada tok nahan rasa..
Benarlah kata orang, tiada siapa manusia di dunia tok yang sik pernah sik da masalah. Benar, aku pernah mengaku bahawa aku rasa sik da masalah besar yang banyak berlaku dalam kehidupan aku. Mun ada pun, Alhamdulillah, aku boleh settle kedirik.
Nazak ketika tidur disisi
Tapi..
1 Muharram 1441AH bersamaan 1hb September 2019 tepat jam 03:35 pagi, Engkau uji aku dengan satu bebanan yang tidak terhingga tanggungnya sehingga aku rasa semua tok hanyalah satu mimpi dan bila aku sedar daripada tidur, arwah masih senyum melihatku, belaiku dan pelukku seperti biasa. Namun, semuanya hanyalah bayangan semata-mata. Aku langsung sik ada kuasa nak melawan waktu. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa. Bukak jak mata kejut dengar arwah tengah nazak dalam tidur rupanya disisi. Mula aku fikir sesak nafas. Tapi yalah sebenarnya 3 hembusan nafas terakhir sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugas untuk menarik nyawanya. Ya Allah, sungguh aku tidak kuat masa tok. Bergegar seluruh tubuh. Di goncang beberapa kali tubuh, namun langsung tiada reaksi daripada arwah. Syukur otak masih dapat berifikir. Tunggah kesemua ahli keluarga then hantar arwah terus ke emergency Hospital Saratok.
Mulai 03:50 pagi, bantuan CPR dipolah beberapa kali. Aku ulang alit keluar masuk dari pintu emergency mengharapkan ada keajaiban berlaku. 15 minit selepas ya, dengar perbualan bersama dengan salah seorang petugas, memaklumkan nadi sudah ada tapi respon belum ada. Usaha ditingkatkan lagik. Dalam masa tok, kmk sekoga terus rasa lega tapi doa tidak pernah putus di bibir supaya arwah kembali memberi respon. Kakak dan abang ipar masih teruskan dengan bacaan yaasiin. Dengan perasaan sedikit lega tadik, aku terus ke tandas dan terus ambik kesempatan untuk berwudhuk.
Doktor beritahu dia sudah tiada
Balit jak dari tandas menuju ke pintu emergency, terus nangga bapak mertua tengah bercakap dengan doktor. Aku pun terus melajukan langkah mengharapkan berita baik untuk didengar. Excited abis masa tok. Dalam palak, dah imagine abg mula berik respon and senyum pada ayg n ahli keluarga lain.. Lebih 30 minit dah bantuan diberik untuk abg..
Tapi.. lain yang dijangka..
“Sebelum tu, saya nak beritahu awak sesuatu. Dia tiada lagi.” Ayat kedua yang keluar daripada seorang doktor selepas nanyak gney kondisi arwah sebelum di hantar ke emergency. Ya pun doktor potong ayat aku sebelum habis ku nak explain. Ku pun jadi blur pada mulanya.
“Haa??” Tanyak ku balit.
“Dia dah TIADA lagi. Awak FAHAM tak DIA TIADA LAGI. TIADA lagi.” Ayat tok la membuatkan aku jadi dendam pada seorang doktor yang langsung tiada etika dalam menyampaikan berita. Ditambah lagi dengan berita yang diterimak ya. Fikiran, emosi, fizikal semuanya menjadi lemah saat kata-kata ya keluar dari mulut doktor. Secara automatik, tangan cuba nak menyambar tudung doktor and nak cekik2 jak. Tapi nasib doktor bagus malam ya sebab aku ditahan oleh ahli koga. Aku terus rebah dan sik berdaya gk. Wajah abg dalam bayangan. Ya Allah, ujian apa yang Engkau berik ngan aku masa tok.. Sungguh aku sik kuat.. Sungguh aku perlukan arwah masa ya.. Belum sampey sehari aku luangkan masa dengan arwah selepas berminggu-minggu sik jumpa, Engkau dah tarit nya dari aku. Sakit dan TERSANGAT sakit..
Melihat dia diselimuti kain putih
Masuk dalam emergency, nangga tubuh abg dah diselimut dengan kain putih. Fikiran aku hanya teringatkan semua yang berlaku tok hanya mimpi jak.. Aku cuba kuatkan tenaga juak. Kejutkan abg dari ‘tidur’. Sebab abg dah janji nak jalan sama2 dengan ayg ke Belawai. Luangkan masa bersama sebab kita baruk bertemu lepas berminggu-minggu sik jumpa. Tapi abg tetap sik berik apa2 respon. Abg masih juak dalam ‘tidur lena’nya.. Ya Allah, sumpah ayg perlukan abg gilak2.. Jangan tinggalkan ayg sorg dirik. Ayg sik kuat bang. Ayg sik kuattttt..!!
Benar, ya lah perasaan dan keadaan bila org yang paling kita sayang sik ada lagi di dunia bersama dengan kita buat selama-lamanya. Memang boleh jadi gila sebenarnya. Dan aku hampir-hampir nak ke arah ya. Nauzubillah min zalik.. Memang aku ngakuk, pada mulanya aku memang sik redha dengan pemergiannya. Sebab kmk 2 dah janji nak sama-sama luangkan masa bersama di Belawai. Dan aku maok arwah tunaikan janji ny juak masa ya.
Kali ke-2, cubaan nak bangunkan abg gk dari ‘tidur’ lepas tubuh abang dah dihantar balik ke rumah pagi ya oleh pihak hospital. Aku peluktubuhnya. Mengharapkan abg pelukayg balit dan senyum ngan ayg. Tapi, semua ya masih berterusan. Abg sik juak berik respon. Aku pelukkuat agik sambil meraong menangis. Mohon abg cium dahi ayg, pelukayg, dan tunaikan janji abg. Makin kuat pelukan makin ya orang cuba nak tarit aku dan leraikan pelukan aku dengan tubuh abg. Aku sik redha!! Aku maok abg berik responn!! Tapi semua orang cuba tarit aku dan lepaskan abg dari pelukan kuat ya. Aku cuba bertahan juak dalam pelukan tapi kekuatan aku sik sekuat yang ku sangka. Bila pelukan terlerai, ayg nangga abg terus berjalan jauh dengan pakaian putihnya. Abang berjalan terus jauh tanpa pandang belakang gk. Sampey ati abangg!! Makin aku meraong sebab aku sik maok ditinggal sorang2 oleh abg.. ABANGGG!! Balit ctok bang.. pelukayg.. ayg sik kuatttt bangg!! Ya Allah.. aku doa semua yang berlaku tok hanya dalam mimpi jak.. aku mohon, Ya Allah..
Menjerit panggil namamu dalam mimpi
Aku rasa muka ku basah dah. Secara perlahan pandangan jadi gelap segelapnya. Yang ku dapat nangga diri aku tersungkur lemah memandang ke arah tempat abg berjalan. Fikiran masih mengharapkan semua ya mimpi. Sik lamak lepas ya, muka abg muncul lagik depan ayg. Wajah abg memandang ayg penuh sayu. Ya Allah, aku cuba nak sambut abg. Tapi aku sik berdaya gik. Dah selemah-lemahnya. Yang mampu aku polah adalah menjerit nama abg.. abanggg!! Tapi, sekali lagik aku rasa muka ku basah dan sekejap petir jak muka abang tetiba hilang dari pandangan. Aku mula mencari-cari gk. Abangggg!!! Balit gik bang.. sambut ayang ctok.. ayg dah sik terdaya agik nak tanggung semua tok. Ya Allah!! Kau bukalah mataku. Kau tukarkan semua tok jadi mimpi.. Aku sik kuat Ya Allah!! Tolong akuuu..!!
Tapi, bila aku bukak mata, ternyata semua yang berlaku bukanlah mimpi. Semuanya adalah benar!! Abang memang dah ‘pergi’ jauh dolok dari ayg. Abang pergi dengan satu pesanan. Abang pergi dengan satu pelukan terakhir untuk ayg malam ya. Banggg.. ayg rindu abang gilak2.. Ya Allah, kenak aku dipilih dalam ujian seberat tok.. Bantu aku Ya Allah!!
Bang, kinek tok, abg sik ada lagi di sisi untuk ayg. Ya Allah.. Abg sentiasa berpesan ngan ayg supaya sentiasa jaga dirik. Sentiasa hati2 dalam apa juak urusan. InsyaAllah bang, ayg akan sentiasa ingat semua pesanan abg. Ayg rasa bulak sebab abg dolok yang ‘pergi’ dari orang lain. Sehingga ayg pernah terfikir Tuhan sik adil pun untuk ayg. Allahuakbar! Sungguh aku berdosa besar.
Bercakap dengan bayangan arwah
Dari hari pertama sehinggalah hari ke empat, fikiran aku yang sik berapa waras semakin pulih. Cuba untuk menghapuskan semua bayangan abg. Setiap apa yang aku polah, aku dapat rasakan arwah sentiasa memerhati dan senyum padaku. Sampey aku rasa aku bercakap dengan bayangan arwah. Walaupun pada hakikatnya, semua ya adalah mainan syaitan jak. Sakit memang tersangat sakit untuk ditanggung. Tapi aku percayak, Allah akan kurniakan aku kekuatan, keimanan, dan ketenangan sepanjang proses pemulihan tok.
Syukur pada Allah swt, aku mula sedar sikit demi sikit, hilangnya seorang insan yang aku hormati dan paling disayangi, tapi Allah swt kurniakan aku dengan berpuluh-puluh dan beratus-ratus insan lain yang sentiasa berada disamping kami sekeluarga bermula dari hari pertama hingga sekarang. Ktk org sentiasa berik nasihat dan sokongan. Sik putus-putus. Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku sebuah keluarga dan keluarga arwah yang sangat penyayang juak. Mereka banyak tolong aku. Iman aku sik sekuat yang aku jangka selama tok. Tapi aku sentiasa mohon dan berdoa, agar aku sentiasa diberikan kekuatan dan keimanan untuk menghadap semua tok. Memang benar, pemulihan tok ambik jangka masa yang lamak. Sampey kinek aku rasa memang belum stabil. Tapi keredhaan dengan pemergian arwah, aku dah pasrah, Ya Allah.. Aku redha.. Semua tok rancangan yang Di Atas. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Akan menyusul kemudian
Yang hidup pasti akan mati. Ayg akan menyusul kemudian bang. Ayg akan pegang semua amanat abg sementara masih di dunia tok. InsyaAllah bang.. Ayg cuba teruskan hidup tanpa abg di sisi.. Sangat sukar. Sangat susah. Dan sangat SAKIT nak lalui semua tok.. Tapi aku akan terus mencuba.. Aku yakin padaMu, Ya Allah.. Aku yakin pada rancanganMu.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya..
Coretan daripada ayg buat abg di ‘sana’ yang telah meninggalkan ayg dan yang lain-lain.. Hari ke-10.. 10 Muharram 1441AH, 10hb September 2019.. @22:49
Perkongsian wanita ini yang begitu rindukan arwah suaminya ini telah mengundang simpati netizen. masing-masing memberikan kata-kata semangat padanya.
Roslinda Abdullah Salam takziah…semoga Arwah suami ditempatkan dlm golongan hambaNya yg Soleh..dan buat Riko Minoru Nama Kami semoga kamu tabah dgn ujian ini..kamu insan yg hebat..
Dzaf ZurianaAl Fatihah.. sabar jak mampu kmk mdah sheila.sebab hkikatnya benda tok memang berat utk org yg berhadapan dgn ujian tok. Kmk org ada,kmk org x tinggalkan ktk sorg d ofis. Allahu..berat nya ujian bila sblm kejadian ktk mdah kmk lamak dh ktk sik balit.org pjj jak faham perasaan ya.
Nur Andi Syahmisemoga kitak trs kuat lala..sabar lala…kmk tauk ujian tk ng berat..kuatkan semangat kitk…moga arwah tenang d sinun….kitk jaga dirik kitk juak lala..kmk baca coretan kitk tk…ng laju aik mata kmk gugok…kmk tauk ng skit ilang org yg kita syg..byk2 kan sabar dan terus redha dengan pemergian arwah….
Ain SyafiqSalam takziah kak. Semoga Allah berik ktk kekuatan utk melalui dugaan ni
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...