“Terima Kasih Ya Allah Kau Kirimkan Seorang Insan Yang Sempurna, Terpuji Sifatnya & Dikasihi Semua” – Luah Datin Alyah

Share

Semalam merupakan Sambutan Maulidur Rasul untuk junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menititpkan ucapan dan berselawat kepada baginda Rasulullah.

Salah seorangnya adalah penyanyi Datin Alyah turul berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasulullah menerusi akaun Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: “Maafkan Saya Buat Anda Lalai Dengan Pencipta Selama 20 Tahun Ini. Moga Allah Terus Beri RedaNya….” – Alyah

Alyah turut menyifatkan keperibadian bağında sebagai satu sifat yang sangat terpuji.

“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.

“Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…

“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…

“Beliaulah insan dgn sifat terpuji dan dikasihi semua.Beliau sentiasa merindui umatnya walau pun tidak pernah bertemu ya Allah swt syahdunya.

“Baginda Rasulullah SAW…

Salam Maulidur Rasul & Selawat ke Atas Baginda Rasulullah SAW…

Ternyata perkongsian Alyah ini turut mendapat respon baik daripada warganet. Rata-rata turut bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Alyah.

Artikel Berkaitan: “Saya Minta Maaf, Saya Juga Manusia Hari-Hari Buat Dosa. Moga Allah Ampunkan Dosa Kita” – Pinta Alyah Sempena Aidiladha

Kredit Foto: Instagram Alyah

Published by
Siti Zurina Mat Saman