Hidup ini tidak selalu indah. Tidak juga selalu memihak kepada kita walau kita sering mengejar bahagia. Terkadang ianya tersangat perit untuk kita lalui. Namun sudah dinamakan kehidupan, semuanya perlu dilalui dengan redha selagi ujian belum berhenti.
Dalam kehidupan, adakalanya kita tersalah membuat pilihan. Adakalanya kerana pengaruh kawan, desakan hidup dan sebagainya. Namun sebesar mana pun kesilapan kita lakukan, Allah itu Maha Mendengar taubat dari hamba-Nya. Allah sentiasa memberi peluang kedua, ketiga dan sebagainya selagi mana kita berusaha mencarinya.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @m4t33n yang berkhidmat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN berkongsi satu video yang amat menyentuh hati dan menulis caption “jangan menilai seseorang dari luaran”..
Ads
Ia memperlihatkan bagaimana seorang penghuni di PUSPEN ini mengalunkan zikir taubat di sebalik tirai besi yang menempatkan beberapa penagih lain. Apa yang menyentuh hati, dengan suaranya yang amat merdu, dilihat penghuni ini sedang kusyuk mengalunkan zikir taubat ini sekaligus meluahkan isi hatinya yang mungkin menyesali perbuatannya sebelum ini.
Benarlah kata orang, bahawa syurga itu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang sudah bertaubat. Malah apa jua perbuatan kita yang lalu sudah diampunkan seandainya kita bertaubat.
Ads
Apa permulaan kita tidak penting tetapi lihatlah bagaimana pengakhirannya.
Berdasarkan komen dari netizen yang menyaksikan video ini, hati mereka cukup tersentuh hingga ada yang mengalirkan air mata.
Ads
Ada juga netizen menulis, “setiap orang diberi peluang untuk berubah. Semoga kita semua istikhomah untuk berubah ke arah kebaikan. Insya Allah, tenang dengar suara saudara ini.
Cuba imbas kembali, apa yang kita lakukan semalam antara waktu Maghrib dan Isya’.
Tahukah kita bahawa sebenarnya Allah mengurniakan lebih kurang 60 minit untuk kita rebut keberkatan dalam waktu singkat itu. Waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah ‘precious time’ masa singkat yang sangat mudah untuk kita kaut ganjaran pahala dengan melakukan ibadat-ibadat mudah.
Hakikatnya setiap waktu mempunyai kelebihan dan keberkatan tersendiri. Sepanjang 24 jam sehari adalah penuh keberkatan. Waktu antara Maghrib dan Isya sememangnya waktu yang kita agak sibuk dan kelam-kabut kerana baru sampai ke rumah dari tempat kerja. Waktu ini sangat pendek, tetapi di dalamnya terdapat keberkatan yang perlu kita jemput dengan amal.
Dalam beberapa kitab-kitab nasihat, motivasi sering disebut “Ma bainal Isyaain“. Itu adalah kata kunci yang membahas tentang keutamaan waktu antara Maghrib dan Isya’.
Salah satu kitab yang memperincikan “Ma bainal Isyaain” itu adalah Kitab Risalatul Muawanah karya Sayyid Abdullah bin Alwi al-Haddad, seorang waliyullah mahsyur yang juga penyusun Ratib al-Haddad dan Wirdul Latif. ومن السنة إحياء ما بين العشائين، وقد ورد في فضله أخبار وآثار، وحسبك من ذلك أن أحمد بن أبي الحواري شاور شيخه أبا سليمان رحمهما الله تعالى في أن يصوم النهار أو يحيي ما بين العشائين فقال: اجمع بينهما. فقال: لا أستطيع لأني متى صمت أشتغل بالإفطار في هذا الوقت. فقال له إذا لم تستطع أن تجمع بينهما فدع صيام النهار وأحي ما بين العشائين
Sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW adalah menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isya’. Telah banyak hadis dan ucapan sahabat tentang keutamaan menghidupkan waktu ini.
Dalam hal ini cukuplah cerita tentang Ahmad bin Abi Al-Hawariy yang bertanya pada gurunya, Syaikh Abu Sulaiman rahimahullah
”Wahai guru, mana yang lebih utama, puasa di siang hari atau menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isya dengan amal soleh?”
“Kerjakan kedua-duanya,” jawab gurunya. “Tetapi saya tidak mampu mengerjakan keduanya. Kerana, jika saya berpuasa, waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah saat sibuk untuk berbuka.”
“Kalau demikian tinggalkan puasa dan isilah waktu antara Maghrib dan Isya’ dengan amal soleh.”
Cerita antara guru dan murid di atas cukup memberikan gambaran tentang anjuran jangan sampai terlepas waktu keemasan ini dengan melakukan amal soleh.
Ada empat ibadat mudah yang boleh dilakukan dalam tempoh 60 minit ini:
1.SOLAT SUNAT
Amalan pertama yang dianjurkan adalah melakukan solat sunat. Solat sunat ini menurut sebahagian ulama disebut dengan solat sunat awwabin. Susulan daripada pendapat ini, disunatkan mendirikan solat sunat awwabin dengan maksimum 20 rakaat. Kita boleh juga melakukan 6, 4 atau dua rakaat, dan dilakukan tanpa berjemaah.
Sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Zainudin Al-Malibari dalam Fathul Mu’in “Di antara solat yang tidak disunahkan dilakukan secara berjemaah adalah solat Awwabin. Ia berjumlah 20 rakaat dan dilakukan antara solat Maghrib dan Isya. Diriwayatkan bahawa ia berjumlah 6 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat, dan 2 rakaat ini adalah jumlah rakaat paling sedikit.”
Tata cara mendirikan solat sunat Awwabin ini adalah sebagai berikut
Pertama : Niat melakukan solat sunat Awwabin dalam hati dengan lafaz niat berikut اُصَلِّى سُنَّةَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى Saya niat solat sunat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Kedua: Pada setiap rakaat setelah membaca surah Al-Fatihah disunatkan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 6 kali, surah Al-Falaq sekali dan surah Al-Nas sekali. Begitu juga pada rakaat kedua. ﻟﻠَّﻬُﻢَّﺇِﻧِّﻲْﺃَﺳْﺘَﻮْﺩِﻋُﻚَﺇِﻳْﻤَﺎﻧِﻲْﻓِﻰْﺣَﻴَﺎﺗِﻲْﻭَﻋِﻨْﺪَﻣَﻤَﺎﺗِﻲْﻭَﺑَﻌْﺪَﻣَﻤَﺎﺗِﻲْﻓَﺎﺣْﻔَﻈْﻪُﻋَﻠَﻲَّﺇِﻧَّﻚَﻋَﻠَﻰﻛُﻞِّشيْئٍﻗَﺪِﻳْﺮٌ
Ya Allah, aku titipkan imanku baik ketika aku masih hidup, pada saat meninggal dan setelah meninggal. Jagalah iman tersebut untukku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Tentang keutamaan solat ini, banyak hadis yang menjelaskannya.
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa solat (sunat) enam rakaat setelah solat Maghrib, tanpa diselangi dengan pembicaraan kotor, maka salat tersebut mampu mengimbangi ibadah selama dua belas tahun.(HR. Tirmidzi)
2. BERZIKIR
Di dalam kitabnya yang lain yang berjudul Nashaih al-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyah, Imam Al-Haddad menjelaskan bahawa amal yang boleh dilakukan pada waktu ini adalah berzikir. Di antara amal-amal yang sangat disunnahkan ialah menghidup-hidupkan waktu antara solat Maghrib dan Isya’ dengan salat sunat, membaca Quran dan berzikir pada Allah.
3.BACA AL-QUR’AN
Tentang anjuran membaca Al-Qur’an pada waktu ini, juga dijelaskan dalam Nashaihud Diniyyah. Dianjurkan pula untuk membaca Al-Quran, khususnya surah-surah: Alif-lam-mim Sajadah, Ad-Dukhan, Al-Waqi’ah, Tabarak, Al-A’la, Az-Zilzal, At-Takatsur, Al-Quraisy, Al-Kafirun, An-Nashr, Al-Ikhlas, Al-Falaq An-Nas.
4. I’TIKAF
Kemudian amal terakhir yang boleh dilakukan dalam rangka mendapatkan keberkatan waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah dengan melakukan i’tikaf sambil menunggu masuknya waktu Isya’.
SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN
Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir : Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.
Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah : Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.
Dan berkata Imam Nawawi : Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).”
Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”
Kesimpulan
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebaik masuknya Syawal kedua, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah puasa enam.
Mengambil peluang tidak berziarah sepanjang Aidilfitri ini. Kebanyakan dari kita sudah mula berpuasa untuk mengumpul pahala berganda.
Bukan sahaja golongan dewasa yang berpuasa enam ini, tetapi juga golongan kanak-kanak tidak terkecuali.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam tinjauan dilakukan oleh Harian Metro mendapati segelintir işbu bapa memilih untuk mendidik anak mereka berpuasa enam hari ketika mereka menjaqlani arayan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Seorang ibu dari Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Mimi Suriati Ishak, 43, berkata, ketika mereka masih ‘berkurung’ di rumah, tidak balik kampung dan beraya di rumah jiran, amat sesuai mengamalkan puasa enam hari itu bagi mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah.
Katanya, seawal 4 pagi hari ini, dia mengajak suami dan tiga anaknya berusia enam hingga 16 tahun bersahur untuk terus berpuasa enam hari.
“Banyak hikmah dan kelebihan amalan berpuasa sunat ini bersama ahli keluarga. Ketika anak masih bercuti sekolah mereka mempunyai aktiviti amat baik untuk diamalkan.
“Kami sekeluarga tidak beraya ke mana-mana. Duduk rumah jaga diri masing-masing. Anak diajak berpuasa sunat bersama ibu bapa agar memberi pendidikan berguna,” katanya.
Gambar sekadar hiasan.
Dia berkata, amalan puasa sunat itu diamalkan keluarganya sejak beberapa tahun lalu bersama ahli keluarga namun tidak berterusan setiap hari sepanjang Syawal.
Kakitangan kerajaan dari Hulu Bernam, Hulu Selangor, Muhamad Safari Muslim, 35, berkata, mereka tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama sanak keluarga dan jiran tetangga ketika ini.
“Cuti rehat diambil selama tiga hari sehingga Ahad ini digunakan sebaiknya untuk mendidik anak berlatih puasa sunat.
“Saya menerapkan amalan sunnah Rasulullah ini kepada si cilik di rumah agar mereka meneruskan aktiviti berpuasa selepas 30 hari pada Ramadan lalu di bulan Syawal pula,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?