Sebaik lafaz ijab dan kabul itu sah, maka ikatan suami isteri juga termeterai. Setiap pasangan bukan sahaja berkahwinan dengan pilihan dicintai, tetapi juga turut berkahwin dengan seluruh anggota keluarga.
Jadi hubungan dengan mentua perlu rapat dan baik kerana mereka juga menjadi sebahagian ahli keluarga. Sayangi dan hormatilah mentua seperti mana kita menghormati kedua bapa sendiri.
Pengasas Kosmetik dan Jamu, Bonda Rozita Ibrahim yang dilihat begitu rapat dengan menantunya, Datin Seri Shahida yang merupakan isteri kepada Jutawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.
Hubungan mereka sangat baik, malah baru-baru ini kedua-duanya juga dilihat mengerjakan ibadah haji bersama-sama.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Bonda Rozita memberitahu menantunya itu bukan sahaja berperanan sebagai menantu, tetapi juga sahabat baiknya yang sangat sabar menempuh pelbagai ujian.
Biarpun antara kedua-duanya tiada pertalian saudara, tetapi Bonda Rozita memandang tinggi dan begitu memuliakan wanita itu sebagai ibu kepada cucu-cucunya.
Sebagai menantu, Datin Seri Shahida juga turut membalas komen pada posting berkenaan dan berkata beliau berterima kasih dan juga turut memberitahu amat menyayangi ibu mentuanya itu dunia akhirat.
Ternyata saling memuji antara satu sama menjadi rahsia ukhwah antara keduanya yang kekal utuh terjalin.
shahidadherbs terima masih mak @bondarozitaibrahim sayangkan saya…..saya sayang mak juga dunia dan akhirat
eida_ara Beruntungnya dapat ibu mrtua mcm puan
azlizasupian Amin….teguran yg cukup baik…. insyallah org yg baik….akan dibalas dgn kebaikan selamanya…. Sabar…dan sabar
datin_lily Bagus mak mertua ni.. menantu puan pun penyabar orang nya..
enni_ahmad_nazari Dua dua cantik n baik… Moga trs istikhomah ya