‘Terima seadanya dan sentiasa berada disisi ketika sakit.’ Cinta luar biasa Juliana dan Zamani ini meraih perhatian warganet di luar sana.
Pengorbanan Nur Juliana atau Juliana bukanlah sehari, dua tetapi sudah bertahun-tahun.
Benarlah kata orang, suami diuji ketika senang. Isteri pula diuji ketika susah. Begitulah kehidupan dalam berumahtangga.
Artikel Berkaitan:
Dari Crush Ke Cinta Sejati, Haziq Akui Terpikat Keberanian Isteri Melamarnya
Namun jika cinta itu suci, tidak kiralah senang atau susah, pasangan yang dicintai sepenuh hati tidak akan ditinggalkan walaupun diuji hebat.
Begitulah utuhnya cinta Juliana kepada suaminya Zamani. Syukur pada Allah, penyanyi kumpulan Slam ini dikurniakan isteri yang baik dan setia biarpun diuji dengan keadaan kesihatan yang teruk.
Nur Juliana tetap setia disisi Zamani dan menerima keadaan suaminya seadanya. Malahan keluhuran cinta Juliana ini membuatkan ramai di luar sana kagum dengan keperibadiannya.
Zamani sebelum ini disahkan mengalami masalah tulang belakang yang memberi kesan secara tak langsung menjadikan selebriti ini semakin kurus dan membongkok.
Melihat keadaan Zamani dalam keadaan itu sama sekali tidak mengurangkan rasa cintanya kepada lelaki itu malah rela hati menerima Zamani sebagai suami.
Ujian Allah pastinya berpenghujung dan Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan. Pada November tahun lalu, vokalis Slam ini telah melalui pembedahan bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung.
Alhamdulillah sejak pembedahan itu, penyakit scoliosis yang dialami Zamani bertambah baik serta menunjukkan perubahan yang positif. Kelihatan kini Zamani mampu berdiri seperti orang normal lain.
Perubahan ini pasti saja membuatkan hati seorang isteri teruja dan gembira. Dan tentu sekali, pengorbanannya Juliana selama ini membuahkan hasil bila suaminya makin pulih dan beransur baik.
Menerusi posting dan gambar yang dikongsikan Juliana di Instagramnya, kelihatan Zamani berada dalam keadaan yang sihat dan mampu berdiri dengan sempurna.
Di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Zamani kembali sihat seperti sediakala.
Khairie_fly
Semoga bro Zamani dan Sis Julie sentiasa murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Insyaallah , aminTinie_chomel
Rambut tu.. haihhh… geram.. Zamani ni ramai yang sayang sebab sifatnya yang humble walaupun dah level otai…Salamah1967baharom
Ramai sayang Zamani, saya pun ingin nak jumpa Zamani.Yentimurni.yentimurni.35
Semakin semangat, melihatnya.. Sihat selalu buat idolaku, Zamani Slam.
Baca Di Sini:
Cinta Sampai Syurga, Suami Derma Sebelah Buah Pinggang Untuk Isteri
9 Nasihat Perkahwinan Yang Luar Biasa Dari Wanita Dua Kali Bercerai
Kashoorga: Semoga keadaan kesihatan Zamani semakin baik dan dieprmudahkan urusan.
Sumber : Instagram julie_zamanislam
Follow kami di Facebook , Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!