Sepucuk surat yang viral di media sosial ditujukan buat barisan frontliner dari seorang pengetua madrasah sangat menyentuh hati.

Memberitahu mengenai saringan yang dilakukan ke atas anak-anak yatim piatu di sini bagi mengenal pasti COVID-19.

Ternyata walaupun mereka penat bekerja, tetapi masih ada masa melayan anak-anak yatim yang menjalani saringan berkenaan.

Surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan petugas di ketua Dr Amirah yang sudi datang dan melayan anak-anak yatim ini dengan baik.

Ayuh, ikuti perkongsian surat yang sangat menyentuh hati ini.

Buat Dr Amirah dan krew dari KKM.

Kali ini kami berdepan dengan pegawai kesihatan sendiri di Madrasah Hashimiah. Saringan pertama sudah dilakukan, dan kali ini saringan kedua.

Dr Amirah sendiri hubungi pejabat Madrasah Hashimiah. Seribu satu soalan mengapa KKM mahu datang sendiri ke madrasah. Adakah kerana ada anak-anak Madrasah Hashimiah itu disaring positif?

Ads

Bila Dr Amirah tiba di Madrasah Hashimiah, katanya perlu saring sekali lagi. Kami turutkan dan sediakan kerusi dan meja. Beliau juga minta bantuan untuk panggil komuniti pelarian yang lain yang dalam senarai mereka untuk disaring sekali lagi.

Saya perhati sahaja doktor dan krew ini bekerja. Mereka terpaksa pakai ppe seperti plastik berlapis-lapis. Nampak seperti tidak selesa, lagi-lagi bila berpeluh. Tetapi mereka pakai juga. Barangkali itulah sop nya.

Saya lihat bagaimana mereka melayani anak-anak madrasah. Yang tinggal sekarang hanya anak-anak yatim, mereka tiada ibu bapa atau penjaga.

Biar pun krew KKM ini datang sendiri ke madrasah, mereka layan anak-anak madrasah dengan lembut sekali. Seolah-olah anak mereka sendiri. Krew lelaki pun begitu. Mesra sekali layanannya.

Sakit sikit ya nak ambil darah ni. Adik dah makan? Kata krew KKM. Sedar-sedar darah diambil. Mereka cuba buat selembut habis dengan anak-anak Madrasah Hashimiah.

Ads

Saya percaya mereka sudah bertugas hampir setiap hari. Mendedahkan diri kepada ancaman Covid-19. Penat, keletihan itu sudah pasti. Esok mungkin mereka terpaksa bertugas di tempat lain pula. Tapi macam mana keadaan sekalipun, mereka tetap layan anak-anak madrasah dengan baik.

Alhamdulilllah keputusan darah antibodi anak-anak madrasah semua negatif. Kami di madrasah hanya mampu ucapkan terima kasih. Dan mendoakan mereka agar sentiasa dilindungi dari ancaman virus corona ini.

Terima kasih buat staf KKM kerana sudi datang dan layan anak-anak yatim kami dengan sangat baik. Moga Allah rahmati kerja kalian semua… ♥️

Pengerusi
Madrasah Hashimiah

Ads

“Terima Kasih KKM Layan Anak-Anak Yatim Ini Dengan Baik. Moga Allah Rahmati Kerja Kalian” – Surat Terbuka Buat Frontliner Dari Pengetua Madrasah

Perkongsian ini juga mendapat perhatian dari warganet. Masing-masing mengucapkan tahniah kepada petugas yang sangat ikhlas dalam menjalankan tugas diberikan.

ANissa RahMan Alhamdulilah…terima kasih petugas kesihatan kerana masih kuat utk jalankan tugas..dan pihak madrasah kerana bekerjasama memudahkan urusan

أدريان دارين Alhamdulillah…terima kasih semua bagi kerjasama pada KKM…Begitulah layanan staff KKM sebenarnya, Utamakan nyawa orang awam. Tahniah KKM. You do the best job. May Allah blessed you, guys!

Ita Yusof Semoga ank2 ini sentiasa berada dlm lindungan Allah..dicurahkan rezeki yg barokah dan beroleh rahmat dr Allah…dunia dan akhirat…Aamiin Ya Allah…

Roselina Abu Hassan Ya allah terharu sungguh tengok kecik2 cam ni dah jadi anak yatim but at the same time bangga sbb mereka sedang belajar ilmu alquran… moga sentiasa dibawah lindungan allah

Nans Man *Kami rkyt Mlysia bbgga dgn kcekalan pasukan frontliner kt.. Moga Allah swt slmtkn mreka dn kt smua…

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI