‘Terima mas kahwin berupa tiga dinar emas.’ Hampir setahun bergelar balu, kini Anita Baharom mulakan hidup baru apabila sah bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin. Kalau sudah jodoh tak ke mana.
Alhamdulillah, tahniah buat kedua mempelai. Bila sudah sampai jodoh, tak salah mulakan kehidupan dengan pasangan baru. Hidup perlu diteruskan apatah lagi masih ada anak yang perlu ditanggung.
Artikel Berkaitan
Heliza Helmi Bertemu Jodoh, Mas Kahwinnya Senaskhah Al-Quran
Pelakon Anita Baharom,39, selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dengan sekali lafaz jam 11.50 pagi tadi. Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita kembali menjadi isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City, di sini, yang dihadiri lebih 100 tetamu.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa kesyukuran di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Baca Di Sini
Lepas Cerai Suami Boleh Dapat Balik Mas Kahwin, Ini Penjelasannya!
Kashoorga : Alhamdulillah tahniah Anita Baharom dan pasangan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!