Ramai menantu terutamanya menantu perempuan yang mungkin tak sebulu atau susah nak serasi dengan ibu mertua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mertua terlalu cerewet. Payah dan tak seronok kalau menantu perempuan jenis tak ‘sekepala’ mertua. Akan ada sahaja perkara yang tidak kena di mata ibu mertua. Sudah tentulah rumah tangga akan sentiasa ‘panas’ dan bergolak.

Buat ibu mertua pula, usahlah terlalu ikut hati. Restuilah pilihan anakmu. Doakan kebahagiaan rumah tangga anak menantu.

Ikuti perkongsian yang dipetik dari catatan Firdaus Shakirin di laman Facebooknya.

“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yg mak impikan, yg mak bayangkan, yg mak harapkan, tapi dia pilihan saya”

“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…”

Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yg xdpt menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yg merupakan pilihan anaknya sendiri…buah hati anaknya…cinta anaknya…

JANGAN BANYAK TANYA

“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia xbleh tdo…”kenapa bini kau balik keje lewat?” dia ada meeting mak, pastu jem, sbb tu dia lewat sampai…”kenapa bini kau dduk dlm bilik” dia menyusu anak mak, xkan nk menyusu kat ruang tamu, abg nmpk nnt…

Kenapa…kenapa…kenapa…

Byk perkara yg mertua boleh persoalkan semata2 utk mencari kesalahan si menantu…kadang2 ada yg sengaja menyalahkan menantu atas sebab2 yg tidak logik dek akal…kesalahan yg sengaja diada2kan, dibuat2 utk menampakkan buruk si menantu, utk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu…atas alasan, dia xsuka menantu itu, dia tak sebulu dgn menantu itu, dia tak expect yg dia akan dpt menantu mcm tu…

Expectation dia lebih tinggi…

Tolong terima menantu anda seadanya dirinya…itu pilihan anak anda dan bukannya anda…anak anda yg bakal berkongsi hidup dgnnya, dan bukannya anda…tolong jgn membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.

KASHOORGA: Doakan sahaja kasih sayang anak menantu terus kembang mekar hingga ke syurga.

Sumber kredit: Firdaus Shakirin

VIDEO: